Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Boardwalk

 

Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Semasa AM berpeluang untuk menerokai Langkawi Nature Park bermula dari Jeti Kilim Geoforest Park. Dari Jeti Kilim AM dan team menaiki bot menyelusuri Sungai Kilim untuk ke Langkawi Nature Park. 

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

TEROKAI LANGKAWI NATURE PARK DAN 

MANGROVE WALK

MENYELUSURI SUNGAI KILIM

Sepanjang menyelusuri Sungai Kilim dan Mangrove Walk, banyak yang AM dan lihat dan pelajari perihal alam semulajadi dan hidupan yang terdapat sini.

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

AM dan team menaiki bot dari Jeti Kilim Karst Geoforest Park. AM sangat teruja kerana berpeluang menyelusuri sepanjang Sungai Kilim yang menyimpan seribu khazanah berharga.

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Sungai ini menjadi daya tarikan terbaru di pulau Langkawi kerana struktur geologi yang menarik terutama sekali hutan paya bakau. 

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk
Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Paya bakau Sungai Kilim ini merupakan kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin. Di sinilah pelbagai spesies ikan, udang, ketam dan lain-lain membiak bagi membekalkan protein kepada manusia.

Terdapat bukit-bukau yang menegak di sepanjang sungai ini. Bukit-bukau ini sebahagian daripada batu kars yang berwarna agak kehitaman menonjol di kiri dan kanan sungai. Permandangannya begitu indah kerana sukar didapati ditempat lain.

MANGROVE BOARDWALK

Dari Jeti Kilim ke Jeti Mangrove Boardwalk hanya mengambil masa 20 minit dengan menggunakan bot. Memang seronok naik bot sambil dapat menghayati keindahan hutan paya bakau sepanjang Sungai Kilim. 

Pada 2018 laluan pejalan kaki di Langkawi Nature Park telah beroperasi  dengan ukuran sejauh 800m. Ia bermula di hujung bahagian rekreasi / zoologi Taman ke jeti LNP di sepanjang Sungai Kilim. Hutan bakau meliputi sekurang-kurangnya 35 ekar.

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Laluan ini mudah dan AM boleh berjalan santai di sepanjang laluan laluan dan mengambil masa kira-kira 45 minit. Bsikal juga disediakan untuk disewa di sepanjang Mangrove Boardwalk namun AM lebih memilih untuk berjalan sambil melihat dan menghayati kehijauan dan keindahan ekosistem yang terdapat di sini.

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Boardwalk dibuka kepada pengunjung antara 12 tengah hari dan 7 malam, dengan kemasukan terakhir dibenarkan pada 6 petang.

WILDLIFE LANGKAWI NATURE PARK

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Langkawi Nature Park masih dalam fasa pemuliharaan dan pembaikan untuk menjadi Taman Rekreasi Flora dan Fauna. Namun AM berpeluang untuk melihat Hyena (Dubuk) dan melakukan aktiviti Bird Feeding. AM sangat berharap, akan lebih banyak haiwan dari spesies yang jarang ditemui dapat dilihat di Langkawi Nature Park.

MENJAMU SELERA DI LANGKAWI NATURE PARK

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

Uniknya di kafe Langkawi Nature Park turut menyajikan menu lazat dari Scarborough Fish & Chips. Selepas penat melakukan aktiviti di Langkawi Nature Park, menu ini semestinya sangat sesuai dinikmati dengan pemandangan di kawasan persekitaran Langkawi Nature Park.

Terokai Langkawi Nature Park dan Mangrove Walk

LANGKAWI NATURE PARK

Alamat: Jalan Ayer Hangat, Hutan Simpan Kuala Kisap

07000 Langkawi, Kedah

Tel.: +6012-904 9200

laman web: https://www.naturepark.my/


SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: qttgroup.management@gmail.com

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Post a Comment

0 Comments