LUCKIN KOPI
LOKASI STRATEGI BERDEKATAN PASAR SENI
DENGAN MENU YANG MENARIK DAN SEDAP
MESTI CUBA
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk singgah
menjamu selera di Luckin Kopi. Meskipun baru sebulan beroperasi namun sambutan
dari penduduk setempat dan pelancong dari luar amat menggalakkan.
Menu sajian
di Luckin Kopi berkonsepkan Asian Fusion dan ianya nyata menarik perhatian
pelanggan untuk datang mencuba menu di sini.
Lokasi Luckin Kopi amat strategi kerana berdekatan dengan
MRT/LRT Pasar Seni. Bagi yang menaiki kenderaan juga parking amat mudah
didapati.
AM amat sukakan lukisan dan corak mural yang terdapat di
dalam Kafe Luckin Kopi ini. Persekitarannya agak santai dan kemudahan WiFi juga
dsediakan di sini.
Jom kita jengah menu-menu yang menjadi pilihan #AlongMurni
Mee Siam (RM 5.90) |
Menu Mee Siam ini menjadi pilihan AM kerana Mee Siam ini mempunyai rasa yang padat dengan sambal yang enak. Hanya perlu tambah RM 4 jika ingin menambah menu seperti Ayam Goreng
Pasta Seafood |
Tengok dari gambar dah rasa tertarik nak mencuba makan. Rasa sotong dan udang yang segar menjadi sebab menu Pasta Seafood ini menjadi pilihan.
Nasi Lemak Ayam Salted Egg |
Indo Mee |
Pasta Petai |
Geng Chow Chicken Bun (RM12.90) |
Petai Bun (RM 12.90) |
AM memegang antara menu yang wajib dicuba |
Haaaa.. Tunggu apa lagi, Jom ramai-ramai kita ke Luckin Kopi yang beralamat di :
Luckin Kopi
14, Jalan
Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 016 –
3976898
Waktu operasi : dibuka
setiap hari dari 7 pagi hingga 9 malam.
22 Comments
banyak betul pilihan menu sampai kak lily sendiri pening-pening nak rasa yang mana satu dulu nak makan. tapi pasta petai tuh memang rare betul, enak bangat seh!!
ReplyDeleteWah! Pasta pun dah ada petai sekarang mesti rasanya terangkat kan?
ReplyDeleteHari tu member pergi dia kata kopi dia powerr.. memang nak kena terjah jugak nannti
ReplyDeletemek sukakan interior nya. rasa nak pergi je jumpa kawan kawan blogger bila ke KL disember nanti. boleh tangkap gmbr lawa lawa kat sini.
ReplyDeletebab makan memang saya takkan pernah say no kalau dah menunya pun semua menarik dan sedap. memang boleh cuba sangatlah ni, area klang valley plak tu, dah dekat dengan tempat kita
ReplyDeletePernah makan kat Luckin Kopi ni memang sedap dan paling best kedai dia kat luar nampak biasa tapi bila masuk dalam wow sangat dengan konsep kopitian moden gitu. Siapa selalu pergi area Pasar Seni memang wajib singgah
ReplyDeleteSaja la tu tayang makanan. Tapi bagus juga AM share. Baru tau nak makan kat mana nanti bila jenjalan area sana. Tengok menu sedap-sedap dan harga berpatutan.
ReplyDeletenampak sedap semua makanan tu :)
ReplyDeleteTak pernah tahu pun ada Luckin Kopi dekat area Pasar Seni ni.Lepas baca baru tahu sis hehe.
ReplyDeleteTengok menu semua sedap kemainn je hahaha.Boleh la singgah lepas ni kalau pergi KL
amboi syoknya makan sampai sakan pose. oh dekat je dengan LRT pasar seni ye. boleh la naik public transport datang sini. pilihanan makanan pun banyak. nice sharing
ReplyDeleterestoran ni besttt...saya dah repeat kali kedua.. kali ni try menu soup plak. Kebetulan hari hujan, sedap betul hirup sup dengan kopi ais... hehe.
ReplyDeleteHuuu saya minat sangat kopiiii. Bestnya dapat menikmatinya di sini. Lagi lagi kalau pekena kopi O panas sewaktu hujan yang turun setiap hari sekarang. Hehe... luckin’ kopi harap one day saya dapat sampai..
ReplyDeleteMenarik juga semua menu kat sini. Suka dengan konsepnya yang cantai. Kalau datang lepak ngan kengkawan tempat sangat di recommed kan.
ReplyDeleteMenu yang dihidangkan sangat menarik dan tertarik untuk LeYa singgah suatu hari nanti. Thanks for sharing
ReplyDeletetengok ramai yang ke sini. nampak sedap menu2nya. nampak gaya macam nak kena terjah jugaklah tempat ni. nampak dekorasinya pun menarik.
ReplyDeleteThank you for sharing! Next time I ajak kawan2 pi sama! I love this kind of cafe! Next time ajak sama sama ye~
ReplyDeleteAduhai sedapnya makanan yang ada kat restoran ni, Tengok ramai jugak kengkawan yang dah pergi makan kat sana semua kata sedap. nanti nak try jugak lah
ReplyDeleteMenarik la konsep kedai kopi ni... Deko pun superb... Makanan nampak scrumptiously yummylicious dengan presentationnya tu... Bolehla nanti plan untuk ke sana...
ReplyDeleteTgk menu dia pn dh terliur...sedap2 belaka...kalo p sana boleh laa singgah makan kt sini...
ReplyDeleteBest tengok makanan semua nampak sedap dan menyelerakan. konsep kedai pun menarik. Lepas ni kalau gi kl boleh singgah makan sini.
ReplyDeleteHmmm dapnyaaa Nasi Ayam Lemak Salted Eggs, tapi sis xletak rega pon. sedih tite. hahahaa
ReplyDeleteشركة تنظيف بجازان التنظيف المثالي
ReplyDeleteشركات تنظيف في جازان التنظيف المثالي
شركات التنظيف في جازان التنظيف المثالي
شركه تنظيف في جيزان التنظيف المثالي
شركة نظافة في جازان
التنظيف المثالي
شركات التنظيف في جازان التنظيف المثالي
شركات تنظيف في جيزان التنظيف المثالي
شركات نظافة في جازان التنظيف المثالي
شركة تنظيف بجازان
التنظيف المثالي
شركات تنظيف منازل في جازان التنظيف المثالي
شركات تنظيف المنازل في جازان التنظيف المثالي
افضل شركة تسويق الكتروني :
لمار للتسويق الالكتروني
01064364229
واتس اب : 01115972675