RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’
MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN
Setelah melalui penyelidikan pakar, maka terhasilnya inovasi terkini oleh RIGHTSIDE bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati menu sajian berkualiti dan gaya hidup sihat. Menu sajian di RESTORAN RIGHTSIDE merupakan 100 % vegan selain menjadi ahli PBFA (Plant Based Food Association) di Malaysia.
KEUNIKAN SAJIAN DI RESTORAN RIGHTSIDE
- Makanan segera berasaskan tumbuhan pertama rantai di sia
- Teknologi R&D inovatif
- Bernilai berkhasiat tinggi dengan bahan premium
- 100% menu berasaskan tumbuhan
- Fokus kepada inklusiviti
Datuk Zhafran Md Yusof dengan besar hati berkata, “Saya yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan hidangan sihat seperti vegan diperkenalkan dan membentuk gaya hidup sihat di kalangan masyarakat. Bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi citarasa pelanggan yang menjamu selera di RESTORAN RIGHTSIDE”.
Setiap menu
sajian dihasilkan di RESTORAN RIGHTSIDE menggunakan konsep 'homemade' bermula
daripada asas roti, daging burger (patties), sos mayo, keju, madu, milkshake dan aiskrim. Terdapat
daging burger (patties) yang dihasilkan daripada protein kacang (pea protein)
dan dimasak menggunakan Teknik Grill + Smash. Antara pilihan burger adalah ZeroBeef,
ZeroLamb dan ZeroChicken.
Ianya turut
dikombinasikan dengan paduan bun fluffy vegan yang cukup lembut, keju yang
dicairkan, mayo vegan, bawang karamel, lada benggala, cendawan saureed,
kepingan hirisan tomato dan salad segar agar lebih menyelerakan dan menarik
perhatian pelanggan untuk mencuba setiap menu sajian di sini.
Beberapa
selebriti dan artis seperti Fauziah Gous, Pasangan suami isteri Neolofa dan PU
Riz, Maria Tunku Sabri dan Linda Onn turut sama hadir sebagai tanda sokongan
dan ingin mencuba sajian menu di RESTORAN RIGHTSIDE ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi dan laman sosial media RIGHTSIDE di https://www.facebook.com/rightside.my/
RIGHTSIDE Mont Kiara
11:00am - 10:00pm (dibuka setiap hari)
GF-02, 163, Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
RIGHTSIDE @ Sri Petaling
11:00am - 08:00pm (dibuka setiap hari))
First Floor, No 147-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
KATA ALONGMURNI
Secara
peribadi, AM sangat sukakan idea dan konsep menu 100% vegan yang cuba
diketengahkan di RESTORAN RIGHTSIDE bagi mencipta gaya hidup
sihat dengan sajian yang berkualiti premium ini. AM telah mencuba dan rasanya
sangat enak dan padat dengan rasa. Jadi AM ingin sarankan untuk turut sama
mencuba dan menyokong usaha yang dilakukan di RESTORAN RIGHTSIDE bersama.
10 Comments
Ok. Boleh try nie sebab nak cuba kelainan kan. Aritu ada try yang plant meatball, lazat plak. Nie nak try burger la plak.
ReplyDeletetak pernah try lagi plant based food. kena pi try ni. nampak sedap ja
ReplyDeleteOkay nanti boleh try makan di sini. sebenarnya saya jarang makan makanan vegan, apa salahnya sekali sekala mencuba kan? :)
ReplyDeleteterbaik la restoren ni, semua plant based, menarik untuk di cuba , nak tahu juga rasanya macamana
ReplyDeleteBagus nowadays more and more restaurants are offering plant based food
ReplyDeletewow menarik ni menu sajian berasaskan tumbuhan. Healthy sangat. Boleh la ajak kawan iena yang Vegan tu makan dekat sini nanti
ReplyDeleteMenariknya bila guna menu plant based ni.. Nampak healthy gituh... Boleh la cuba kalau ke sana nanti
ReplyDeleteCongratulations on this new launch, it's a new brand to plant based foods, gonna check out more so can try out. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteRuby dah 2 tahun makan makanan berasaskan plant-based. Memang best bila ada restoran khas begini. Sebab kadang-kadang teringin makan burger. Tapi takleh makan mekdi kan. So Rightside adalah pilihan terbaik.
ReplyDeletemenu yg ditawarkan cukup menarik. paling suka tacos dia mmg sedap
ReplyDelete