Ramadan, bulan paling mulia dalam
kalendar Islam, sentiasa dinanti-nantikan dengan pelbagai juadah istimewa yang
mengimbau kenangan. Tahun ini, Park Inn by Radisson Putrajaya tampil dengan
Bufet Ramadan Halal-Certified bertemakan ‘Sajian Warisan Bonda’, menjanjikan
pengalaman berbuka puasa yang penuh rasa nostalgia dan kehangatan keluarga.
PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA TAMPILKAN BUFET RAMADAN HALAL ‘SAJIAN WARISAN BONDA’ BERMULA 20 FEBRUARI 2026

AlongMurni (AM) berkesempatan
untuk merasai sendiri sajian Bufet Ramadan bertempat di Park Inn by Radisson
Putrajaya, dan ternyata setiap hidangan yang disajikan bukan sahaja
menyelerakan, malah sarat dengan cita rasa tradisi yang membangkitkan memori masakan
air tangan ibu dan nenek.
Bermula 20 Februari hingga 18 Mac
2026, para tetamu dijemput untuk menikmati keenakan hidangan tradisional Melayu
yang autentik, diinspirasikan daripada resipi turun-temurun keluarga,
disediakan khas oleh Head Chef Mohd Faizul bersama pasukan kulinarinya.
LEBIH 100 HIDANGAN TRADISIONAL & STESEN MASAKAN LIVE
.jpeg)
Bufet Ramadan ‘Sajian Warisan
Bonda’ ini menyajikan lebih 100 pilihan hidangan lazat, termasuk menu klasik
kegemaran ramai dan sajian istimewa yang jarang ditemui. Antara yang menjadi
tarikan utama adalah stesen masakan secara langsung (LIVE station) seperti:
💥Kambing Golek
💥Satay
💥Gulai Kawah
💥Pelbagai lauk pauk kampung & masakan warisan


Tidak ketinggalan, pilihan Ulam-Ulam Kampung, aneka pencuci mulut tempatan dan antarabangsa, serta minuman menyegarkan untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa. Bufet ini turut menampilkan 4 menu berbeza secara rotasi, memastikan setiap kunjungan sentiasa memberi rasa yang baharu.


Suasana berbuka puasa juga lebih meriah dengan persembahan muzik secara langsung oleh kumpulan tempatan “Aurora Buskers”, mencipta pengalaman santai dan eksklusif selepas seharian berpuasa.
KEMUDAHAN LENGKAP & LOKASI STRATEGIK
Untuk keselesaan tetamu Muslim, surau turut disediakan di
hotel, selain kawasan parkir yang luas. Bagi yang ingin menunaikan solat
Tarawih di masjid, Masjid Ikram hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.
PAKEJ STAYCATION RAMADAN ISTIMEWA
.jpeg)
Bagi yang ingin menikmati Ramadan
dengan lebih santai, Park Inn by Radisson Putrajaya turut menawarkan Pakej
Ramadan Stay & Dine, sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil.
Pakej Termasuk:
1 malam penginapan di
Bilik Standard
Sahur atau Sarapan
Pagi
Bufet Ramadan Sajian
Warisan Bonda
Harga Pakej:
Single: RM265 nett
Double: RM380 nett
Tempahan awal
diperlukan dan boleh dibuat melalui Jabatan Tempahan hotel.
MAKLUMAT BUFET RAMADAN
.jpeg)
Tarikh: 20 Februari –
18 Mac 2026
Masa: 7.00 malam –
10.00 malam
Harga:
Dewasa: RM128 nett
Warga Emas /
Kanak-kanak (5–12 tahun): RM69 nett
Promosi Early Bird:
RM89 nett seorang
(Dewasa sahaja)
Sah sehingga 18
Februari 2026
TEMPAHAN & PERTANYAAN:
RBG Restaurant: +603
8911 1999
ALAMAT & HUBUNGI
Park Inn by Radisson
Putrajaya
Jalan Universiti,
Taman Unipark Suria,
43000 Kajang,
Selangor
📞
+603 8911 1999 / 010-2114517
✉️
info.parkinnputrajaya@parkinn.com
✉️ reservations.pdec@parkinn.com
✨ Jangan lepaskan peluang untuk
menikmati sendiri keenakan Bufet Ramadan ‘Sajian Warisan Bonda’ di Park Inn by
Radisson Putrajaya.
Bagi AM, inilah antara destinasi
berbuka puasa yang wajar dimasukkan dalam senarai pilihan Ramadan tahun ini —
lengkap dengan hidangan tradisional yang menyelerakan, suasana selesa dan
kemudahan mesra keluarga.
📌 Tempah awal slot
berbuka puasa anda bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja dan rasai sendiri
pengalaman iftar yang bermakna seperti yang dinikmati oleh AlongMurni (AM). Percayalah,
setiap suapan pasti meninggalkan kenangan manis sepanjang Ramadan ini.


0 Comments