Untuk edisi kali ini, AlongMurni
(AM) ingin kongsikan pengalaman sunscreen terbaik yang AM gunakan sehingga
sekarang. Memandangkan cuaca yang agak panas, semestinya penggunaan sunscreen
sangat perlu bagi melindungi kulit wajah dari sinaran UV.
Malahan sebagai wanita muslim, AM
selalu memastikan produk yang AM ambil mesra wuduk dan mudah ditanggalkan. Hal
ini kerana, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan kosmetik yang
menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit, jadi kita wajib tanggalkan
dengan sempurna sebelum mengambil wuduk. Jika tidak, wuduk itu tidak sah.
HANSAEGEE NATURE ALOE VERA SUNSCREEN MESRA WUDUK
SUNSCREEN TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BOLEH BASUH DENGAN AIR
AM faham bila kadang-kadang ada
yang rasa malas nak pakai sunscreen kerana ingin memudahkan urusan mengambil
wuduk. Mana tidaknya, bila pakai alat solekan mesti perlu cuci dengan makeup
remover sebelum berwuduk.
Walaubagaimanapun, pemakaian
sunscreen sangat perlu bagi melindungi kulit wajah dari sinaran UV. Jadi kita
perlu memilih sunscreen yang tepat dan sesuai untuk melindungi kulit wajah dan
memudahkan kita untuk berwuduk.
Untuk pengetahuan pembaca blog
AlongMurni, AM menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen sebagai pilihan
sunscreen terbaik dan AM sangat sarankan supaya pembaca blog AM menggunakan
sunscreen yang mesra wuduk ini.
Berikut adalah sebab AM sarankan
untuk menggunakan sunscreen ini.
SUNSCREEN YANG BOLEH BASUH DENGAN AIR
Salah satu keunikan Hansaegee
Nature sunscreen adalah tidak kalis air. Sunscren ini mudah sebati dengan air
kerana sifatnya yang tidak seperti alat solek atau tinted sunscreen. Jadi
sunscreen Hansaegee Nature ini sangat mudah dibersihkan dan dibilas dengan air.
Sunscreen ini bukan sahaja mudah dicuci tetapi ianya juga merupakan sunscreen SPF 50. Walaupun memiliki broad spectrum yang tinggi tetapi tekstur sunscreen yang ‘light weight’ dan tidak melekit menjadi pilihan utama AM.
AM rasa sunscreen ini sangat
memudahkan tanpa perlu AM menggunakan makeup remover atau pencuci wajah.
Teksture sunscreen ini sebati dengan air dan memudahkan AM untuk mencuci muka
dan terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim bersolat.

Tidak perlu ambil masa yang lama
untuk mencuci kerana sunscreen Hansaegee Nature sememangnya mesra wuduk. Jadi
AM sangat yakin untuk berwuduk dan sunscreen ini mudah dipakai semula selepas
menunaikan solat.
Sememangnya sunscreen ini mesra
wuduk untuk reapply semula selepas dicuci dan ianya tidak meninggalkan kesan
melekit pada kulit.
TEKSTUR YANG RINGAN DAN BEBAS BAHAN KIMIA
Yang paling AM suka perihal
Sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini adalah teksturnya lebih
ringan dan tidak padat seperti menggunakan bahan kosmetik. Sangat sesuai bagi pengguna
macam AM yang mempunyai kulit sensetif dan berminyak.
Texture Sunscreen Aloe Vera ini
sangat ‘light weight’ dan mudah meresap pada kulit. Ianya juga tidak
menyebabkan keradangan kerana bahan utamanya adalah aloe vera yang bersifat
anti-inflammation.
AM sentiasa menggunakan sunscreen ini setiap hari dari pagi sehingga petang dan AM reapply semula setiap 2 – 4 jam. AM merasakan sangat selesa kerana sunscreen ini membuatkan kulit tidak berminyak.
Hal ini berikutan ada sesetengah suncreen
yang menutup terus lapisan kulit dan tak kalis air. Jadi bila kita pakai terasa
sunscreen yang tebal menempel pada kulit wajah. Malahan sunscreen yang bersifat
kimia tidak sesuai untuk pengguna jenis kulit sensitif kerana bahan kimia ini boleh
menyebabkan pori-pori tersumbat dalam kulit wajah.
SUNSCREEN TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK – ALOE VERA SUNSCREEN HANSAEGEE NATURE
Sememangnya sunscreen yang
berminyak amat susah untuk dibersihkan sehingga sebelum mengambil wuduk, wajah
perlu bebas dari sebarang yang menghalang air. Sunscreen yang berminyak tidak
boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan air kerana ianya perlu dibersihkan
dengan lebih teliti.
Sunscreen ini sangat sesuai untuk
kulit berminyak kerana teksturnya yang ringan dan tidak berminyak. Ianya tidak
akan memberikan rasa ketidakselesaan pada kulit kerana ianya mudah meresap ke
dalam kulit wajah.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini merupakan krim siang terbaik bagi yang mempunyak masalah kulit berminyak seperti AM.
Namun dengan adanya Hansaegee
Nature Aloe Vera Sunscreen, AM tidak lagi rasa ragu untuk membersihkan wajah
sebelum mengambil wuduk. Sangat mudah kerana sunscreen ini mudah dibilas dan
larut bersama air ketika membersihkan wajah.
SUNSCREEN TIADA WHITE CAST
White cast adalah kesan putih
yang ditinggalkan selepas diblend pada sesuatu krim. Ianya juga dapat
menyebabkan pori tersumbat jika tidak dibersihkan dengan betul.
Salah satu keunikan yang ada pada
Sunscreen Hansaegee Nature ini adalah mudah meresap pada kulit. AM hanya perlu
apply dan ianya meresap sekata pada kulit. Memang best sebab tiada kesan
tompokan dan tiada kesan white cast ketika penggunaan sunscreen ini.
Memandangkan sunscreen ini merupakan tanpa white cast, ianya mudah disapu rata pada kulit dan meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan apa-apa kesan pada kulit wajah. Hal ini demikian, membuatkan sunscreen ini mudah dicuci dengan air sahaja tanpa perlu menggunkan micellar water atau makeup remover.
Jadi AM sangat selesa terutamanya
bila bekerja di luar. Walaupun berpeluh, kesan dari sunscreen ini menjadikan kulit
AM jadi glowing dan solekan pun nipis dan tidak terlalu tebal. Malahan jika
tiada white cast dan sangat mudah diratakan, ianya akan membuatkan urusan
seharian AM tidak memerlukan waktu yang lama untuk memakai sunscreen.
AM merasa sangat mudah untuk
keluar bekerja sehari-hari untuk reapply semula sunscreen tanpa perlu
menghabiskan waktu yang lama untuk bersiap semula terutamanya selepas selesai
melakukan solat Zohor mahupun solat Asar.
Untuk pengetahuan semua pembaca
blog AM, sunscreen adalah produk penjagaan kulit wajah yang perlu direapply
semula jika ingin mendapatkan hasil dan kesan terbaik. Ianya perlu di reapply
setiap 2-4 jam mengikut keberadaan kita.
Misalnya jika kita berada di
pejabat hanya perlu reapply setiap 4 jam, namun jika kita terdedah kepada
aktiviti luar dan Cahaya matahari perlu reapply setiap 2 jam. Sebab itu, AM
memilih sunscreen terbaik iaitu Hansaegee ini yang mudah dicuci, mudah di reapply
semula dan mesra wuduk.
Info lanjut berkaitan Sunscreen
Hansaegee ini boleh rujuk di

Brand : Hansaegee
Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
KATA ALONGMURNI
Sunscreen Hansaegee Nature ini bukan
sahaja boleh melindungi kulit dari sinaran UV, tapi boleh berikan kelembapan
juga pada kulit kita. Dengan ciri-ciri unik iaitu tanpa white cast, tanpa
paraben dan oil-free, memang sesuai untuk kulit berminyak seperti AM.
Yang paling penting, jangan lupa
juga sunscreen ini untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Barulah boleh tampil
yakin dan menarik di waktu dan musim perayaan ni. Jom ramai-ramai gunakan
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen dan raikan bersama keluarga tersayang.
0 Comments