Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Global GX-1 Bio-Reset System yang berlangsung di Amani Bio-Hacking Club, Kuala Lumpur. Pelancaran ini cukup signifikan kerana ia bersempena ulang tahun ke-20 jenama teknologi kesejahteraan global, Amezcua.
PELANCARAN GLOBAL GX-1 BIO-RESET SYSTEM DI KUALA LUMPUR

Acara ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah menjadi simbol evolusi gaya hidup sihat yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat moden termasuk di Malaysia.
RAI ULANGTAHUN 20 TAHUN AMEZCUA & FASA BAHARU 2026
Sebagai jenama teknologi kesejahteraan di bawah naungan QNET, Amezcua terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri global. Pelancaran di Kuala Lumpur ini menandakan fasa pertama strategi peluasan Amezcua bagi tahun 2026 ke rantau:
💥Timur Tengah
💥Asia Tengah
💥Afrika Sub-Sahara
Rantau-rantau ini kini menunjukkan peningkatan ketara dalam amalan kesejahteraan sebagai gaya hidup.
Menurut laporan Global Wellness Institute (2024), ekonomi kesejahteraan di Malaysia dianggarkan bernilai sekitar USD31.8 bilion, ianya merupakan satu angka yang membuktikan minat pengguna terhadap penyelesaian kesejahteraan berasaskan gaya hidup semakin kukuh dan konsisten.
GX-1 BIO-RESET SYSTEM
GX-1 merupakan grounding mat tanpa kuasa elektrik yang direka untuk melengkapkan rutin kesejahteraan harian.
Menariknya:
❌ Tidak memerlukan elektrik
❌ Tidak perlu pengecasan
❌ Tiada bateri
❌ Tiada sambungan kuasa
❌ Tidak menjana arus elektrik
❌ Tidak memancarkan sebarang isyarat
Sebagai tikar tanpa kuasa, GX-1 menggunakan sistem wayar konduktif yang menghubungkan tikar utama kepada pad sentuhan di lantai.
Ia direka sebagai pelengkap rutin:
💥Rehat
💥Pemulihan
💥Kesejahteraan menyeluruh
Sesuai digunakan di rumah atau di tempat kerja yang ringkas, mudah dan praktikal untuk gaya hidup moden.
GROUNDING / EARTHING: AMALAN GAYA HIDUP PROAKTIF
Grounding atau juga dikenali sebagai earthing merupakan amalan kesejahteraan yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif QNET, Mattias Mildenborn:
“Sepanjang dua dekad yang lalu, kami telah menyaksikan peralihan ketara di peringkat global daripada pendekatan penjagaan kesihatan reaktif kepada kesejahteraan yang bersifat proaktif. GX-1 mencerminkan peralihan ini dengan menawarkan penyelesaian ringkas tanpa kuasa elektrik yang direka untuk diintegrasikan secara lancar ke dalam gaya hidup moden tanpa memerlukan kebergantungan tambahan kepada teknologi digital.”
GX-1 dibangunkan di bawah bimbingan Amezcua Scientific Advisory Board, termasuk pakar dalam bidang sains tenaga dan kesihatan integratif seperti Konstantin Korotkov, yang terkenal dengan penyelidikan berkaitan interaksi bioelektrik dan persekitaran.
Namun begitu, pihak Amezcua menegaskan bahawa GX-1 diposisikan sebagai produk gaya hidup kesejahteraan, dan bukan peranti perubatan.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran QNET, Elena Khoo:
“Grounding merupakan amalan gaya hidup pelengkap, bukannya rawatan atau intervensi perubatan namun ianya merupakan satu pendekatan telus yang penting untuk membina kepercayaan jangka panjang.”
Pendekatan komunikasi yang jelas dan bertanggungjawab ini amat penting dalam industri kesejahteraan yang berkembang pesat hari ini.
BAHAN, KESELAMATAN & PENSIJILAN
Dari sudut kualiti dan keselamatan, GX-1 diperbuat daripada:
💥Lapisan atas electroconductive
polyurethane (PU)
💥Lapisan asas Thermoplastic Polyester Elastomer (TPE)
Ujian bebas oleh Bureau Veritas mengesahkan bahan tersebut mematuhi peraturan keselamatan kimia Kesatuan Eropah REACH dan bebas daripada Substances of Very High Concern (SVHC).

Ciri-ciri lain:
✔ Hipoalergenik
✔ Selamat untuk sentuhan kulit jangka panjang
✔ Dihasilkan di bawah sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2015
Sekali lagi ditekankan, produk ini adalah tikar kesejahteraan umum tanpa kuasa elektrik, bukan peranti perubatan.
FORMAT PRODUK & CARA PENGGUNAAN

GX-1 hadir dalam satu set yang mengandungi:
💥Satu tikar bersaiz besar
💥Satu tikar bersaiz kecil
Tikar Besar
Boleh digunakan:
💗Di atas katil (di bawah cadar)
💗Di atas sofa atau kerusi
💗Sebagai tikar yoga
Tikar Kecil
Direka untuk mudah alih:
💗Diletakkan di bawah kaki
ketika bekerja di meja
💗Digunakan semasa perjalanan
💗Boleh dibawa ke dalam kapal terbang
Bagi mereka yang memerlukan permukaan lebih luas, kedua-dua tikar boleh disambungkan untuk membentuk permukaan grounding yang lebih besar.
DARI SUDUT PANDANG AM
Secara peribadi, AM melihat pelancaran ini sebagai satu langkah menarik dalam dunia kesejahteraan moden. Konsep tanpa elektrik dan berinspirasikan alam semula jadi memberi pendekatan yang lebih minimal dan tidak terlalu bergantung kepada teknologi digital.

Dalam era serba pantas ini, ramai yang mula beralih kepada pendekatan kesejahteraan yang lebih holistik dan proaktif yang bukan sekadar menunggu sakit baru bertindak.
GX-1 hadir sebagai satu pilihan gaya hidup untuk mereka yang ingin menambah elemen grounding dalam rutin harian, sama ada ketika berehat, bekerja atau bermeditasi.
Di Mana Nak Dapatkan?
GX-1 boleh didapati melalui:
💥E-kedai rasmi QNET
💥Pengedar Bebas Sah di pasaran terpilih
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Amezcua.
KATA ALONGMURNI
Pelancaran global GX-1 Bio-Reset System di Kuala Lumpur bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut mencerminkan perubahan landskap kesejahteraan global daripada pendekatan reaktif kepada gaya hidup proaktif dan berinspirasikan alam semula jadi.
Tahniah kepada Amezcua atas 20
tahun perjalanan dalam industri kesejahteraan, dan menarik untuk melihat
bagaimana peluasan 2026 ini akan membuka lebih banyak peluang di rantau baharu.


0 Comments