
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berpeluang untuk hadir ke Majlis Pelancaran DynaDNA dan DynaApp yang telah
berlangsung dengan jayanya di KL Wellness City Gallery, Kuala Lumpur. Pelbagai
informasi penting AM tahu dan pelajari sepanjang majlis tersebut terutamanya
kepentingan mengetahui tahap kesihatan melalui DNA.
DYNA MEDICAL PERKENALKAN DYNADNA DAN APLIKASI DYNA.
Dyna Medical telah mengumumkan
pelancaran DynaDNA sebagai pembekal ‘microarray technology DNA test kits’,
serta Dyna App, platform dalam talian bebas yang merupakan gerbang kepada
peningkatan maklumat dan kesihatan menyeluruh. Majlis pelancaran yang diadakan
di KL Wellness City Gallery dihadiri oleh ahli media, pempengaruh media sosial,
serta tetamu dari bidang korporat dan medikal.
![]() |
Iman Azman dan pakar produk medikal Dr Hans Jeffry berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA |
Turut hadir adalah pempengaruh
media sosial gaya hidup Iman Azman dan pakar produk medikal Dr Hans Jeffry,
untuk berkongsi tentang kepentingan menguasai kesihatan sendiri menerusi DNA.
En. Martin Low Wink Keng, Pengarah Urusan Dyna Medical, memperkenalkan DynaDNA
sebagai pembekal perkhidmatan terbaru yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat
maklumat kesihatan diri yang terkini dan paling tepat.
PERIHAL DYNA SOURCE SDN BHD (1119002-H)
Dyna Medical
Ditubuhkan pada tahun 2014, Dyna Medical merupakan syarikat Malaysia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan kesihatan dan kecantikan, dan bertujuan untuk membawa barangan “Buatan Malaysia” ke negara Asia lain menjelang tahun 2024 untuk memenuhi keperluan global. Dyna memberikan pendekatan terhadap peningkatan kualiti kehidupan, sebagaimana aspirasi pengasas Dyna Medical untuk meningkatkan dan mendidik orang-orang sekeliling untuk hidup dengan bahagia dan sihat secara menyeluruh.
Dyna Medical
percaya walaupun tidak semua boleh sempurna, tetapi kita boleh memilih untuk
memperoleh kesihatan dalaman, sambil menayangkan kecantikan luaran. DynaDNA
telah memenangi anugerah Kit Ujian DNA Keluarga Yang Terbaik di Parents' Choice
Award 2023.
Aplikasi Dyna
Dengan hanya sampel air liur,
lebih dari 500 ujian genetik boleh dijalankan dengan tepat, mejanakan keputusan
untuk lebih dari 150 sifat genetik merentasi 10 profil berlainan, termasuk
untuk kesihatan jantung dan vaskular, penyakit genetik, keadaan otak, serta
alahan dan sensitiviti makanan. En. Martin turut menerangkan kebaikan Dyna App,
platform berintegrasi yang membenarkan pengguna melihat keputusan kit ujian DNA
mereka dengan segera dan mudah.

App ini membolehkan pengguna
membuat janji temu dengan pakar kesihatan yang berkelayakan di bawah rangkaian
sokongan DynaDNA untuk menyemak keputusan ujian, atau merancang langkah
seterusnya. Pengguna juga boleh membeli produk kesihatan menerusi perkhidmatan
e-dagang app tersebut. Rancangan masa depan untuk app termasuk memberikan akses
kepada pelbagai perkhidmatan gaya hidup, termasuk rawatan spa dan ‘facial’,
serta pakej pelancongan kepada ‘wellness retreat’ yang terkenal.
![]() |
En. Martin Low Wink Keng : Pengarah Urusan Dyna Medical |
Dengan menyediakan produk dan
perkhidmatan ini, Dyna App tekad untuk memahami dan menangani segala keperluan
para pengguna, dan menolong mereka mencapai gaya hidup yang sihat dan holistik.
En. Martin turut berkata, memudahkan akses kepada kit ujian DNA akan
membolehkan para individu untuk membuat keputusan yang lebih menyeluruh tentang
kesihatan dan kesejahteraan diri.
![]() |
Majlis Pelancaran DynaDNA dan DynaApp |
Beliau memberikan contoh mereka
yang risau tentang kemungkinan mengidap penyakit genetik seperti thalasemia.
Mengambil ujian DNA akan memberi kesedaran terhadap risko menurunkan penyakit
tersebut dan membolehkan persediaan yang sepatutnya atau pengubahan gaya hidup
yang sesuai. Niat tekad Dyna Medical untuk menangani segala keperluan
masyarakat kesihatan telah membawanya kepada perkongsian dengan KL Wellness
City untuk Pelancaran DynaDNA dan Dyna App.
Sebagai pusat kesihatan 360-darjah pertama di Asia Tenggara, KL Wellness City merupakan bandar penuh-integrasi yang dibina menurut konsep rawatan medikal, kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan, dan mementingkan pengetahuan kesihatan diri.
10 Comments
Wah bagusnya aplikasi ni untuk kita lebih mengenal DNA dan salasilah kesihatan sendiri. Yaya teringin juga nak buat nanti boleh survey harga dia hee
ReplyDeleteKit ujian DNA ni suatu hasil teknologi yang canggih. Dulu pernah tengok yang hasil orang luar negara. Yang ni pula buatan Malaysia. Terbaik!
ReplyDeleteBagus gila launch DNA test, sebab test macam ni lah yang ramai orang kita tunggu-tunggu nak buat.
ReplyDeleteI pun tak sabar nak test and get to know about my health results
ReplyDeleteBagus kan sebegini. Boleh kenal pasti apa jenis penyakit dan juga alergi melalui kaedah sebegini, memudahkan perawatan
ReplyDeleteTerbaiklah, dengan ada aplikasi ni memang mudah nak tahu apa penyakit yang ada! :)
ReplyDeleteWaahh Malaysia pun dah ada servis ni. Dulu Ruby ingat lagi promosi kit DNA dari jenama antarabangsa yang hanya perlu order, mereka pos kit DNA, kita swab ailio dan pos balik. Nanti dalam apps bagi tau keputusan. So diet dan alergik semua tau. Baru la boleh dapat berat badan ideal. Hehehe. Tapi mahal gila ya servis tu.
ReplyDeleteOhh yes it's really worth while to invest for DNA test especially young kids when they are young kan. It's good we have own Malaysian brand now. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteWow, hebatnya pelancaran ujian DNA ini! Memang banyak orang yang dah lama menanti-nantikan peluang untuk menjalani ujian seperti ini. Lagipun, ujian DNA mempunyai potensi yang luar biasa untuk memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan dan diri kita sendiri.
ReplyDeleteTini pun tak sabar untuk menjalani ujian ini dan mengetahui lebih banyak mengenai hasil kesihatan diri. Ujian DNA dapat memberikan informasi penting mengenai risiko penyakit genetik, ciri-ciri unik kita, dan reaksi badan terhadap makanan atau ubat-ubatan tertentu. Ia benar-benar memberi peluang yang unik untuk meningkatkan kesedaran tentang keadaan kesihatan kita. Let's try it out!
Great amazing blog i like it.
ReplyDelete