Sayang Kumbang
Mencari Makan,
Singgah Hinggap di
Rumah Kamal,
Zebra Square Jadi
Pilihan,
Bertemakan Suasana
Kampung Tradisional.
Untuk Edisi Ramadhan 2023, AlongMurni (AM) memilih ZEBRA SQUARE KUALA LUMPUR yang menyajikan pelbagai pilihan masakan Malaysia yang menarik Bulet Ramadhan dan menjadi pilihan sepanjang masa. Bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023, Zebra Square Kuala Lumpur dengan kapasiti tempat duduk 250 hingga 300 setiap hari menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan perayaan suci bulan bagi umat Islam.
Hidangan bufet yang disediakan
oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru dapur ZEBRA
SQUARE yang berdedikasi. Menghidangkan masakan tempatan yang menarik,
hidangan barat yang lazat serta gerai-gerai yang mensajikan pelbagai hidangan
sampingan untuk pilihan para tetamu.
Kemuncak bufet adalah Kambing
Bakar ZEBRA SQUARE yang diperap dengan ramuan istimewa dan dihidangkan
pada setiap hari. Selain Kambing Bakar, hidangan bufet ini menampilkan makanan
kampung asli tradisional seperti Daging Gulai Kenteng Utara yang lembut, Ikan
Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Sotong, dan Lempeng & Sambal
Bilis.
SUASANA KAMPUNG TRADISIONAL
yang ZEBRA SQUARE bawa untuk menghiasi suasana ketika tetamu menikmati
hidangan menjanjikan suasana yang sangat indah. Kuih Melayu & Nyonya
Tradisional ZEBRA SQUARE serta pelbagai puding, kek, dan pilihan minuman
“Air Balang’ menyegarkan juga menjadi hidangan sampingan yang cukup istimewa. ZEBRA
SQUARE juga memperkenalkan Cendol Istimewa yang menjadi kegemaran rakyat
Malaysia dari dulu, kini dan sepanjang masa.
Bagi menyemarakkan suasana buffet
kali ini ZEBRA SQUARE akan mengundang anak-anak yatim dan rumah
perlindungan dan meraikan serta berkongsi bersama dengan mereka rezeki pada
bulan ramadhan.
ZEBRA SQUARE KL Buffet Ramadhan menawarkan harga
istimewa pada harga: -
Dewasa: RM85.90/dewasa
Kanak-kanak (berumur di bawah 12 tahun):
RM45.00/kanak-kanak
Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas): RM 45.00/warga
emas.

Pembelian awal (Early Bird) 26hb
Februari 2023 hingga 20hb Mac 2023 menawarkan belian 5 tempat duduk dengan
percuma 1 tempat duduk dan sehingga 50 tempat duduk. ZEBRA SQUARE menyediakan
kemudahan dan fasiliti yang terbaik memenuhi keperluan dan keselesaan untuk
para pelanggan.
Kemudahan fasiliti sambungan
Wi-Fi, sistem audio visual canggih, dan akses tempat letak kereta PERCUMA. ZEBRA
SQUARE Kuala Lumpur juga menawarkan tempat yang ideal kepada yang berminat
untuk mengadakan sebarang acara atau majlis, perkahwinan, persidangan atau lain-lain
dengan pakej harga yang sangat menarik.
Untuk tempahan, sila hubungi 019-3405719 / 019-2331180 /
017-2516316 atau e-mel info@moderndynamicgroup.com
Zebra Square Kuala
Lumpur
No.18 & 20,
Jalan Kampung Pandan,
Off Jalan Tun
Razak, 55100 Kuala Lumpur.
0 Comments