HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah menyertai FamTrip Lawatan ke Sepang, Selangor yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Antara tempat-tempat menarik yang AM lawati adalah HL Dragon Fruit Ecofarm. Ini merupakan kali kedua AM singgah ke HL Dragon Fruit ini. Banyak betul perubahan dari lawatan AM sebelum ini. Malahan terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang berada di sini. 

Buah Naga ataupun Dragon Fruit merupakan sejenis buah tropika yang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan dan dikategorikan sebagai buah eksotik yang tumbuh pada sejenis pokok kaktus. Buah Naga mempunyai rupa yang unik berbanding buah-buahan lain. Kulitnya bersisik seakan-akan kulit haiwan iaitu naga.

HONG LONG INTERNATIONAL GROUP SDN. BHD.

"HL GROUP" adalah sebuah syarikat yang berinovatif dalam mengubah pertanian tradisional menjadi model perniagaan moden dengan mempromosikan gabungan pelancongan dan pendidikan sebagai sebuah platform untuk "Agropelancongan"

Pada tahun 2014, HL GROUP telah memulakan penanaman buah naga. Pada tahun 2016, HL GROUP menubuhkan sebuah restoran bertemakan buah naga yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan "Buah Ladang ke Meja".

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Pada tahun 2020, HL GROUP berjaya membina mercu tanda "Menara Buah Naga Terbesar di Malaysia" di Sepang. Menara ini dianugerahkan "The Malaysia Book of Records" pada tahun 2021 sebagai Malaysia Largest 'Dragon Fruit' Shaped Structure.

Selain pengunjung yang datang dapat nikmati buah naga yang segar dan dipetik terus dari ladangnya, HL GROUP juga telah mula memproseskan buah naga segar menjadi produk-produk makanan dan minuman.

AGROTOURISM
HL DRAGON FRUIT ECO FARM

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

AM rasa kagum apabila melihat Menara yang diinspirasikan dari BUAH NAGA yang terletak di dalam sebidang tanah yang penuh dengan buah naga. Ia direka dan dibina oleh pengasas HL GROUP pada tahun 2020 untuk mempamerkan keindahan buah naga dan menjadikannya mercu tanda di Sepang, Malaysia.

MENARA BUAH NAGA 

Menara yang berketinggian dua tingkat ini diperbuat daripada konkrit dan mempunyai platform pemerhatian. Dari sudut pemerhatian di tingkat atas, AM dapat melihat dengan jelas persekitaran keseluruhan ladang buah naga. AM berpeluang untuk masuk dan melihat isi kandungan di dalam Menara Buah Naga. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Di bahagian bawah menara, AM dapat melihat lukisan mural yang mencerminkan dan menceritakan pendapatan dan penghasilan utama penduduk di sekitar Sepang iaitu Lada Hitam, Gambir dan Kopi. 

Di tingkat 1 pula terdapat lukisan mural dengan gambaran penanaman buah naga, ikan kerapu yang menjadi sumber perikanan penduduk setempat dan juga lukisan kapal terbang yang sering dapat dilihat di sekitar Sepang. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Di puncak menara buah naga ini juga dapat melihat kawasan keseluruhan HL Dragon Fruit Eco Farm seluas 3 hektar dengan ketinggian 9700mm. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HL DRAGON FRUIT ECO FARM terdiri daripada pelbagai jenis buah naga. Kira-kira 90% daripada tumbuhan buah naga di sini adalah spesies RED RUBY (daging merah kulit merah), yang berbentuk bulat dan rasanya manis dan berair.

Ada 4 jenis buah naga yang terdapat di HL Dragon Fruit

HYLOCEREUS UNDATUS (HONEY WHITE)

memiliki ciri-ciri kulit buah merah dan daging buah yang berwarna putih.

HYLOCEREUS COSTARICENSIS (RED RUBY)

memiliki kulit buah naga yang berwarna merah dengan daging buah berwarna super merah.

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HYLOCEREUS POLYRHIZUS (PINK RUBY)

memiliki kulit buah berwarna merah dengan daging buah berwarna merah keunguan.

SELENICEREUS MEGALANTHUS (YELLOW KING)

memiliki ciri-ciri kulit buah yang berwarna kuning dengan daging buah yang berwarna putih.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di HL Dragon Fruit adalah:

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

  • Pengalaman Memetik Buah Naga
  • Pengalaman Menanam Tanaman Buah Naga
  • Alami Pendebungaan Bunga Buah Naga
  • Pengalaman Membuat Roti Jumbo Buah Naga

RESTORAN HL DRAGON FRUIT

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HL RESTAURANT & CAFE ini yang bertemakan buah naga menyajikan pelbagai masakan & minuman. Setiap pelanggan yang datang juga berpeluang menikmati masakan dan minuman berasaskan buah naga. AM juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu-menu yang menarik yang terdapat di sini.

SIGNATURE MENU

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Antara menu-menu menarik dan wajib di cuba di sini adalah:

Dragon Fruit Jumbo Curry Bun l Roti Kari Ayam Buah Naga l 火龙果面包王

Paduan rasa Roti Dragon Fruit yang lembut bersama dengan kari ayam yang pedas dan enak ini cukup sedap. Sebenarnya inti kari ayam berada di dalam Roti Dragon Fruit ini. Jadi staff akan datang dan membuat secara live untuk membelah dan memotong Roti Kari Ayam Buah Naga ini tau!! Jadilah bentuk seperti bunga buah naga. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Dragon Fruit Nasi Lemak l Nasi Lemak Buah Naga l 火龙果椰浆饭

AM sangat sukakan rasa dan wangian yang datang dari nasi lemak buah naga ini terutamanya sambal buah naga yang sedap dan wajib dicuba. Kombinasi rasa yang sangat padu dan enak!

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Dragon Fruit Prawn l Udang Buah Naga l 火爆虾

Peminat udang semestinya tidak akan melepas peluang untuk mencuba Udang Buah Naga yang disalutkan dengan sos enak berasaskan buah naga ini. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Dragon Fruit Braised Chicken l Ayam Buah Naga l 火龙果焖鸡

Rasa ayam buah naga yang juicy dengan perapan sos buah naga sememangnya menarik perhatian dan menambah selera. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

LOKAL Dragon Breath Juices / Smoothies

AM paling teruja mencuba minuman Dragon Breath Juice. Rasa buah naga yang diblender halus sememangnya lazat dan wajib dicuba. Di bahagian atas juga terdapat potongan buah naga segar yang enak dimakan. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Oh ya! jangan risau. Setiap sajian menu di HL Dragon Fruit Ecofarm ini disahkan halal dan mendapat mengiktirafan dari segi penyediaan makanan, kebersihan dan pembungkusannya. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

KATA ALONGMURNI

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG

Secara peribadi AM sukakan konsep yang cuba diketengahkan di HL Dragon Fruit Eco Farm ini. Selain mencuba menu sajian yang unik berasaskan Buah Naga, banyak info yang AM dapati ketika berada di Menara Buah Naga iaitu lebih mengenali sejarah dan masyarakat sekitar Sepang ini melalui lukisan mural yang menarik. AM berterima kasih kepada Tourism Selangor dengan kerjasama pihak pengurusan HL Dragon Fruit Ecofarm kerana menjemput AM untuk melihat sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat di Sepang, Selangor. 

HL DRAGON FRUIT ECOFARM : LOKASI AGROTOURISM WAJIB DILAWATI DI SEPANG


Post a Comment

1 Comments

  1. Wah.. tak tau pun ada dragon fruit farm dekat Sepang ek!! Bolehlah saya pergi ni… first time tahu.. Tq share!

    ReplyDelete