Menurut JAKIM, tarikh Ramadhan
2025 dijangka jatuh pada 2 Mac 2025 iaitu pada hari Ahad. Namun, ianya
tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Untuk
Edisi Buffet Ramadhan 2025 pilihan AlongMurni (AM), AM memilih menu sajian
berbuka puasa di Hotel Concorde Shah Alam.

Tahun ini, Concorde Hotel Shah
Alam menyajikan sajian berbuka puasa dengan tema IFTAR CITARASA NENDA ‘HARUM
SEMERBAK, SETULUS KASIH’. Cef-cef di Hotel Concorde Shah Alam akan mempamerkan
masakan tradisional melayu yang menari dari 2 hingga 30 Mac 2025 di Melting Pot
Café. Sebanyak 4 jenis menu berbeza berselang seli dengan pelbagai hidangan
minuman yang disediakan sepanjang Iftar.
BUFFET RAMADHAN 2025
IFTAR CITARASA NENDA
‘HARUM SEMERBAK, SETULUS KASIH’
HOTEL CONCORDE SHAH ALAM
Pengurus Besar Concorde Hotel
Shah Alam, Felix Yeo, berkongsi bahawa tetamu-tetamu boleh menikmati pelbagai
masakan lazat seperti Kerabu Pucuk Paku, Lemang, Ketupat, 3 jenis bubur lambuk,
Ketam Masak Cili, Kambing Panggang Berempah Bawang Putih, Ikan Goreng Keli
Berlada, Ayam Kari Utara Berkerisik dan banyak lagi.



Cef Eksekutif Alham Ahmad Daldiri
akan memastikan lebih 100 jenis hidangan disediakan dapat memenuhi pelbagai
cita rasa tetamu bermula dari pembuka selera hingga pencuci mulut.



Bagi penggemar minuman
tradisional, pilihan seperti Air Sirap Pandan Selasih, Air Bandung, dan Air
Kembang Semangkuk pasti membangkitkan kenangan lama. Minuman istimewa seperti
Teh Tarik khas Concorde turut disediakan, memberikan sentuhan akhir yang sempurna
kepada setiap sajian berbuka.



Dengan harga yang berpatutan, IFTAR CITARASA NENDA ditawarkan pada RM 145 bersih untuk dewasa, RM 115 bersih untuk warga emas, dan RM 75 bersih untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.
Bagi tetamu yang ingin berehat
dengan lebih selesa selepas seharian berpuasa, Concorde Hotel Shah Alam turut
menyediakan pakej penginapan istimewa sepanjang Ramadan. Kadar bilik bermula
dari RM 165 bersih setiap malam untuk bilik sahaja, atau RM 220 bersih termasuk
bufet sahur atau sarapan. Dengan suasana hotel yang moden dan lokasi yang
strategik, ia menjadi pilihan ideal untuk mereka yang mencari keselesaan
selepas menikmati sajian berbuka.
LOKASI: HOTEL CONCORDE SHAH ALAM
3, Jalan Tengku
Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam
UNTUK TEMPAHAN:
Telefon +603 5520
8000, WhatsApp +6012 289 8103
E-mel: vasanthi@concorde.net
2 Comments
nampak sedap semua menu tu..wah jeruk pun ada juga ke tu,
ReplyDeleteRamadan tiba! Ramadan tiba! Tak sabar menunggu bulan yang penuh barakah ni. Nampak sedap2 juga menu buffet ramadan kali ni...
ReplyDelete