Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

 

Menurut JAKIM, tarikh Ramadhan 2025 dijangka jatuh pada 2 Mac 2025 iaitu pada hari Ahad. Namun, ianya tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2025 pilihan AlongMurni (AM), AM memilih menu sajian berbuka puasa di Hotel Concorde Shah Alam.

Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

Tahun ini, Concorde Hotel Shah Alam menyajikan sajian berbuka puasa dengan tema IFTAR CITARASA NENDA ‘HARUM SEMERBAK, SETULUS KASIH’. Cef-cef di Hotel Concorde Shah Alam akan mempamerkan masakan tradisional melayu yang menari dari 2 hingga 30 Mac 2025 di Melting Pot Café. Sebanyak 4 jenis menu berbeza berselang seli dengan pelbagai hidangan minuman yang disediakan sepanjang Iftar.

BUFFET RAMADHAN 2025

IFTAR CITARASA NENDA 

‘HARUM SEMERBAK, SETULUS KASIH’

HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

Pengurus Besar Concorde Hotel Shah Alam, Felix Yeo, berkongsi bahawa tetamu-tetamu boleh menikmati pelbagai masakan lazat seperti Kerabu Pucuk Paku, Lemang, Ketupat, 3 jenis bubur lambuk, Ketam Masak Cili, Kambing Panggang Berempah Bawang Putih, Ikan Goreng Keli Berlada, Ayam Kari Utara Berkerisik dan banyak lagi.

Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

Cef Eksekutif Alham Ahmad Daldiri akan memastikan lebih 100 jenis hidangan disediakan dapat memenuhi pelbagai cita rasa tetamu bermula dari pembuka selera hingga pencuci mulut.

Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

Bagi penggemar minuman tradisional, pilihan seperti Air Sirap Pandan Selasih, Air Bandung, dan Air Kembang Semangkuk pasti membangkitkan kenangan lama. Minuman istimewa seperti Teh Tarik khas Concorde turut disediakan, memberikan sentuhan akhir yang sempurna kepada setiap sajian berbuka.

Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam
Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

Dengan harga yang berpatutan, IFTAR CITARASA NENDA ditawarkan pada RM 145 bersih untuk dewasa, RM 115 bersih untuk warga emas, dan RM 75 bersih untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.


Iftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah AlamIftar Citarasa Nenda ‘Harum Semerbak, Setulus Kasih’ di Hotel Concorde Shah Alam

Bagi tetamu yang ingin berehat dengan lebih selesa selepas seharian berpuasa, Concorde Hotel Shah Alam turut menyediakan pakej penginapan istimewa sepanjang Ramadan. Kadar bilik bermula dari RM 165 bersih setiap malam untuk bilik sahaja, atau RM 220 bersih termasuk bufet sahur atau sarapan. Dengan suasana hotel yang moden dan lokasi yang strategik, ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang mencari keselesaan selepas menikmati sajian berbuka.

LOKASI: HOTEL CONCORDE SHAH ALAM

3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam

UNTUK TEMPAHAN:

Telefon +603 5520 8000, WhatsApp +6012 289 8103

E-mel: vasanthi@concorde.net


Post a Comment

2 Comments

  1. nampak sedap semua menu tu..wah jeruk pun ada juga ke tu,

    ReplyDelete
  2. Ramadan tiba! Ramadan tiba! Tak sabar menunggu bulan yang penuh barakah ni. Nampak sedap2 juga menu buffet ramadan kali ni...

    ReplyDelete