Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair
iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair. GINTELL merupakan rangkaian perniagaan
penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia Ia
merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands
Twin Rollers”.
Fungsi urutan dwi-tangan dibahagikan
kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah
(pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.
MAJLIS PELANCARAN PEMBUKAAN "SIGNATURE SHOWROOM"
GINTELL juga turut melancarkan pembukaan “Signature Showroom” yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa iaitu sebanyak “8 ekor” untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL.
Persembahan tarian singa untuk
pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak
dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Selepas persembahan tarian
singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan dengan
kehadiran duta GINTELL iaitu Amber Chia, Dato’ Seri Master Chris Leong,
Simon Yam, pihak pengurusan GINTELL serta pihak pengurusan Pavilion
Kuala Lumpur.
MAJLIS PELANCARAN KERUSI URUT S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR
Turut meriah diadakan juga diadakan
di Center Court Pavillion Kuala Lumpur adalah :
- Majlis Menandatangani Pengendorsan Duta antara Simon Yam dengan pihak GINTELL
- Majlis Pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair
- Perkongsian testimoni Simon Yam : GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair
- Sesi “meet & greet” antara Simon Yam bersama peminatnya
Selain itu, “roadshow” GINTELL
akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10pagi-10malam. Antara
produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.
PERIHAL GINTELL
Ditubuhkan sejak tahun 1996,
GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam
industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN.BHD
lebih 117 cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia.
GINTELL diiktiraf oleh Malaysia
Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar
di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua
kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian
yang terbanyak.
Matlamat utama GINTELL
adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk
mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” dengan misi iaitu
“1 RUMAH, 1 GINTELL”.
PRODUK GINTELL : S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR
GINTELL S6 PLUS, 8-HANDS
WELLNESS CHAIR merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi
urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi 8D Dwi-Tangan. Roda urut dwi-tangan
ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher)
dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.
Urutannya seperti 4 tukang urut sedang
mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka
khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental,
mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.
GINTELL S6 Plus juga
mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan
mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan.
Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan
sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan
menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks
semasa.
Program Thai Stretch 230° sangat
disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan
ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya
oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong.
Bahagian badan yang difokuskan
adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara
tidak langsung dapat membantu membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur
badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.
GINTELL S6 Plus turut
dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan
inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai
tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada
“graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa
terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan
mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.
Program “Brain Relief Therapy”
dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk
meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan
suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi
urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.
GINTELL S6 PLUS, 8-HANDS
WELLNESS CHAIR juga menawarkan sambungan Bluetooth. Jadi kita boleh
mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar. Kita hanya perlu
memuat turun aplikasi GINTELL SUPER APP OS di Google Playstore atau AppStore.
Sempena pelancaran GINTELL S6
Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran
hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai
RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988. Untuk pertanyaan
lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL
terdekat.
8 Comments
Ruby teruja betul dapat jumpa Simon Yam. Hahahahah. Memang jadi fanatik macam zaman dulu pergi meet & greet. Seronok. Kerusi baru ni warna dia pastel cantik.
ReplyDeletecongrats to Gintell on the big event. so good can meet many idols at there
ReplyDeletePengalaman yang best ni, so the meriah! Looking at this Gintell product kan, macam boleh consider getting one wehh..sure best ni... selalunya massage 4-hand paling maximum, with 8 hands walaupun guna kerusi, sure enjoy to the max ni..
ReplyDeletememang semakin hari semakin hebat inovasi kerusi urut Gintel ni, entah bila mampu nak beli satu ni letak kat rumah, seronok yer kena urut lepas seharian penat berkerja kan..
ReplyDeleteMacam2 dah produk gintel sekarang. Ni ada lagi yang terbaru. Best la dapat cuba ni kan.
ReplyDeleteNie yang latest ek? Macam boleh gak nak try out kelak. Maybe get one for my parents ke kan
ReplyDeleteiena dah cuba dah S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR ni, best haha, rasa taknak bangun da duduk situ. Takyah pergi buat thai massage dah hehe
ReplyDeleteOh wow...nice way to meet the famous hk celebrity Simon Yam at this event, so jealous la. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete