Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian dan Pembukaan Wisma D’Herbs berwajah baharu yang berlangsung di Persiaran Prestij, Kota Damansara. Sejujurnya, melangkah masuk sahaja ke Wisma D’Herbs yang baharu ini sudah cukup membuatkan AM rasa teruja dengan perubahan yang ditampilkan.

WISMA D’HERBS TAMPIL DENGAN WAJAH BAHARU

TAWAR PENGALAMAN BELI-BELAH LEBIH EKSKLUSIF

Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif

Menyebut sahaja slogan ikonik “Terlajak Laris”, pasti ramai yang terus teringatkan jenama tempatan terkenal, D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. Diasaskan oleh usahawan selebriti tersohor, Dato’ Sri Aliff Syukri, D’Herbs telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri kecantikan dan kesihatan tanah air sejak hampir dua dekad lalu. Selepas lebih 10 tahun beroperasi di lokasi yang sama, Wisma D’Herbs kini tampil dengan konsep baharu yang lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan.

Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif

Selaras dengan kehendak pasaran dan keperluan pengguna masa kini, Wisma D’Herbs telah melalui proses pengubahsuaian menyeluruh. Konsep butik yang lebih luas, kemas dan tersusun rapi memberi pengalaman membeli-belah yang jauh lebih selesa. Jika sebelum ini ruang jualan hanya tertumpu kepada satu seksyen khas, kini ia diubah suai seakan sebuah ekspo mini, membolehkan pelanggan melihat, mencuba dan mengenali rangkaian produk D’Herbs dengan lebih dekat dalam suasana yang kondusif.

Menariknya, Wisma D’Herbs bukan sekadar pusat jualan semata-mata. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti ruang solat yang selesa, kafe mini, ruang permainan kanak-kanak (kids play area) serta kawasan rehat lengkap dengan sofa. Kemudahan ini jelas memberi nilai tambah, terutamanya buat pengunjung yang hadir bersama keluarga.

Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif
Pengarah Urusan D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. : Dato’ Sri Aliff Syukri
Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings :  Datin Sri Nur Shahida

Menurut Pengarah Urusan D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan Wisma D’Herbs ini bukan sahaja bertujuan memastikan jenama D’Herbs terus relevan dan berdaya saing, malah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong perniagaan ini sejak hampir 20 tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings, Datin Sri Nur Shahida turut berkongsi bahawa sempena pelancaran rasmi Wisma D’Herbs berwajah baharu pada 31 Januari, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang khas untuk para pengunjung. Antaranya termasuk Jualan Lelong Harga Runtuh, Pertandingan Mewarna dan Bouncing Castle untuk kanak-kanak, Pertandingan Berhias, serta Pertandingan Makan Kuaci Terpantas yang pastinya menghiburkan pelbagai peringkat usia.

Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif
Turut hadir bersama Amelina, Izara Aishah, Sally Woo dan Sherry Alhadad

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran duta beg AS, Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan istimewa artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad yang berjaya memeriahkan lagi suasana pelancaran.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, 100 pembeli terawal menerima goodies bag misteri eksklusif. Tidak ketinggalan, pelanggan yang membuat pembelian RM300 dalam satu resit menerima payung D’Herbs, manakala pembelian minimum RM200 pula melayakkan pelanggan menyertai putaran ‘lucky wheel’ serta cabutan bertuah yang berlangsung sepanjang hari.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Pelancaran Wisma D’Herbs Berwajah Baharu yang berlangsung pada 31 Januari (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Persiaran Prestij, Kota Damansara. Pelancaran berskala besar ini pastinya menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan mengujakan buat semua.

Wisma D’Herbs Tampil Dengan Wajah Baharu, Tawar Pengalaman Beli-Belah Lebih Eksklusif

Sebagai kemuncak majlis, sesi perasmian rasmi Wisma D’Herbs dijadualkan berlangsung pada jam 5.50 petang, manakala cabutan bertuah utama berupa sebuah Perodua Bezza akan berlangsung pada jam 8.00 malam, disempurnakan oleh Izara Aishah khas buat pelanggan yang pernah membeli koleksi beg AS sebelum ini.

Tahniah D’Herbs atas pembaharuan Wisma D’Herbs yang serba moden dan eksklusif!

Bagi AM, ini sememangnya satu langkah bijak dalam memberikan pengalaman terbaik buat pelanggan setia. Ayuh kunjungi Wisma D’Herbs berwajah baharu di Persiaran Prestij, Kota Damansara dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, selesa dan mesra keluarga. Pelbagai promosi menarik, aktiviti hiburan serta hadiah istimewa menanti anda.

Post a Comment

0 Comments