HAQQI : MAJLIS PELANCARAN BUTIK HAQQI CAWANGAN BANGI
BUTIK PAKAIAN MENAWARKAN DAN MENJUAL KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH
PAKAIAN YANG BERFESYEN ISLAMIK BAGI LELAKI DAN WANITA
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama
hadir ke Majlis Pelancaran Butik Haqqi cawangan Bangi. Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.
Mesti ramai yang sedia maklum dan mengenali jenama Haqqi
kan? Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji
dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Haqqi
dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke
semasa untuk bersama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah
Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.
Tahun ini merupakan tahun ke empat Haqqi telah bekerjasama dengan
Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan
untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada
masyarakat sekaligus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan Haji dan Umrah
bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi.
MAJLIS PELANCARAN
HAQQI BANGI
Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani
memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaborasi selama tiga tahun.
Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama-sama untuk
memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri
Haris di dalam organisasi Haqqi. Kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak
kejayaan yang akan dibawa di masa hadapan.
Dr Fitri Haris yang sebelumnya
adalah Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanjang
berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati
untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. Dengan kepercayaan
kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea untuk
memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai.
Tahniah AM ucapkan buat Butik Haqqi atas pembukaan dan
pelancaran cawangan Bangi ini. Semoga perniagaan makin berkembang dan lebih
banyak cawangan dibuka sekaligus dapat memberi akses kepada rakyat Malaysia
secara umumnya untuk membeli kelengkapan Haji dan Umrah dengan mudah.
Jom bershopping di BUTIK HAQQI BANGI
Boleh juga jengah di LAMAN WEB : https://haqqi.com.my/ untuk melihat koleksi
terkini dengan harga yang menarik.
FACEBOOK : https://www.facebook.com/haqqibangi
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
15 Comments
tak tahu pulak butik haqqi ni ada sponsor peserta gema gegar vaganza! Patut lah famous brand ni. Ada jugak belek harga, memang murah.
ReplyDeleteBanyak design dan mewah dengan pelbagai color baju Haqqi ni kan...kat JB rasanya dah ada kot..nanti nak gak le tengok-tengok, boleh belikan untuk anak bujang dan Suami..
ReplyDeleteButik Haqqi ni memang terkenal dgn jualan muslimah... belum pernah g yg kat Bangi ni tapi di Kl ada lah kunjung gak. Tak lama lg mesti ramai yg berkunjung nak beli siap utk Raya kan.
ReplyDeleteHari tu pergi tak dapat beli anything sebab takde saiz. Cadangnya nak pergi lagi soon sebab suka baju-baju kurta kat sini - now lagi senang sebab suka dengan design and choices yang ada.
ReplyDeleteBagus Haqqi bekerjasama dengan Tabung Haji. Lepas ni boleh memudahkan jemaah haji/umrah cari kelengkapan.
ReplyDeleteLawa jugak baju kat Haqqi ni. Raya tahun ni nak cari jubah kat sini lah. Kalau ada prmo nak beli sekarang nanti kelam kabut takde stok.
ReplyDeleteMenariknya. Baju dia pun nampak lawa - lawa. Anyway congrats butik haqqi for the opening.
ReplyDeletewah. melebarkan sayap lagi Haqqi ni.
ReplyDeletenak gi haji ni is something special pada Muslim kan.
dpt gi tu terasa mcm bulan jatuh ke riba!
maka, semua pakaian nak baru dan selesa. semestinya di Haqqi la.
banyak kelengkapan untuk lelaki muslim la ni ya. selalu gak tengok dr fitri pakai
ReplyDeleteTak pernh lagi pergi ke butik haqqi.. Boleh usha nnati sebb tgk ade pelbagai pilihan baju juga dekat sini. Bgusla ada banyak cawangan senang orang nak pergi
ReplyDeleteHaqqi ni dulu dekat shah alam kan kalau tak silap? Tapi bagus jugak dia bukak dekat bangi. Situ port fesyen dan pakaian jugak kan
ReplyDeleteWah Haqqi bukak cawangan baru di Bangi pula ya. Hopefully lepas ni Haqqi buka cawangan di area Sersmban pula. Teringin juga nal sjopping kat Haqqi ni.
ReplyDeleteWah, butik Haqqi dah ada cawangan di Bangi. makin meriah la bangi lepas ni. semua butik2 ternama dh ada kat sana.
ReplyDeleteTahniah buat Haqqi atas pembukaan cawangan baru mereka kat bangi lak dah menghampiri bulan puasa dan juga nak raya nanti bestnya tak sabar nak beli kurta kat Haqqi lagi cantik dan ada saiz kita harap tahun ni ada banyak promo...
ReplyDeleteTahniah atas pembukaan cawangan baru. Saya juga baru membuka web baru untuk syarikat saya sebagai pakar ubah suai dan di dalam mempunyai informasi untuk ubah suai rumah. Klik sini untuk melayari laman web saya!
ReplyDelete