Seni teater merupakan adalah seni
pementasan yang menggabungkan seni penulisan, seni pengarahan, seni rekaan
serta seni pertukangan. Teater adalah sebuah seni bersifat kolektif dan
memerlukan kerjasama semua pihak dalam produksi.
Secara peribadi, AlongMurni (AM)
sendiri menggalakkan anak AM menyertai teater atau seni persembahan di sekolah.
Hal ini kerana teater membolehkan anak AM mempertingkatkan potensi diri dalam
banyak aspek termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya.
Alhamdulillah, anak AM iaitu
Rayyan dah mula menceburi dan suka dengan aktiviti pentas yang melibatkan
teater. Walaupun bukan dipilih sebagai watak utama, hanya sekadar watak pelakon
pembantu atau pelakon tambahan, namun AM tetap merasa bangga dengan pencapaian
Rayyan.
AM dimaklumkan TEATER
PURBAWARA ‘BATU BELAH’ bakal dipentaskan oleh KELAB TEATER HIDAYAH di
Dewan Tunku Abdul Rahman. Persembahan yang penuh dengan tradisi melayu ini akan
menampilkan nyanyian gurindam, seni silat, tarian tradisional, terdapat unsur
kekaguman dan aksi semuanya di bawah satu pentas.
Semestinya AM akan membawa anak
AM menonton persembahan Teater Purbawara ‘Batu Belah’ ini. Sedikit perkongsian
AM perihal Teater Purbawara ‘Batu Belah’ arahan Yusry Kamaruzaman dan skrip
oleh Kamarul AR yang merupakan Penggiat Seni TanahAir yang tidak asing lagi.
TEATER PURBAWARA ‘BATU BELAH’ BAKAL DIPENTASKAN OLEH KELAB TEATER HIDAYAH
SINOPSIS TEATER PURBAWARA
‘Batu Belah' mengisahkan satu
keluarga yang tidak punya apa-apa, ayah meninggal dan ibu merajuk lari hingga
ditelan batu, semuanya kerana keperluan keluarga dalam serba kekurangan.
Percayalah kerana ketentuan Allah yang berkuasa, akhirnya siapa sangka
keterlantaran adik dan kakak ke Desa Kerayong, dibela oleh seorang nenek dari
kecil hingga dewasa dan dibawa TUAH seekor ayam jantan seseorang dapat
bertakhta sebagai raja muda seterusnya berkahwin dengan seorang puteri jelita?
Sedutan menarikTeater Purbawara 'Batu Belah' |
Dalam dunia yang dipinjamkan buat
sementara, berleluasa sifat dengki dan tamak dan inilah yang merosakkan
kestabilan sesebuah Negeri. Bagaimana mungkin, dapat diyakinkan segala yang
buruk ada nohtahnya. Lantas, ‘Batu Belah’ mengajak semua kanak-kanak, para
remaja, pemimpin keluarga dan para pemimpin mengambil pengajaran melalui kisah
duka dan indah ini.
TEATER PURBAWARA ‘BATU BELAH’
Bakal dipentaskan pada 11
sehingga 13 Ogos 2023 ini oleh kelab teater Hidayah. Menampilkan pelakon
popular Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Kool, Lan Zailan dan pempegaruh terkenal
Pangiran Aduka serta ramai lagi.
Tiket dijual pada harga RM25,
Sebarang maklumat atau pertayaan boleh terus ke media sosial rasmi iaitu
Instagram teater_hidayah dan facebook Teater Hidayah atau hubungi Ika Angahlj
di 0125550170.
0 Comments