PRODUK
MYLEA : ROZITA CHE WAN PERKASAKAN LAGI JENAMA
MEMBANTU
RAMAI WANITA MENDAPATKAN KULIT CANTIK
MELAHIRKAN USAHAWAN MENJANA PENDAPATAN
Baru-baru
ini AlongMurni (AM) sempat hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Duta
Produk MYLEA bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Meriah dan penuh
gilang gemilang namun masih mengekalkan SOP yang telah ditetapkan.
AM bersama Produk MYLEA |
Tahun 2021
dimulakan dengan satu anjakan paradigma yang besar bagi Syarikat Amylea Group
SDN.BHD di mana secara rasminya pelakon terkenal, Puan Rozita Che Wan akan
menjadi duta bagi jenama Mylea.
“Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.
Puan Amylia : Pengasas MYLEA berucap semasa Majlis Menandatangani Kontrak |
SEJARAH
PENUBUHAN AMYLEA GROUP SDN BHD
Segalanya
bermula dari impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk mempunyai jenama
sendiri, Tuan Fakrul sanggup berhempas pulas dan berhujan panas menguruskan
perniagaan demi keselesaan di masa hadapan.
Puan Amylia
yang bekerja sebagai pegawai eksekutif jualan dan pemasaran di salah sebuah
hotel tempatan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi meraih impian.
Beliau pernah dicabar oleh bekas majikan bahawa penjenama produk sendiri sangat
sukar dan tidak akan Berjaya. Namun semangat dan keyakinan Puan Amylia tetap
teguh dan Utuh yang beliau akan Berjaya.
Disebabkan
impian dan matlamat yang jelas, Tuan Fakrul dan Puan Amylia Farhana maka
tercetusnya idea untuk menubuhkan jenama MYLEA di bawah syaraikat AMYLEA GROUP
SDN BHD yang mampu membantu wanita di luar menyelesaikan masalah jerawat,
jeragat dan kulit kusam malahan Berjaya melahirkan lebih ramai usahawan menjana
pendapatan di bawah jenama MYLEA.
Atas tekad
dan keyakinan yang kuat suami dan isteri ini bangkit setelah melalui pelbagai cabaran
dan keperitan sehingga Berjaya membuktikan jenama tempatan di bawah kelolaan
syarikat Bumiputra mampu menembusi pasaran dalam dan luar negara.
Antara Orang-orang kuat di belakang MYLEA |
Dengan
terlantiknya Puan Rozita Che Wan sebagai duta jenama Mylea akan memperkasakan
lagi jenama Mylea di pasaran semasa. Ini merupakan permulaan yang baik bagi
jenama Mylea dalam usaha untuk memasarkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih
tinggi lagi. Pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh
rasmi perlantikan Puan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi jenama Mylea.
Majlis Menandatangani Kontrak Lantikan Rozita Che Wan Sebagai Duta MYLEA |
Sesi Potong Kek dan Pelancaran Rasmi Perlantikan Che Ta sebagai Duta |
Tambah menarik, jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia PACIFIC SUPER HEALTH BRAND sejak tahun 2018 hingga sekarang dan baru-baru ini syarikat ini berjaya mendapatkan SME100 AWARDS 2020. Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki. Sepanjang majlis berlangsung, AM bangga kerana anak tempatan mampu bangun dan berdiri membuktikan produk tempatan mampu bersaing setanding dengan produk luar yang bagus dan berkualiti.
2 Comments
cantik betul cik Ta ni kan
ReplyDeletesegaknyaaa che ta ni.. :)
ReplyDelete