PEMENTASAN CEMERLANG : TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI
Peminat Filem Melayu Klasik seperti AlongMurni (AM) pastinya
tahu tentang filem Abu Hassan Penchuri lakonan Tan Sri P Ramlee, Mariam
Baharum, Nordin Ahmad, Ahmad C, Daeng Idris, Malik Sutan Muda dan S Shamsuddin.
AM berkesempatan untuk menonton Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri yang dipentaskan
di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam
jam 8.30 malam.
Kali ini karya ini telah diberi nafas baru dan diadaptasikan
ke Pentas Teater. AM merasa bertuah kerana berpeluang untuk menonton teater
arahan Zayrul Iqwan Rosli yang begitu menarik, unik dan penuh gelak ketawa.
SINOPSIS TEATER BANGSAWAN ABU HASSAN PENCURI
Abu Hassan dan sahabatnya iaitu Kassim merupakan pencuri
tegar di Kota Baghdad. Abu Hassan telah jatuh cinta kepada Tengku Faridah
ketika pertama kali melihat wajah Tengku Faridah semasa rombongannya ke Pasar Baghdad.
HUbungan Cinta terjalin setelah Abu Hassan menggunakan tali ajaib untuk
memanjat tembok Taman Diraja Istana Baghdad.
Namun segalanya terhalang kerana
keinginan Sultan Baghdad yang ingin bermenantukan Putera Raja. Kemudiannya
Tukang Sihir Jaafar dari Negeri Tartar telah menyamar sebagai Putera Raja namun
akhirnya ditolak oleh Tengku Faridah.
Kejadian tersebut telah mengundang
kemarahan Tukang Sihir Jaafar dan menukarkan Tengku faridah menjadi seekor
burung dan membawanya lari Negeri Tartar.
Pelbagai usaha dilakukan bagi
menyelamatkan Tengku Faridah dan akhirnya Tukang Sihir Jaafar berjaya dibunuh
oleh Abu Hassan. Sultan akhirnya merestui perkahwinan Abu Hassan dan Tengku
Faridah.
AM sangat kagum dengan lakonan yang berkesan dari setiap pelakon.
Masing-masing bijak memainkan peranan dan mencuitkan hati AM untuk terus
menonton. AM dimaklumkan yang ini merupakan pertama kali bagi Persatuan Dramatis
Kuala Lumpur diberi peluang terbabit dalam program Semarak Bangsawan 2018
anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan kepercayaan ini
telah dibalas dengan hasil pementasan yang begitu baik dan cemerlang.
para pelakon, barisan Produksi dan VIP yang turut hadir |
Empat pelakon yang membawakan watak utama iaitu Saifulwazien sebagai Abu Hassan, Juwita Rosli (Tengku Faridah), Hairi Ghani (Tengku Jaafar) dan Khai Sabri (Kassim) begitu menghayati setiap dialog teater yang dipersembahkan. Uniknya lagi Teater Bangsawan Abu Hassan Pencuri turut diindahkan dengan lagu nyanyian secara ‘live’ daripada pelakon utama. Memang lunak suara mereka.
gelagat tauke panggung |
Persembahan teater ini turut diserikan dengan gelagat Tauke Panggung iaitu Mr Ramasundram yang fasih berbahasa melayu, cina dan india. AM rasa terhibur dan sentiasa menantikan setiap kali kemunculan Tauke Panggung dengan telatah yang menghiburkan dan berinteraksi dengan penonton.
Rachel AF15 |
Persembahan juga turut dihiburkan dengan Nyanyian mantap dari Rachel AF15 berjudul ‘Bulan Ditutup Awan’ dan ‘Matahariku’.
KATA ALONG MURNI
AM SANGAT KAGUM DAN RASA BANGGA DENGAN ANAK-ANAK MUDA
YANG
BEGITU KREATIF DALAM BERKARYA DAN
MEMBUAT PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN ABU
HASSAN PENCURI.
SATU UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS AM UCAPKAN BUAT
PERSATUAN
DRAMATIS KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
ATAS PERSEMBAHAN TEATER YANG BEGITU UNIK DAN
MEMUKAU AM.
SEMOGA BANYAK LAGI BAKAT-BAKAT YANG BERJAYA DIKUMPULKAN DAN
DICUNGKIL DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA
SEPANJANG SIRI SEMARAK BANGSAWAN INI.
20 Comments
dulu time belajar, selalu tgk teater.
ReplyDeletetak pernah la berlakon, tak pandai. support kawan2 dan aktiviti Uni.
teater = ohsem. ia siaran langsung. lebih best dari lakonan drama dlm tv.
teater is the real art. sebab no edit, kan. i like.
perkara sebegini harus diteruskan.
memartabatkan teater serta mengembalikan nostalgia citer2 lama.
Best nya tgk persembahan teater , ai like cuma now lama dah tak tengok .. huhu best best
ReplyDeleteMesti menarikkan. First time tengok teater aladdin kat genting. Tu pun tak berapa faham sebab cakap mat saleh hihihi
ReplyDeleteAla, semalam dah ada kat MATIC tapi tak boleh stay sampai malam. Kalau tak, boleh tengok Teater Abu Hassan Pencuri ni. Nampak macam best sebab sy memang suka tengok teater
ReplyDeleteBest yer dapat tengok teater bangsawan macam ni. Teringin nak tengok teater, tak pernah lagi tengok
ReplyDeleteTak pernah tgk teater.hehehe.Teringin gak nak g.dari bujang sampai skrg xpergi2 pun hahah.Tunggu anak besar skit kita g neh.
ReplyDeleteUih seronoknya AM ada peluang nak tengok teater macam ni. Saya teringin sangat nak tengok real live. Mesti best kan
ReplyDeleteTak pernah lagi ibu pergi panggung teater dan tonton persembahan teater secara live. Perasaannya lain
ReplyDeleteTak pernah lagi tengok teater seumur hidup. Harap one day dapat pergi. mesti best. Cerita Abu hassan ni pernah tengok P Ramli version dekat TV 1. memang best. Bagus la anak muda yang sertai teater dan berbakat, dari terlibat dengan gejala tak berfaedah.
ReplyDeleteBestnya AM pergi tengok teater. Rasa teringin pulak nak pergi sbb dah lama tak tgok teater. Mesti best cerita bangsawan nie. Nampak pelakon semua berbakat
ReplyDeleteDulu pertama kali tengok teater dekat istana buday..baru tau..oo macam ni rupanya teater..best pulak tengok..sebb dapat tengok depan-depan diaorang berlakon
ReplyDeleteRawlins dulu penggiat teater gak masa belajar. And memang minat teater sampai la sekarang. Rawlins rasa sekarang penggiat teater makin kreatif sebab teknologi makin canggih kan.
ReplyDeleteAbu hassan pencuri ni kalau tak silap cerita yang pernah di bintangi oleh seniman p ramlee kan.
ReplyDeleteBestnyaaa. Emi so far tak pernah tengok teater. Eh tapi kan, abu hassan pencuri ni bukan femes zaman p ramlee dulu2 ke?
ReplyDeleteOrang yang mulakan kareer lakonan di alam teater, bakat nya lebih di gilap sebab berlakon live kan
ReplyDeleteLama tak layan teater dulu rajin juga pi tengok. suka tengok dorang berlakon dan menghayati watak teater tu. tengok live depan mata lagi best kan.
ReplyDeleteDlu kita masuk teater...nmpk sng tp ade gk susahnya teater ni kan... Kdg2 bila tgk teater lain rse menariknya.. Skrg dh lama xtgk teater... Tringat zmn2 dlu punya... Tjuk abu hassan pencuri ni mcm menarik...
ReplyDeletesaya belum pernah ada pengalaman tonton teater.. tapi suka sangat dgn filem abu hassan pencuri.. pada saya best p ramlee movie of all time.. hehe
ReplyDeleteWahh. Saya paling suka tengok pementasan dan teater macam ni. Sebab suka dengan cara penggunaan Bahasa Melayu dia.
ReplyDeletelast tgk teater bawang putih bawang merah dkt IB..
ReplyDelete