Doko Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Doko Koko yang merupakan sebuah Kafe Animasi Jepun Terbesar di Asia Tenggara. Dengan pembukaan Doko Koko ini, dunia animasi Jepun di Malaysia kini berada di tahap tersendiri dan semakin mendapat tempat di hati ramai

Ini secara tidak langsung, meletakkan Doko Koko sebagai premis dan kafe anime terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai produk asli dan eksklusif terus dari Jepun. Kafe Doko Koko ini dapat menampung sehingga 100 orang untuk satu-satu masa.

DODO KOKO

KAFE ANIMASI JEPUN TERBESAR DI ASIA TENGGARA KINI DI MALAYSIA

Dodo Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia

Selain menawarkan koleksi barangan eksklusif, Doko Koko turut menjalin kerjasama dengan pelbagai francais animasi Jepun bersiri yang terkenal sebagai salah satu pendekatan untuk menghasilkan tema kafe berkenaan pada setiap bulan.

Terbaharu, Doko Koko telah memilih siri terkenal NIJISANJI EN dan Heaven’s Official Blessing sebagai tema pilihan sepanjang Januari dan Februari 2025. Antara menu sajian bertema yang akan disajikan selama dua bulan ini sehingga Mac 2025 adalah: 

DOKO KOKO KAFE
PESTO FARFALLE : RM 35

DOKO KOKO KAFE
CRYSTAL SHRIMP DUMPLINGS: RM28

DOKO KOKO KAFE
BLACK SAUCE HAMBURGER: 38

DOKO KOKO KAFE
SQUID INK SHRIMP BOLOGNESE: RM 38

DOKO KOKO KAFE
FRY BUN WITH SWEET & SPICY SAUCE: RM20

DOKO KOKO KAFE
SWEET POTATO TANG YUAN: RM20

DOKO KOKO KAFE
FRUIT TEA POT: 28

Pengarah Doko Koko, Joshua Wong Yong Chern, berkata matlamat utama penubuhan premis ini adalah untuk membawa budaya animasi Jepun dengan lebih dekat kepada peminatnya di Malaysia.

“Sebelum ini, peminat anime di Malaysia perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan asli yang bukan sahaja mahal, tetapi juga sukar diperolehi.

“Dengan adanya Doko Koko, kami membawa satu pengalaman membeli-belah dunia anime ke Malaysia pada harga yang lebih berpatutan,” katanya.

MENYOKONG BAKAT TEMPATAN

Selain membawa produk antarabangsa ke Malaysia, Doko Koko turut berhasrat untuk menyokong kreativiti artis tempatan dalam menghasilkan karya dan nukilan animasi mereka sendiri.

“Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia juga mempunyai bakat hebat dalam dunia anime. Kami mahu memberi platform kepada artis tempatan untuk menonjolkan karya mereka,” kata Joshua Wong.

Dengan pembukaan Doko Koko, peminat anime di Malaysia kini mempunyai akses lebih mudah terhadap minat mereka dan pengalaman unik tanpa perlu ke luar negara. Doko Koko juga boleh dijadikan tempat pertemuan komuniti peminat anime bagi berkongsi minat dan meraikan budaya bersama.

CABARAN DALAM INDUSTRI ANIMASI

Menurut pengarah Doko Koko, cabaran utama dalam industri ini adalah mendapatkan lesen rasmi daripada pemegang hak cipta asal.

“Kami ingin memastikan semua produk yang dijual di sini adalah asli dan berlesen. Semua ini berlaku kerana kami melalui proses kelulusan yang ketat. Walaupun kos untuk mendapatkan lesen agak tinggi, kami percaya ia penting untuk memastikan peminat anime mendapat produk berkualiti dan juga asli,” jelasnya.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Doko Koko merancang untuk membuka 10 lagi cawangan baharu di seluruh negara dalam masa terdekat serta menyasarkan Johor Bahru sebagai lokasi terkini mereka pada masa akan datang.

MERCHANDISE EKSKLUSIF DI DOKO KOKO

Dodo Koko telah mengadakan majlis perasmian pada 12 Februari 2025, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang di LOT G20A&B, LaLaport BBCC. Acara ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian singa, upacara memotong reben dan sesi Lou Shang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dodo Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia

Majlis perasmian dihadiri oleh tetamu dari LaLaport BBCC sendiri yang memainkan peranan penting di dalam industri peruncitan dan animasi Jepun di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada tarikan utama, Doko Koko juga menyediakan seleksi makanan bertemakan anime. Premis ini juga menjual pelbagai merchandise eksklusif yang sukar didapati di tempat lain.

Dodo Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia
MERCHANDISE EKSKLUSIF DOKO KOKO
Dodo Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia

Terdapat figura daripada animasi Jepun terkenal, pakaian dan kit edisi terhad seperti gelas dan pelapik minuman dan pinggan bersama ilustrasi khas yang hanya boleh didapati di Doko Koko pada harga berpatutan.

DOKO KOKO

Alamat: 

G20A & B, Lalaport BBCC,

No. 2 Jln Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

WEBSITE

https://www.dokokoko.asia/

INSTAGRAM

@dokokoko_dkkk

FACEBOOK

@Doko Koko

TIKTOK

@dokokoko_dkkkk

X

@DokoKoko_dkkk


Dodo Koko - Kafe Animasi Jepun Terbesar Di Asia Tenggara Kini Di Malaysia

Post a Comment

0 Comments