GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Pelancaran kerusi urut Siri Wellness Chair iaitu GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair.  GINTELL merupakan rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia Ia merupakan kerusi urut yang pertama di pasaran yang memiliki fungsi “8-Hands Twin Rollers”.

Fungsi urutan dwi-tangan dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.

MAJLIS PELANCARAN PEMBUKAAN "SIGNATURE SHOWROOM"

GINTELL juga turut melancarkan pembukaan “Signature Showroom” yang merupakan cawangan ke-117 yang terletak di aras 6, Lot 6.16.00. Majlis pembukaan dan perasmian bilik pameran dimulakan dengan persembahan tarian singa iaitu sebanyak “8 ekor” untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL.

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

Persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu lagi dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Selepas persembahan tarian singa, sesi pemotongan riben, fotografi dan videografi diteruskan dengan kehadiran duta GINTELL iaitu Amber Chia, Dato’ Seri Master Chris Leong, Simon Yam, pihak pengurusan GINTELL serta pihak pengurusan Pavilion Kuala Lumpur.

MAJLIS PELANCARAN KERUSI URUT S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

Turut meriah diadakan juga diadakan di Center Court Pavillion Kuala Lumpur adalah :

  • Majlis Menandatangani Pengendorsan Duta antara Simon Yam dengan pihak GINTELL
  • Majlis Pelancaran kerusi urut GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair
  • Perkongsian testimoni Simon Yam : GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair
  • Sesi “meet & greet” antara Simon Yam bersama peminatnya
GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

Selain itu, “roadshow” GINTELL akan berlangsung dari 3 Julai 2023 – 16 Julai 2023, 10pagi-10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain.

PERIHAL GINTELL

Ditubuhkan sejak tahun 1996, GINTELL telah berkembang dengan jayanya dan menjadi antara yang terbaik dalam industri penjagaan kesihatan dan kecergasan. Kini, GINTELL (M) SDN.BHD lebih 117 cawangan bilik pameran dibuka di seluruh Malaysia.

GINTELL diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan & Kecergasan terbesar di Malaysia sejak tahun 2015. Pada tahun 2021, GINTELL juga disahkan dua kali oleh Malaysia Book of Records untuk jualan kerusi urut & mesin larian yang terbanyak.

Matlamat utama GINTELL adalah untuk menitikberatkan penjagaan kesihatan & kecergasan melalui produk mereka iaitu selaras dengan cogan kata “Health, Love, Life” dengan misi iaitu “1 RUMAH, 1 GINTELL”.

PRODUK GINTELL : S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

GINTELL S6 PLUS, 8-HANDS WELLNESS CHAIR merupakan siri terbaharu Wellness Chair dan ia adalah kerusi urut pertama di pasaran yang mempunyai fungsi 8D Dwi-Tangan. Roda urut dwi-tangan ini dibahagikan kepada dua iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung) untuk melegakan seluruh badan.

Urutannya seperti 4 tukang urut sedang mengurut seluruh badan pada masa yang sama. Urutan 8D Dwi-Tangan ini direka khas melalui program auto untuk membantu mengurangkan tekanan mental, mengurangkan sakit otot dan kekakuan otot.

GINTELL S6 Plus juga mempunyai sistem AI Fatigue Bio-Scan. Sistem BIO-Senses ini boleh mengimbas dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah, dan indeks kelesuan badan. Pengguna cuma perlu letakkan jari pada panel biometrik selama 30 saat untuk mengaktifkan sistem ini. Selepas kadar denyutan dan indeks badan dikesan, ia akan menyediakan program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa.

Program Thai Stretch 230° sangat disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh badan untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°. Program ini telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong.

Bahagian badan yang difokuskan adalah leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Program ini secara tidak langsung dapat membantu membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan untuk meningkatkan kekuatan otot serta fleksibiliti sendi.

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR

GINTELL S6 Plus turut dilengkapi dengan Spa Terapi Haba 360°. Terapi ini merupakan salah satu ciptaan inovatif terbaru di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia juga mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan yang diperbuat daripada “graphene” untuk pemanasan dan penyerapan lebih baik di bahagian abdomen. Spa terapi haba dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau sengugut.

Program “Brain Relief Therapy” dalam GINTELL S6 Plus adalah ciri unik yang direka khas untuk meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan tekanan mental. Program ini dapat mewujudkan suasana yang tenang dimana muzik latar yang lembut akan dimainkan sepanjang sesi urutan bagi menenangkan pemikiran dan secara tidak langsung merehatkan saraf.

GINTELL S6 PLUS, 8-HANDS WELLNESS CHAIR juga menawarkan sambungan Bluetooth. Jadi kita boleh mengawal kerusi urut dengan lancar melalui telefon pintar. Kita hanya perlu memuat turun aplikasi GINTELL SUPER APP OS di Google Playstore atau AppStore.

Sempena pelancaran GINTELL S6 Plus, 8-Hands Wellness Chair, GINTELL menawarkan promosi khas. Tawaran hanya sah untuk masa terhad sahaja pada RM14,988 dengan hadiah percuma bernilai RM8,988. Secara amnya, harga jualan di pasaran ialah RM29,988. Untuk pertanyaan lanjut atau pra-pesanan, sila hubungi +60124046033 atau layari www.gintell.com atau lawati bilik pameran GINTELL terdekat.

GINTELL LANCARKAN S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR


Post a Comment

8 Comments

  1. Ruby teruja betul dapat jumpa Simon Yam. Hahahahah. Memang jadi fanatik macam zaman dulu pergi meet & greet. Seronok. Kerusi baru ni warna dia pastel cantik.

    ReplyDelete
  2. congrats to Gintell on the big event. so good can meet many idols at there

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang best ni, so the meriah! Looking at this Gintell product kan, macam boleh consider getting one wehh..sure best ni... selalunya massage 4-hand paling maximum, with 8 hands walaupun guna kerusi, sure enjoy to the max ni..

    ReplyDelete
  4. memang semakin hari semakin hebat inovasi kerusi urut Gintel ni, entah bila mampu nak beli satu ni letak kat rumah, seronok yer kena urut lepas seharian penat berkerja kan..

    ReplyDelete
  5. Macam2 dah produk gintel sekarang. Ni ada lagi yang terbaru. Best la dapat cuba ni kan.

    ReplyDelete
  6. Nie yang latest ek? Macam boleh gak nak try out kelak. Maybe get one for my parents ke kan

    ReplyDelete
  7. iena dah cuba dah S6 PLUS 8-HANDS WELLNESS CHAIR ni, best haha, rasa taknak bangun da duduk situ. Takyah pergi buat thai massage dah hehe

    ReplyDelete
  8. Oh wow...nice way to meet the famous hk celebrity Simon Yam at this event, so jealous la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete