PULAU KUKUP: HARTA KHAZANAH WARISAN NEGARA
Pengembaraan Along Murni dan team #borakkita kini tiba di Pulau Kukup. Pulau ini terletak di
hadapan bandar Kukup, Pontian. Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka ke daratan terutama Ribut
Sumatera antara Mac - Mei. Menurut masyarakat tempatan, pulau ini menjadi lokasi
menarik bagi burung ramsar yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua
Australia yang panas ke hemisfera utara yng lebih sejuk.
Di sini, AM dan Team Borakkita sempat merakam video sepanjang penerangan di Pulau Kukup.
Kredit Video : EDDY RUSH
Di sini, AM dan Team Borakkita sempat merakam video sepanjang penerangan di Pulau Kukup.
Kredit Video : EDDY RUSH
Sepanjang di Pulau Kukup dan menyelusurinya, banyak yang AM lihat dan rasai di sini.. Penuh dengan kehijauan dan kehidupan flora dan fauna.
Hutannya terdiri daripada pokok bakau dan menjadi habitat
untuk anak -anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain. Bot pancung
boleh disewa di jeti Kukup jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan
meninjau kehidupan nelayan pantai.
Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih
dikenali sebagai satu lagi taman negara di dalam Negeri Johor.
Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut
mendapat pengiktirafan pada bulan Januari 2003 sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) oleh Biro Konvensyen
Ramsar yang berpusat di Geneva. Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Kawasan
hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada
keseluruhan hutan bakau di negara ini. Banyak aktiviti boleh dilakukan semasa
berkunjung ke pulau berkenaan, antara melalui jambatan gantung yang agak tinggi
dan melihat tapak semaian pelbagai tumbuhan untuk tujuan pembelajaran dan
kajian dipanggil Arboretum.
CORPORATION PARK NASIONAL
JOHOR adalah merupakan penjaga Harta
khazanah Warisan Negara ini.
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Lot 139, Mukim Air
Masin, 82300 Kukup, Pontian Johor
Dibuka setiap hari
: 9.00 AM - 5.00 PM
Tel : 07-696 9355
Tiket masuk untuk
warganegara Malaysia, tak termasuk GST :
RM 5 (Dewasa), RM 3 (Kanak-kanak)
Istimewanya lagi, terdapat Terminal Feri Antarabangsa Kukup (TFAK) yang menghubungkan Kukup
dan Tanjung Balai, Karimun, Indonesia yang hanya mengambil masa 30 hingga 40
minit.
TFAK boleh dianggap ‘jantung’ bagi pekan Kukup kerana
menerusi Tanjung Balai, penumpang boleh ke beberapa kota besar di Indonesia
dengan menaiki feri atau penerbangan secara terus.
Terminal tersebut paling menjadi tumpuan serta merupakan
antara pintu masuk dan keluar utama di negeri ini, khususnya bagi warga
Indonesia yang bekerja di beberapa negeri di negara ini untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing.
Perkhidmatan syarikat Kukup Ferry yang mengendalikan
perjalanan Kukup-Tanjung Balai mencatatkan kira-kira 500 pengguna ke Tanjung
Balai setiap hari, namun apabila musim perayaan, jumlah pengguna melebihi 2,000
orang.
KATA ALONG MURNI:
PULAU KUKUP MERUPAKAN HARTA KHAZANAH WARISAN NEGARA
YANG PENUH DENGAN FLORA DAN
FAUNA.
HARAP USAHA TAMAN NEGARA JOHOR BAGI
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KEINDAHAN
ALAM SEMULAJADI
MENDAPAT SOKONGAN DARI SETIAP LAPISAN MASYARAKAT.
2 Comments
yang kawasan lumpur tu boleh mandi ke?
ReplyDeletehehehe
xboleh rasanya sbb xnmpk pun org mandi kat situ..hehehe
ReplyDelete