MAJLIS PELANCARAN EADOS SERUM : HANNAH DELISHA DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Elegant Gala Dinner yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Semasa acara tersebut telah diumumkan produk terbaru keluaran Elegant Cosmetics iaitu Eados Serum Premium Edition 2023 dan juga mengumumkan Hannah Delisha sebagai Duta Jenama Elegant Cosmetics.

ELEGANT COSMETICS

ELEGANT COSMETICS ditubuhkan pada tahun 2020 dan produk Elegant Cosmetics Whitening Emulsion merupakan produk pertama mereka. Ia adalah sunscreen best seller sehingga hari ini. Selepas kejayaan produk Krim pencerah Whitening Emulsion, ELEGANT COSMETICS kali ini melancarkan produk baharu, EADOS SERUM khusus melengkapi set rawatan penjagaan kulit wajah dan badan. Sepanjang ELEGANT COSMETICS berada di pasaran, jualan adalah menerusi sistem ejen dan stokis.

EADOS SERUM bersesuaian bagi cuaca di Malaysia khususnya dan Asia amnya yang sentiasa panas serta lembab mempengaruhi tona kulit yang tidak sekata. Ianya mampu mengembalikan keremajaan pada kulit dan memperbaiki struktur serta merawat masalah terutama jeragat dan pori terbuka.

Pelbagai manfaat tersedia dari Elegant Cosmetics EADOS Serum. EADOS bermaksud Elegant Age Defiance Oilet Serum (EADOS). Seawal usia 17 tahun boleh mula menggunakan Elegant Cosmetics EADOS Serum kerana ia terdiri daripada bahan-bahan natural. Dijual pada harga RM 79.00 (30ml) sahaja. 

Elegant Cosmetics juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar ia lebih yakin digunakan oleh pengguna dan membantu para ejen dan stokis Elegant Cosmetics untuk menjana pendapatan dengan lebih kompetitif.

Elegant Cosmetics sudah memasuki pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia. Buat pengetahuan pembaca semua, 3 produk Elegant Cosmetics iaitu Detox Celanser, LipGlass dan Cheeky Blush dihasilkan di Korea.

Fungsi ELEGANT COSMETICS EADOS SERUM adalah untuk menganjalkan dan melembabkan kulit wajah. Bahan-bahan utama adalah Hibiscus Sabdariffa yang membantu menghasilkan kolagen.

Semasa sidang media berlangsung, Encik Fitri Khai, Pengasas Bersama Elegant Cosmetics turut menyatakan, "Elegant Cosmetics sentiasa telus dalam menghasilkan sesuatu produk. Setiap produk akan melalui proses ujian makmal. Ujian makmal yang mengesan kehadiran sebaran bentuk bahan terlarang seperti bahan kimia terlarang. Setakat ini, ujian makmal menunjukkan kesemua produk Elegant Cosmetics bebas dari sebarang unsur bahaya kepada kulit manusia. 

44 jenis kulit manusia telah diuji agar produk Elegant Cosmetics bersesuaian dengan semua jenis kulit pengguna. Sama ada lelaki atau wanita, berbangsa melayu, cina, india, atau berlainan warna kulit atau berlainan jenis kebimbangan kulit. Sama ada kulit normal, sensitif, kering, berminyak atau kombinasi. Elegant Cosmetics sesuai untuk semua.

DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS

Pemilihan HANNAH DELISHA SEBAGAI DUTA JENAMA ELEGANT COSMETICS kerana aura persona yang menawan. Hannah juga merupakan pengguna produk ELEGANT COSMETICS Whitening Emulsion. Kesibukan kerja harian yang berada di luar dan cuaca panas memerlukan penjagaan kulit yang mampu melindungi diri dari selaran matahari.  HANNAH DELISHA dilantik sebagai duta jenama ELEGANT COSMETICS yang bakal mempromosi kesemua 8 produk terdiri daripada:

  • Elegant Cosmetics Whitening Emulsion
  • Elegant Cosmetics Cellulose Face Scrub
  • Elegant Cosmetics Jeju Detox Cleanser
  • Elegant Cosmetics Cheeky Blush
  • Elegant Cosmetics Shine Lipglass - Diana
  • Elegant Cosmetics Shine Lipglass - Giselle
  • Elegant Cosmetics Eados Serum

Menurut Hannah Delisha, Duta Jenama ELEGANT COSMETICS, "Walaupun ia produk jenama tempatan, ia adalah produk yang dihasilkan dari bahan-bahan natural iaitu estrak tumbuh-tumbuhan. Ia sangat berkesan kepada semua jenis kulit. 

Saya memiliki kulit kombinasi dan sensitif. Kadang-kadang ia terlalu berminyak, kadang-kadang ia terlalu kering. Jadi, pemilihan produk amat penting agar ia benar-benar selamat untuk pengguna. Terutama kita sebagai wanita yang ada ketidakstabilan hormon.

Saya telah mencuba ELEGANT COSMETICS selama 2 bulan sebelum bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai duta dan alhamdulillah produk Elegant Cosmetics berfungsi dengan baik."

ELEGANT COSMETICS yang juga merupakan penaja utama untuk drama bersiri 60 episod Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh Hannah Delisha. Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Produk Elegant Cosmetics akan berada di dalam beberapa babak dalam drama tersebut. 

 

Post a Comment

0 Comments