XPDC dan CROMOK : BERGABUNG GEGARKAN MAEPS
SERDANG.
Kredit Video PROPA RANGERS
Peminat Heavy Metal pastinya begitu teruja untuk
menyaksikan Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal
popular XPDC dan Cromok pada 3 Februari ini di MAEPS, Serdang. Along Murni
merasakan ini satu pergabungan terbaik dalam mengimbau dan membawa kembali muzik
bercorakkan Heavy Metal.
XPDC
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja
"C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu
tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC. Untuk
konsert kali ini, XPDC yang membariskan Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram)
dan Jeff (gitar).
AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN XPDC |
Antara Anugerah
dan pencapaian XPDC.
- Finalis Juara Lagu 1990 - lagu C.I.N.T.A
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1998 - Album Brutal
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999 - Album Konsert Raksasa XPDC Brutal
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2000 - Album Samurai
- Top 5 kategori Album Hard Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003 - Album V6
- Top 5 kategori Album Pop Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2005 - Album Unmetal 2
- Top 5 kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2010 - Album Rasopariso
“XPDC tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga
teruja beraksi dengan Cromok,” laung XPDC dengan teruja. XPDC juga akan
menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi
pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada
Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl.
CROMOK
Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar)
dan Miji (dram) berkata “Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami
berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat
membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok.”
AM BERSAMA DENGAN KUMPULAN CROMOK |
Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala
besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL
Live pada 2012 lalu. Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’
bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada
2013.
Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang
tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah
Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di
Australia dahulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok
sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The
Best Heavy Metal Band’ di Sydney pada
1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan
memiliki stesen radio sendiri.
Kaki metal mana yang mahu menjadi saksi XPDC ‘berentap’
buat pertama kali dengan Cromok nanti? Jangan ketinggalan bagi mendapatkan
tiket dan hadir bersama di MAEPS, Serdang.
Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd,
Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga
berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House
menerusi cabutan bertuah. “Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang
mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan
poster,” katanya.
Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan
di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Dalam pada itu,
penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert
dapat berjalan dengan lancar. “Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh
penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan
kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.
Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman
web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120
(hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket juga boleh didapati
di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle &
Alteration Jeans (Kajang).
KATA ALONG MURNI.
PERGABUNGAN HEAVY METAL KALI INI
PASTI MENJANJIKAN KELAINAN.
PEMINAT HEAVY METAL??
JOM TURUN RAMAI-RAMAI..
SOKONG INDUSTRI MUZIK TANAH AIR.
4 Comments
Jom follow AM rapat-rapat
ReplyDeleteyes SIR!!
DeleteMmg confirm bergegar dgn 2 band legend ni nnti.
ReplyDeletebetul bergegar dan cetus fenomena!
Delete