Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berpeluang untuk hadir ke Majlis Pelancaran DynaDNA dan DynaApp yang telah berlangsung dengan jayanya di KL Wellness City Gallery, Kuala Lumpur. Pelbagai informasi penting AM tahu dan pelajari sepanjang majlis tersebut terutamanya kepentingan mengetahui tahap kesihatan melalui DNA.

DYNA MEDICAL PERKENALKAN DYNADNA DAN APLIKASI DYNA.

Dyna Medical telah mengumumkan pelancaran DynaDNA sebagai pembekal ‘microarray technology DNA test kits’, serta Dyna App, platform dalam talian bebas yang merupakan gerbang kepada peningkatan maklumat dan kesihatan menyeluruh. Majlis pelancaran yang diadakan di KL Wellness City Gallery dihadiri oleh ahli media, pempengaruh media sosial, serta tetamu dari bidang korporat dan medikal.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna
Iman Azman dan pakar produk medikal Dr Hans Jeffry berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA

Turut hadir adalah pempengaruh media sosial gaya hidup Iman Azman dan pakar produk medikal Dr Hans Jeffry, untuk berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA. En. Martin Low Wink Keng, Pengarah Urusan Dyna Medical, memperkenalkan DynaDNA sebagai pembekal perkhidmatan terbaru yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat maklumat kesihatan diri yang terkini dan paling tepat.

PERIHAL DYNA SOURCE SDN BHD (1119002-H)

Dyna Medical

Ditubuhkan pada tahun 2014, Dyna Medical merupakan syarikat Malaysia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan kesihatan dan kecantikan, dan bertujuan untuk membawa barangan “Buatan Malaysia” ke negara Asia lain menjelang tahun 2024 untuk memenuhi keperluan global. Dyna memberikan pendekatan terhadap peningkatan kualiti kehidupan, sebagaimana aspirasi pengasas Dyna Medical untuk meningkatkan dan mendidik orang-orang sekeliling untuk hidup dengan bahagia dan sihat secara menyeluruh. 


Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna

Dyna Medical percaya walaupun tidak semua boleh sempurna, tetapi kita boleh memilih untuk memperoleh kesihatan dalaman, sambil menayangkan kecantikan luaran. DynaDNA telah memenangi anugerah Kit Ujian DNA Keluarga Yang Terbaik di Parents' Choice Award 2023.

Aplikasi Dyna 

Dengan hanya sampel air liur, lebih dari 500 ujian genetik boleh dijalankan dengan tepat, mejanakan keputusan untuk lebih dari 150 sifat genetik merentasi 10 profil berlainan, termasuk untuk kesihatan jantung dan vaskular, penyakit genetik, keadaan otak, serta alahan dan sensitiviti makanan. En. Martin turut menerangkan kebaikan Dyna App, platform berintegrasi yang membenarkan pengguna melihat keputusan kit ujian DNA mereka dengan segera dan mudah.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna

App ini membolehkan pengguna membuat janji temu dengan pakar kesihatan yang berkelayakan di bawah rangkaian sokongan DynaDNA untuk menyemak keputusan ujian, atau merancang langkah seterusnya. Pengguna juga boleh membeli produk kesihatan menerusi perkhidmatan e-dagang app tersebut. Rancangan masa depan untuk app termasuk memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan gaya hidup, termasuk rawatan spa dan ‘facial’, serta pakej pelancongan kepada ‘wellness retreat’ yang terkenal.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna
En. Martin Low Wink Keng : Pengarah Urusan Dyna Medical

Dengan menyediakan produk dan perkhidmatan ini, Dyna App tekad untuk memahami dan menangani segala keperluan para pengguna, dan menolong mereka mencapai gaya hidup yang sihat dan holistik. En. Martin turut berkata, memudahkan akses kepada kit ujian DNA akan membolehkan para individu untuk membuat keputusan yang lebih menyeluruh tentang kesihatan dan kesejahteraan diri.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna
Majlis Pelancaran DynaDNA dan DynaApp

Beliau memberikan contoh mereka yang risau tentang kemungkinan mengidap penyakit genetik seperti thalasemia. Mengambil ujian DNA akan memberi kesedaran terhadap risko menurunkan penyakit tersebut dan membolehkan persediaan yang sepatutnya atau pengubahan gaya hidup yang sesuai. Niat tekad Dyna Medical untuk menangani segala keperluan masyarakat kesihatan telah membawanya kepada perkongsian dengan KL Wellness City untuk Pelancaran DynaDNA dan Dyna App.

Sebagai pusat kesihatan 360-darjah pertama di Asia Tenggara, KL Wellness City merupakan bandar penuh-integrasi yang dibina menurut konsep rawatan medikal, kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan, dan mementingkan pengetahuan kesihatan diri.

Dyna Medical Perkenalkan DynaDNA Dan Aplikasi Dyna

Post a Comment

10 Comments

  1. Wah bagusnya aplikasi ni untuk kita lebih mengenal DNA dan salasilah kesihatan sendiri. Yaya teringin juga nak buat nanti boleh survey harga dia hee

    ReplyDelete
  2. Kit ujian DNA ni suatu hasil teknologi yang canggih. Dulu pernah tengok yang hasil orang luar negara. Yang ni pula buatan Malaysia. Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Bagus gila launch DNA test, sebab test macam ni lah yang ramai orang kita tunggu-tunggu nak buat.

    ReplyDelete
  4. I pun tak sabar nak test and get to know about my health results

    ReplyDelete
  5. Bagus kan sebegini. Boleh kenal pasti apa jenis penyakit dan juga alergi melalui kaedah sebegini, memudahkan perawatan

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah, dengan ada aplikasi ni memang mudah nak tahu apa penyakit yang ada! :)

    ReplyDelete
  7. Waahh Malaysia pun dah ada servis ni. Dulu Ruby ingat lagi promosi kit DNA dari jenama antarabangsa yang hanya perlu order, mereka pos kit DNA, kita swab ailio dan pos balik. Nanti dalam apps bagi tau keputusan. So diet dan alergik semua tau. Baru la boleh dapat berat badan ideal. Hehehe. Tapi mahal gila ya servis tu.

    ReplyDelete
  8. Ohh yes it's really worth while to invest for DNA test especially young kids when they are young kan. It's good we have own Malaysian brand now. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  9. Wow, hebatnya pelancaran ujian DNA ini! Memang banyak orang yang dah lama menanti-nantikan peluang untuk menjalani ujian seperti ini. Lagipun, ujian DNA mempunyai potensi yang luar biasa untuk memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan dan diri kita sendiri.

    Tini pun tak sabar untuk menjalani ujian ini dan mengetahui lebih banyak mengenai hasil kesihatan diri. Ujian DNA dapat memberikan informasi penting mengenai risiko penyakit genetik, ciri-ciri unik kita, dan reaksi badan terhadap makanan atau ubat-ubatan tertentu. Ia benar-benar memberi peluang yang unik untuk meningkatkan kesedaran tentang keadaan kesihatan kita. Let's try it out!

    ReplyDelete