Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

GUA SIREH PUNYAI KEUNIKAN DAN KEPELBAGAIAN BATU SEMULAJADI

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Keindahan Gua Sireh mula diperkatakan sejak gua tersebut diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh dengan kerjasama dan pembabitan penduduk kampung sejak 2019. Lokasi Gua Sireh yang terletak din Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai ini cuma mengambil masa 15 minit dari Pekan Baling.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Penerokaan Gua Sireh ini dilakukan atas inisiatif Persatuan Penduduk dengan membina trek laluan, pendawaian elektrik dan memasang lampu. Malahan Persatuan Penduduk juga turut menyediakan perkhidmatan Malim Gua sebagai penunjuk arah dan memberi informasi dalam menerokai keunikan Gua Sireh.

Malim Gua akan menunjukkan setiap sudut yang cantik dan sesuai untuk bergambar. Gua Sireh ini punyai keunikan tersendiri dengan dindingnya berwarna putih dan seakan-akan berbentuk tiga dimensi. Keluasan gua mencecah 70,000 kaki persegi meliputi 192-meter lebar dan ketinggian antara 60-80 meter.

LALUAN PINTU MASUK GUA SIREH.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Sebelum memulakan penerokaan masuk ke Gua Sireh, AM dan team memulakan senaman ringan. Dari kaki Gua Sireh, terdapat laluan tangga ke pintu masuk Gua Sireh. Dari pintu masuk Gua Sireh, AM dan team akan berjalan di atas jambatan kayu. Di bahagian kanan jambatan kayu, AM dapat lihat batu besar berbentuk sireh junjung dengan ketinggaan 7 meter.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Secara peribadi AM rasakan laluan gua yang sepanjang 400-meter dari pintu masuk hingga hujung gua sangat santai dengan trek yang selamat. Malahan gua ini sudah diterangi dengan lampu yang berwarna warni sehingga menimbulkan kecantikan formasi batu di dalam.

PENEMUAN KHAZANAH BERHARGA DI GUA SIREH

Titisan air bercampur kalsium yang terbentuk ribuan tahun telah membentuk formasi stalagmit dan stalaktit yang pelbagai dan menakjubkan seperti bentuk singa, mini love, pentas, pengisar tepung, perahu patah dan sebagainya.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

AM berpeluang juga menyaksikan persembahan bunyi gong dengan hanya menggunakan batu keras yang terdapat di dalam gua. Terdapat juga banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang dikatakan ada kaitan dengan sungai atau laut.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

AM dimaklumkan bahawasanya mengikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Gua Sireh dan gua sekitarnya ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 - 17,000 tahun yang lalu.

Waktu Operasi : 

Setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

5.30 petang kemasukan terakhir.

Setiap lawatan akan ditemani oleh Malim Gua Sireh.

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#GuaSirehBaling #GuaSirehIsBeautiful #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments