Kelainan upaya, kehilangan upaya, kurang upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai individu "yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat."
Namun di Malaysia, golongan ini
semakin mendapat perhatian umum. AlongMurni (AM) sendiri dapat melihat
kegigihan dan usaha yang telah dilakukan oleh OKU untuk bangun maju kehadapan
sebaris dengan masyarakat umum. Malahan AM dapat melihat hasil kerja tangan
mereka yang sangat menakjubkan lebih baik daripada orang yang mempunyai cukup lengkap
pancaindera.
Kali ini AM merasa sangat bertuah
untuk hadir ke majlis Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor Edisi Ke 4 yang
bertempat di Sunway Putra, Kuala Lumpur. 4 usahawan Orang Kurang Upaya (OKU)
telah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan OKU dan Usahawan OKU Harapan negeri
Selangor oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan juga para juri yang lain pada Pusingan
Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) yang telah berjaya.
Program Liga Usahawan OKU
Selangor (SAY LEAD) pada kali ini telah memasuki edisi keempat merupakan
inisiatif ini telah dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY) sebuah
organisasi bukan kerajaan yang diasaskan oleh DYTM Raja Muda Selangor.
Menariknya pada edisi kali ini, usahawan OKU pekak dan bisu turut menyertai dan
menunjukkan potensi yang hebat seperti usahawan OKU lain.
Dengan dibantu oleh Jurubahasa
Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan membuktikan mereka mampu dan ingin
keterhadapan seperti yang lain. Objektif utama Baginda adalah untuk
mempromosikan keterangkuman dalam kepelbagaian dan usaha untuk mengubah
ekosistem usahawan OKU untuk terus kekal mapan dalam sektor ekonomi.
Program ini juga telah ditaja
oleh Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar, dan Pembangunan
Usahawan yang diterajui oleh YB Hajah Rodziah Binti Ismail. Program ini juga
dengan kerjasama daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang membantu dari segi menyalurkan
peserta OKU dan rakan kongsi tempat. Selain itu juga, terdapat beberapa
kriteria pemilihan peserta iaitu:
- 💥Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- 💥Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun
- 💥Menjalankan perniagaan di negeri Selangor
Program SAY LEAD edisi keempat
ini telah berjalan seramai 20 peserta sejak Oktober 2022 untuk menjalani kursus
perniagaan seperti modul-modul berikut:
- ✅Profil keusahawanan
- ✅Bisnes model kanvas dan rancangan perniagaan
- ✅Penjenamaan dan pemasaran digitalisasi
- ✅Pengurusan kewangan
- ✅Sesi perkongsian bersama agensi yang berkenaan
Bengkel bisnes profil dan
pembentangan perniagaan Pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor edisi keempat
ini telah diadili oleh:
- DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
- Datuk Haji Zamri Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – KUSKOP)
- Datuk Dr. Hafsah Binti Hashim, Penasihat SME Bank Islam
- Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara – INSKEN
- Encik Mohammad Syukri Bin Ismail, Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad – KOHIJRAH
PEMENANG IKON USAHAWAN OKU
Tiga (3) usahawan OKU yang berjaya
mendapat tempat dalam pembentangan akhir akan mendapat faedah seperti berikut:
- 🏆Piala dan sijil pengiktirafan dari Selangor Youth Community (SAY)
- 🏆Geran perniagaan berjumlah RM3,000
- 🏆Layak ke peringkat seterusnya iaitu SAY LEAD+, program bimbingan selama satu tahun untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, digitalisasi perniagaan dan pasaran eksport.
Usahawan perabot kayu yang juga
OKU sebelah mata, Mohd Noor Affendi Abdul Muin dipilih sebagai pemenang pertama
Ikon Usahawan diikuti usahawan nasi lemak dan makanan sejuk beku yang juga
seorang OKU fizikal, Amir Mohsin Mohd Bahrudin meraih tempat kedua.
![]() |
| Tempat Pertama: Mohd Noor Affendi Abdul Muin |
![]() |
| Tempat ke-2 : Amir Mohsin Mohd Bahrudin |
Usahawan kedai runcit Irwan Fairuzi Johari juga seorang OKU fizikal pula ditempat ketiga dan usahawan perkhidmatan cucian Nur Aini Mohamad Mashudi dipilih sebagai Usahawan Harapan.
![]() |
| Tempat ke 3: Irwan Fairuzi Johari |





0 Comments