MELAKA TROPICAL FRUIT FARM : PENUH VARIASI AKTIVITI 'FARM STAY'
Kali ini Along Murni dan Team #borakkita sempat singgah di Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) sebelum menuju ke Selatan Johor. MTFF adalah anak syarikat Melaka Agriculture Development Sdn Bhd. MTFF bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Melaka. MTFF telah mengambil alih pengurusan agro pelancongan yang berkaitan dengan pengurusan dan promosi pada 15 Oktober 2003 dan telah dikendalikan lebih daripada seratus tahun.
Pintu masuk utama untuk ke Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang
terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah.
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti
bas atau teksi terus dari bandar Melaka. Melaka Tropical Fruit Farm Sungai
Udang, Melaka merupakan salah satu pusat Agro Perlancongan berkonsepkan "Farm Stay" yang
terdapat di dalam Negeri Melaka.
AM peluang untuk mengalami dan merasai di samping menerokai keindahan
alam semulajadi . Kemudahan sukan dan rekreasi termasuk trek basikal &
joging, tasik untuk berkayak dan memancing, zoo mini dengan burung unta, rusa,
dan kuda serta penginapan dalam bentuk chalet dan asrama juga disediakan di
MTFF.
Acara yang paling menarik dan AM suka adalah berpeluang merasai
persekitaran yang sejuk dan tenang di ladang selain berpeluang memakan
buah-buahan tropika segar dari pokok seperti durian, duku, rambai, rambutan dan
lain-lain. Terdapat beberapa pakej dan kemudahan ditawarkan pada tahap minimum.
Dengan dihiasi pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran
yang menghijau, ladang pertanian dan penternakan itu menyediakan keindahan
semulajadi yang bukan setakat memberikan ketenangan kepada pengunjung, malah
peluang untuk mereka mendapatkan pelbagai jenis herba yang sukar didapati di
tempat lain.
Anatara aktiviti yang sempat AM lakukan sepanjang di MTFF adalah:
7) Memberi makan kepada Burung Kasuari, rusa dan lembu.
9) Water Confident
MTFF menyediakan kepelbagaian pakej, kawasan rekreasi dengan
kemudahan, penginapan, dewan, bilik mesyuarat. Terdapat pilihan kemudahan
penginapan samada Chalet, Camping ataupun menginap di Hostel.
Menurut Pengurus MTFF, Norliza Mohamad, MTFF menerima kunjungan
ratusan ribu pelancong tempatan dan asing setiap tahun, khususnya mereka yang
memahami dan meminati tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SDN. BHD
D/A Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang,
76300 Sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah
Website : www.melakatropical.com
Facebook : www.facebook.com/mtfffarmstay/
Tel : 06-351 6916
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM
KATA ALONG MURNI:
SATU PENGALAMAN YANG INDAH UNTUK
DILALUI BERSAMA
SEPANJANG DI MTFF.
HUBUNGAN PERSAHABATAN DAN KEKELUARGAAN
ANTARA TEAM BORAKKITA
BERTAMBAH ERAT SELEPAS SEHARIAN DI MTFF.
MOGA SEGALANYA
KEKAL BERPANJANGAN
KREDIT KHAS INI AM BERIKAN PADA SITTY TRAVEL KERANA MENJADI PENAJA PENGANGKUTAN SEPANJANG TRIP INI BERLANGSUNG. MEMANG PERAMAH DAN SERVIS PERKHIDMATAN TIP TOP. YANG BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN SERVIS INI BOLEH KLIK DI LAMAN TERTERA
SITTY TRAVEL
SITTY TRAVEL
7 Comments
pengalaman yang menarik.. ohoooi durian sedapnyaaa lahai. makan dalam suasana kampung gitu kan dengan kawan2 lagi. comel bus tu classic..
ReplyDeletekalu bawa trip dengan family lagi meriah.. banyak leh buat program utk anak2 berdikari sambil mengenal jati diri melalui alam semulajadi..
Deletewow... syoknya... hepi semua... akak bila tgk durian tu tak tahan...
ReplyDeleteKann.. tak sangka plak rezeki & pihak MTFF sangat berbesar hati menjamu kami dengan durian..walaaaa!!
Deleteseronoknya lah tengok durian tu
ReplyDeletelagi sedap tgk.. lagi seronok menikmati rasanya..hehehehe..
Deletebuah - buah nya menarik
ReplyDelete