BUFFET RAMADHAN 2019: HOLIDAY INN HOTEL
BERTEMAKAN CITARASA DESA
BERTEMAKAN CITARASA DESA
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
mendapat jemputan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bagi meraikan rakan
korporat, warga kerja dan anak-anak yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet
Review yang diadakan di Kites Restaurant, 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor. Memang meriah tau!! AM pertama kali sampai ke
Holiday Inn Hotel nie. Pemandangan cantik, apalagi ber OOTD sakan la AM.
hehehe..
Sempat pula berOOTD di sini.. hehehe.. |
TENTANG PROGRAM CITARASA DESA BUFET REVIEW
Rupa-rupanya Holiday Inn Kuala
Lumpur Glenmarie merupakan salah satu Hotel yang termahsyur di Subang Jaya,
beroperasi selama 25 tahun dan kini, ia masih kukuh berdiri. Lama juga kan??
seronok anak-anak yatim Rumah Nur Sakinah dapat menjamu selera |
Di dalam masa yang sama, Holiday
Inn Kuala Lumpur Glenmarie telah memilih seramai 35 orang anak yatim untuk
menjadi tetamu istimewa pada malam itu. AM dimaklumkan yang objektif menjemput
anak-anak yatim ini adalah kerana pihak Holiday Inn Hotel ingin berkongsi
rezeki dan memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Bagus dan AM
sangat menyokong usaha murni dan tanggungjawab CSR yang cuba dilaksanakan ini.
Dengan bertemakan CITARASA DESA Buffet Ramadhan 2019 di
Holiday Inn menerapkan konsep kampung, bazaar, teratak bonda, dan selera
tradisional, di samping dapat mengimbau kembali saat kenangan ketika kita berada
di kampung halaman.
Tambah menarik dan bagi
memeriahkan lagi program ini, Buffet Ramadhan 2019 di Holiday Inn Hotel telah menyediakan pelbagai juadah lebih dari 200
jenis untuk umat muslim dan muslimat menjamu selera.
Antara hidangan istimewa yang
telah disediakan oleh professional chef kami ialah Kambing Golek, Satay Klasik
Othman, Nasi Briyani Ketuk Ramadan, Selera Gulai Kawah, Ikan Bakar Aroma Desa,
Ayam Percik Merecik, Sup Gearbox, Durian Kampung, Bubur Lambuk, Dodol Durian
Kampung, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera.
Wahhh!! Memang menarik kan
hidangan bagi juadah berbuka puasa nanti. AM paling teruja bila tengok ada sup
gear box dan durian. Dua-dua ini menu favourite AM tau!! Wajib cuba rasa.
Teruja AM bila dapat makan buah durian |
Saiz gear box betul2 besar. Jenuh AM makan sensorg!! |
TARIKH
|
BIASA
6 MEI 2019 - 4 JUN 2019
|
‘EARLY BIRD’
SEKARANG - 30 APRIL 2019
|
Waktu Operasi
|
6.30 pm - 10.30
pm
|
6.30 pm - 10.30
pm
|
HARGA BIASA
|
HARGA ‘EARLY BIRD’
|
|
Dewasa
|
RM 148 nett
|
RM 118 nett
|
Kanak-Kanak
6 Tahun - 12 Tahun
|
RM 75 nett
|
RM 48 nett
|
Warga Emas
55 Tahun Dan Ke Atas
|
RM 99 nett
|
RM 88 nett
|
KATA ALONG MURNI
LEBIH DARIPADA 200 JENIS MENU TERDAPAT SEPANJANG RAMADHAN
2019
JIKA BERBUKA PUASA DI SINI.
BANYAK PILIHAN DAN MENGIKUT SELERA DAN
CITARASA.
AM PALING SUKA SUP GEAR BOX DAN IKAN BAKAR DI SINI.
RASA MACAM
MASAKAN MAK DI KAMPUNG.
OWH YA DAGING MASAK LEMAK CILI PADI PUN AM SARANKAN
UNTUK MENCUBA TAU! AM SIAP HIRUP SEMANGKUK KUAH DAGING MASAK LEMAK NIE TAU!!
15 Comments
Comel awak berbaju kebaya. Meriah iftar kat sini. Pelbagai juadah Di sediakan. Nampak semua sedap. Kalau I sure rambang mata nanti.
ReplyDeleteewah seronoknya rehearsal berbuka puasa makan daging golek. siap ada durian lagi tu tak tahan. Oh tak tahu Holiday Inn nie kat Glenmarie je..dekat sangat area shah alam. nie
ReplyDeleteBuffet Ramadhan kat Holiday Inn Hotel dekat jer ni.. pulak hehehe bestnya menyelerakan dan sangat menyedapkan harga pun ok berpatutan murah juga nanti boleh lah Murni belanja ok...
ReplyDeleteEhh yang gulung gulung tu gimbap ke AM?
ReplyDeleteRasanya kalau I berbuka kat holiday inn hotel ni, confirm I duk mengulang gimbap itu je la kot. Favourite kot.
Boleh tahan juga ye harga buffet ramadan sini. Mesti sedap menu2 semua tu nampak menyelerakan sungguh hahaha. dekat juga klu kat glenmarie ni, tapi tak perasan pula holiday inn ni belah mana ye?
ReplyDeleteAlaaa..rugi pulak sis tak gi hari tu, kalau gi sure macam-macam sis makan, nampak sedap2 lak tu. Nanti puasa nak cuba lah makan kat sana sebab tak pernah lagi berbuka kat Holiday Inn ni..tunggu sapelah yang nak belanja
ReplyDeleteOmg. Got durian laaa. My fav fruit...
ReplyDeletebagusnya bila jemputan ada anak yatim..program csr yang sangat bagus..mesti hepi anak2 kat situ kan..ada durian ada gear box memang padulah kalau datang berbuka kat sini heheh
ReplyDeletewahhh ! nampak meriah betul buffet ramadhan yang disajikan di sini ya. tengok2 gambar rasa tak sabar pulak nak berpuasa. harga dia berpatutan dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan
ReplyDeleteCantiknye AM manis bergaya. Wahh durian tu banyak mesti harum semerbak saje kan. Banyak jugak menu disediakan. Rambang mata nak pilih nak berbuka apa.
ReplyDeleteAmboi cantiknya murni pakai. Jaranglah emi tengok murni pakai melawa macam ni. Manis je nampak. By the way frust jugak emi tak dapat join korang pergi preview ramadhan yang ni. Makanan semua nampak sedap2.
ReplyDeleteOh macam best best semua sajian kat sana. Kelly belum pernah try their ramadan buffet yet, will check it out.
ReplyDeleteMeriahnya..bagus sangat laa mereka raikan bersama anak2 yatim ni..hidangan pon semua sedap2 dan pelbagai..paling teruja durian tu..kalau saya kat sana memang saya pulun sakan..hehehe
ReplyDeleteStation durian yang paling mahal tu! Kehkehkeh... Serious banyak giler choices of food and spots to buka puasa for those who are fasting. Agaknya if made a long summary list of tempat berbuka puasa, i think it will be longer than this post itself. Hahahha
ReplyDeletePerghhh siap ada durian.. Tu x tahan tuuuu... Sedap nyaaa... Dah la Teringin lama dah durian tuu
ReplyDelete