Menginap di Movenpick Hotel & Resort

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berpeluang menginap di MOVENPICK HOTEL & RESORT yang terletak di Sepang, Selangor. Hotel ini juga dikenali sebagai HOTEL TABUNG HAJI. Setiap kali musim haji, jemaah dari jauh akan 'transit' di sini sebelum berlepas ke tanah suci. 

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

MOVENPICK HOTEL & RESORT ini berkonsepkan ‘contemporary Muslim-Friendly’ yang mempunyai reka bentuk unik bertaraf 5 bintang. Kedudukan MOVENPICK HOTEL & RESORT agak strategik kerana berhampiran lapangan terbang antarabangsa (KLIA), pusat beli-belah (Mitsui Outlet Park) dan Litar Antarabangsa Sepang menjadi pilihan pengunjung di dalam dan luar Malaysia.

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

MOVENPICK HOTEL & RESORT mempunyai 333 bilik yang terdiri daripada 9 jenis bilik iaitu Superior King, Superior Twin, Deluxe King, Executive King, Executive Twin, Executive King Plus, Executive Suite, Presidential Suite, dan Royal Suite. Tempoh masa untuk Check-in adalah selepas jam 03:00 petang - Check out sebelum 12:00 tengahari.

MENGINAP DI MOVENPICK HOTEL & RESORT

AM bersama Zayani telah menginap di bilik jenis Superior Twin. Bilik ini agak unik kerana mempunyai kombinasi ‘Moorish charm’ dengan seni teknologi terkini. Dengan keluasan 32 sq m, terdapat 2 katil single yang boleh memuatkan 2 orang dewasa untuk satu bilik. Kemudahan dan kelengkapan di dalam bilik juga serba lengkap dan selesa.

KEMUDAHAN BILIK SUPERIOR TWIN

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

BILIK AIR

  • Bathrobes
  • Bidet
  • Free toiletries
  • Hairdryer
  • Private bathroom
  • Rainfall showerhead
  • Shower
  • Towels

RUANGAN BILIK

  • Air conditioning
  • Bed sheets
  • Hypo-allergenic bedding
  • Pillow menu

HIBURAN

  • Flat-screen TV
Menginap di Movenpick Hotel & Resort

MAKAN DAN MINUM

  • 24-hour room service
  • Coffee/tea maker
  • Minibar

INTERNET

  • Free Wi-Fi

LAIN-LAIN

  • Daily housekeeping
  • Desk
  • Iron + ironing board
  • Phone
  • Safe Box
  • Soundproofed rooms
  • Wardrobe

MAKAN MALAM DI BERANDA RESTAURANT

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

AM berkesempatan untuk makan malam di BERANDA RESTAURANT. Menu makan malam di sini memang pelbagai pilihan samada hidangan melayu, Chinese, india mahupun barat. Rambang mata AM takt ahu nak mula yang mana satu.

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

Menu yang menjadi pilihan AM di Beranda Restaurant adalah Kambing Bakar (kena cuba bersama sos lada hitam yang sedap), bihun goreng Singapore, Fruity Chocolate Dip dan Sushi. Ada juga manisan dan pencuci mulut yang lazat dan menyelerakan.

FASILITI LAIN YANG TERDAPAT DI MOVENPICK HOTEL & RESORT

SWIMMING POOL

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

Di MOVENPICK HOTEL & RESORT terdapat dua jenis Kolam renang yang telah siap diasingkan dan dikhaskan kepada Kolam renang lelaki dan kolam renang Perempuan. Kolam renang Lelaki & Perempuan dengan kolam renang kanak-kanak terletak di Aras 3. Waktu Operasi bermula dari 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Bilik persalinan disediakan dan tuala kolam disediakan untuk tetamu hotel.

SPA – SERI SPA PREMIUM

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

Seri Spa Premium @ Movenpick KLIA ialah spa utama yang direka untuk mengisi semula minda, badan dan semangat yang menawarkan perkhidmatan lima bintang, pengalaman spa hebat yang memberi inspirasi dan kenangan indah.

AM juga diperkenalkan dengan rawatan terbaru iaitu iTeraCare yang merupakan Physioteraphy Device yang menggunakan Quantum Technology. Alat Fisioterapi Pengaktifan Sel Tenaga gelombang Cahaya Terahertz ‘iTeraCare’ 1 jam terapi bersamaan dengan:

  • 10 kali akupunktur
  • 20 kali bekam
  • 30 kali Gua Sha
  • 40 kali urut.

Menginap di Movenpick Hotel & Resort

Kesimpulannya, fisioterapi gelombang cahaya Terahertz dapat mengatur organ dalaman. Malahan ianya dapat mengeluarkan toksin dalam saluran darah, menyesuaikan fungsi badan, menambah daya hidup, meningkatkan tenaga, meningkatkan imuniti badan, dan meningkatkan kemampuan membantu penyembuhan badan diri. Jadi, tubuh badan menjadi lebih sihat, bertenaga dan menjadi lebih baik

TARIKAN LOKASI LAIN MENARIK

Jika menginap di MOVENPICK HOTEL & RESORT hanya mengambil masa 10 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 7 minit ke Litar Antarabangsa Sepang dan 5 minit ke Mitsui Premium Outlet Park.

Malahan ‘Daily airport transfers’ juga disediakan pada waktu tertentu untuk ke lokasi-lokasi berikut. Boleh rujuk pada pihak hotel untuk mendapatkan jadual perjalanan pengangkutan terkini yang disediankan.

MOVENPICK HOTEL & RESORT

Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, Sepang

64000 SELANGOR DARUL EHSAN

MALAYSIA

Telephone

+60 3-8661 8661

Fax+60 3-8661 8600

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik... Selalu lalu blk ke PD, memang nampak je hotel ni

    ReplyDelete