Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan hadir ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di Pusat Beli Belah
IOI Putrajaya. Bermula pada 28 Ogos hingga 1 September, pameran ini menawarkan
peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan
landskap bumi Arab Saudi melalui pertunjukan secara maya dan pameran
berinteraktif.
PAMERAN 'SAUDI, WELCOME TO ARABIA'
PELUANG KENALI SEJARAH, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KEINDAHAN LANDSKAP BUMI SAUDI
Sepanjang pameran berlangsung, AM
berpeluang merasai sendiri kemeriahan dan keunikan acara-acara kebudayaan
seperti membuat Misbaha, melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat
artis kebudayaan Arab Saudi. Antara pakej menarik, aktiviti dan peluang yang terdapat
sepanjang Pameran ‘Saudi, Welcome to Arabia’.
PERIHAL PAMERAN ‘SAUDI, WELCOME TO ARABIA’
‘Saudi, Welcome to Arabia’ adalah
sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan
seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini.
Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini
melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber
secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan
menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling
pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang
amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun.
NIKMATI TAWARAN TERBAIK DENGAN 15 PAKEJ MENARIK
Bagi pengunjung yang datang,
mereka berpeluang menikmati 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13
agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia yang menawarkan tawaran
eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa
ini termasuklah:
💥Ikhlas Com Travel Sdn Bhd
(Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk
Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun
sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun
istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big
Points.
💥Saudia memberikan tawaran beli
satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
💥In Saff Travel membuka peluang
untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila
anda membeli sebuah pakej.
💥Rayhar Travel menawarkan potongan
RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah,
Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
💥Apple Vacations memberikan
diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap
pelanggan.
💥Tabung Haji Travel Services
(THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
💥Iman World memberikan diskaun
RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu
serta cabutan bertuah.
PELANCONGAN FLEKSIBEL DENGAN ‘BELI SEKARANG, BAYAR KEMUDIAN’
Mengimpikan pengembaraan
merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya? Jangan bimbang! Banyak agensi
pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi ini menawarkan pilihan Beli Sekarang,
Bayar Kemudian, supaya kita boleh merancang percutian impian tanpa rasa
tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel yang ditawarkan dan
jadikan angan-angan satu kenyataan!
TEROKAI KEINDAHAN ARAB SAUDI
Jeddah, pusat kebudayaan Arab
Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah
Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah
ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan pelbagai aktiviti
menyeronokkan.
Imbau kembali sejarah 1,400 tahun
yang lalu dengan melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah.
Untuk rasai keenakan makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery,
yang berusia 200 tahun dan terkenal dengan roti gandum penuhnya yang
menyelerakan.
Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.
Dengan hanya memandu selama 3 jam
setengah, kita akan tiba di AlUla daerah yang kaya dengan sejarah dan keunikan
dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan. Terokai Tapak Warisan Dunia
UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya; bangunan bercermin terbesar
di dunia.
Kunjungi keindahan alam semula
jadi Elephant Rock, dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari,
dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan
AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam
majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang
menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja
yang mengunjunginya.
Riyadh, ibu negara Arab Saudi
yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan,
hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA
Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan
eklektik.
Sebagai sebuah hab permainan,
Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis
permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di
ketinggian 300-meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan
pemandangan indah yang menakjubkan.
Taif, oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk anda yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki, menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna.
Hanya dua jam ke utara Madinah,
Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik. Terkenal dengan sejarah
Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu
kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di
rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik
sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan
seni ketukangan tempatan.
JADIKAN IMPIAN KE ARAB SAUDI SUATU REALITI
Mengunjungi Arab Saudi kini lebih
mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan
daripada tahun 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala
Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia dari
Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi yang pertama
seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA
(KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses.
Inisiatif Visa semakin berkembang
baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia
boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma atau
pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari. Visa untuk perniagaan
dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan keterhubungan,
kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X, Syarikat
Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus ke
Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.
Untuk maklumat lanjut, log masuk
ke https://www.visitsaudi.com
0 Comments