RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN


RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Rightside dan seterusnya mencuba menu sajian di RESTORAN RIGHTSIDE. AM dimaklumkan menu sajian di RESTORAN RIGHTSIDE berasaskan tumbuhan dan merupakan 100% vegan yang terletak di lokasi 163 Retail Park Mont Kiara, Kuala Lumpur. Semestinya makanan yang sihat dan berkhasiat akan jadi pilihan AM memandangkan berat badan yang semakin bertambah dan memerlukan kawalan dari segi pemakanan.

RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’

MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

Setelah melalui penyelidikan pakar, maka terhasilnya inovasi terkini oleh RIGHTSIDE bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati menu sajian berkualiti dan gaya hidup sihat. Menu sajian di RESTORAN RIGHTSIDE merupakan 100 % vegan selain menjadi ahli PBFA (Plant Based Food Association) di Malaysia.


RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

KEUNIKAN SAJIAN DI RESTORAN RIGHTSIDE

  • Makanan segera berasaskan tumbuhan pertama rantai di sia
  • Teknologi R&D inovatif
  • Bernilai berkhasiat tinggi dengan bahan premium
  • 100% menu berasaskan tumbuhan
  • Fokus kepada inklusiviti

RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

Datuk Zhafran Md Yusof dengan besar hati berkata, “Saya yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan hidangan sihat seperti vegan diperkenalkan dan membentuk gaya hidup sihat di kalangan masyarakat. Bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi citarasa pelanggan yang menjamu selera di RESTORAN RIGHTSIDE”.

Setiap menu sajian dihasilkan di RESTORAN RIGHTSIDE menggunakan konsep 'homemade' bermula daripada asas roti, daging burger (patties), sos mayo, keju, madu, milkshake dan aiskrim. Terdapat daging burger (patties) yang dihasilkan daripada protein kacang (pea protein) dan dimasak menggunakan Teknik Grill + Smash. Antara pilihan burger adalah ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken.

RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

Ianya turut dikombinasikan dengan paduan bun fluffy vegan yang cukup lembut, keju yang dicairkan, mayo vegan, bawang karamel, lada benggala, cendawan saureed, kepingan hirisan tomato dan salad segar agar lebih menyelerakan dan menarik perhatian pelanggan untuk mencuba setiap menu sajian di sini.

RESTORAN PERTAMA MAKANAN SEGERA ‘RIGHTSIDE’ MENAWARKAN MENU SAJIAN BERASASKAN TUMBUHAN

Beberapa selebriti dan artis seperti Fauziah Gous, Pasangan suami isteri Neolofa dan PU Riz, Maria Tunku Sabri dan Linda Onn turut sama hadir sebagai tanda sokongan dan ingin mencuba sajian menu di RESTORAN RIGHTSIDE ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi dan laman sosial media RIGHTSIDE di https://www.facebook.com/rightside.my/ 

RIGHTSIDE Mont Kiara

11:00am - 10:00pm (dibuka setiap hari)

GF-02, 163, Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

RIGHTSIDE @ Sri Petaling

11:00am - 08:00pm (dibuka setiap hari))

First Floor, No 147-1, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

KATA ALONGMURNI

Secara peribadi, AM sangat sukakan idea dan konsep menu 100% vegan yang cuba diketengahkan di RESTORAN RIGHTSIDE bagi mencipta gaya hidup sihat dengan sajian yang berkualiti premium ini. AM telah mencuba dan rasanya sangat enak dan padat dengan rasa. Jadi AM ingin sarankan untuk turut sama mencuba dan menyokong usaha yang dilakukan di RESTORAN RIGHTSIDE bersama.



Post a Comment

10 Comments

  1. Ok. Boleh try nie sebab nak cuba kelainan kan. Aritu ada try yang plant meatball, lazat plak. Nie nak try burger la plak.

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lagi plant based food. kena pi try ni. nampak sedap ja

    ReplyDelete
  3. Okay nanti boleh try makan di sini. sebenarnya saya jarang makan makanan vegan, apa salahnya sekali sekala mencuba kan? :)

    ReplyDelete
  4. terbaik la restoren ni, semua plant based, menarik untuk di cuba , nak tahu juga rasanya macamana

    ReplyDelete
  5. Bagus nowadays more and more restaurants are offering plant based food

    ReplyDelete
  6. wow menarik ni menu sajian berasaskan tumbuhan. Healthy sangat. Boleh la ajak kawan iena yang Vegan tu makan dekat sini nanti

    ReplyDelete
  7. Menariknya bila guna menu plant based ni.. Nampak healthy gituh... Boleh la cuba kalau ke sana nanti

    ReplyDelete
  8. Congratulations on this new launch, it's a new brand to plant based foods, gonna check out more so can try out. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  9. Ruby dah 2 tahun makan makanan berasaskan plant-based. Memang best bila ada restoran khas begini. Sebab kadang-kadang teringin makan burger. Tapi takleh makan mekdi kan. So Rightside adalah pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  10. menu yg ditawarkan cukup menarik. paling suka tacos dia mmg sedap

    ReplyDelete