DYXY SHOWCASE TOUR 2018 : PROMOSI JELAJAH BERSAMA 5 JEJAKA POPULAR
Baru-baru ini AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Sidang
Media Pengumuman DYXY SHOWCASE 2018 bertempat di Aseana Kuala Lumpur. Yang
menariknya adalah Lima bintang popular tanah air bakal menggegarkan beberapa
destinasi negara ini menerusi promosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 bermula 8
September sehingga 29 September ini yang dianjurkan oleh DYXY Cosmetics.
Mereka adalah lima jejaka terhebat lagi popular iaitu Hael
Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice cre. Mereka akan
berada di beberapa buah bandaraya setiap negeri seluruh negara iaitu di Kedah
pada 8 September, Terengganu (15 September), Johor Bahru (22 September) dan
Sabah pada 29 September 2018. Turut sama memeriahkan DYXY SHOWCASE 2018 ini
ialah bintang komedi popular Didie AlÃas. Pasti meriah DYXY SHOWCASE 2018 nanti
dengan coleteh dari Didie Alias kan??
Promosi jelajah ni diadakan di atas kelangsung penjenamaan
DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat bersandarkan pada kekuatan kualiti
produk terbitan Bumiputera. SHOWCASE DYXY 2018 ini juga bertujuan bagi mendekatkan
masyarakat dengan variasi produk DYXY lambang prestij jenama berkenaan. Bagaimanapun penganjuran DYXY Showcase Tour
2018 tidak lain untuk meraikan pengguna, stokis, agen dan setiap tulang
belakang jenama DYXY di seluruh negara kerana merekalah resipi utama kejayaan
jenama itu dari dulu hingga kini. Dalam masa yang sama, DYXY berharap untuk
menarik lebih ramai lagi generasi muda meminati bidang perniagaan kosmetik
berlandaskan strategi yang telah disediakan.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran pengasas DYXY
Cosmetics iaitu pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah
tahun ini, Dyana Roslan,32 dan Shah Hafiz Borhannudin, 32. Sidang media telah
dihangatkan dengan kehadiran supercar yang menjadi lambang prestij dan kejayaan
DYXY.
Pengasas Dyxy |
DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018, di mana
pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan. Pengunjung yang akan
hadir ke pertunjukan jelajah berkenaan juga akan berpeluang memenangi pelbagai
hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali
variasi produk kecantikan DYXY dengan lebih dekat di Pavilion DYXY yang
disediakan.
Jadual DYXY Showcase Tour 2018
TARIKH
|
LOKASI
|
SELEBRITI
|
8/9/2018
|
Aman Sentral Mall, Kedah
|
Hael Husaini
|
15/9/2018
|
UTC Kuala Terengganu, Terengganu
|
Haqiem Rusly & Caprice
|
22/9/2018
|
Angsana Mall, Johor
|
Aiman Tino & Caprice
|
29/9/2018
|
Centre Point Kota Kinabalu, Sabah
|
Achey Bocey
|
Menurut pengasas DYXY Dyana Roslan dan Shah Hafiz Borhannudin
, DYXY Cosmetics turut menyediakan peluang perniagaan di samping menyediakan
banyak latihan keusahawanan, pakej untuk Bumiputra memperlengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri menjadi usahawan yang berdaya maju
dan berdaya saing serta memperoleh pendapatan sehingga mencecah lima angka
dalam tempoh sebulan untuk Program-program
di bawah latihanan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi
input pendedahanan, pengetahuan dan kemahiran di tahap kebudayaan kusahawanan,
pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh DYXY.
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT SUKAKAN DYXY CC CREAM & MINERAL FACE MINT
DYXY.
BUATKAN KULIT AM NAMPAK SEGAR, ANJAL DAN YANG PALING PENTING
MAKE UP AM
TAHAN LAMA.
DYXY SHOWCASE 2018 ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK
LEBIH MENDEKATI
PRODUK DAN LEBIH MENGENALI DUNIA USAHAWAN. TAHNIAH DAN SYABAS PADA PIHAK DYXY
ATAS PRODUK
YANG MANTAP DAN TERBAIK!!
16 Comments
ala kenapa kat aman hari sabtu huhuhu cuti jumaat je
ReplyDeleteSave the date.. amik cuti awal2.. hehehe
DeleteTahniah atas pelancaran dan usaha DYXY cosmetik. Semua media nampak lawa dan cun!
ReplyDeletewow cun betul kereta tu hehe tapi mmg mampu tengok jela. best jugak ek dapat bergambar dan tengok dgn lebih dekat kereta mewah sambil2 tengah cuci mata dan try2 beauty product hehe.
ReplyDeletecantik ggiler keta sport depa..kuning mmmg warna warna fav SA..untung AM dpt di majlis ni...selalu gak nampak product diorang
ReplyDeleteaida tau produk ni. ada member jual.
ReplyDeleteartis nyer pun mengancam. artis popular.
surely ramai yg dtg and definitely populariti produk ni pun akan bertambah.
terbaik cara pengurusan nyer menjalankan promosi.
Oo..baru firsttime dengar diorang buat event ni tapi tak tahulah kot-kot kita yang tidak mengikuti perkembangan. Tapiii produk ni memang dah ramai yang tahu dan guna. Kawan pun ada jual juga
ReplyDeletemacam dah lepas je event ni..hahaha...adoiii tak sempat la nak pi borong barangan DYXY dan jmpe artis!
ReplyDeletesemakin maju dxyxy lepas ni.selalu nampak jenama2 ni dekat pasaraya sebab diorang kerap buat showcase dkt situ.
ReplyDeleteuntung sapa yang menang showcase dyxy tu nanti.hadiah pun lumayan gila semua tu.rugila sapa tak cuba kan.
ReplyDeleteMak hai kereta lambo ke tu? I tak pernah guna dyxy, okay ke sebenarnya? Rasa nak buat review tapi takut tak sesuai dengan muka. hehe
ReplyDeleteSelalu dgr brand dyxy ni tp tak pernah try. nampak mcm happening sgt event dia :D
ReplyDeleteMakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yer produk DYXY nie. Kualiti produk yg bagus sudah pastinya menjadi pilihan make up lover di luar sana.
ReplyDeleteJenama DYXY memang sangat catchy... Ala2 Dixie gitu.. Bagus lah kalau DYXY membuat kegiatan memantapkan economic melalui program anjuran seperti ni...
ReplyDeletePatutlah tadi g event muka nampak lain macam.. rupanya pakai dyxy erkk? Ramai yg pakai dyxy kat product paling bagus dan harga murah
ReplyDeleteMeriah DYXY ni sekarang. Murah rezeki founder tu lepas dah settle kes viral deorang.
ReplyDelete