Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penganugerahan LADANG SINDIYAN sebagai LADANG MUSANG KING TERBESAR OLEH ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ bertempat di Lojing, Kelantan.

Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

Dengan keluasan 7233 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, LADANG SINDIYAN kini merupakan ladang durian terbesar dalam negara. Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, LADANG SINDIYAN akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan.

LADANG SINDIYAN DIIKTIRAF

LADANG MUSANG KING TERBESAR 

OLEH ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’

LADANG SINDIYAN mempunyai lebih daripada 200 ribu pokok durian Musang King dan lebih 100 ribu pokok durian Black Thorn dan telah mengeksport lebih dari 2000 tan setahun.

Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

“Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh LADANG SINDIYAN. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agro-pelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” ujar Symantha Chai, Ketua Pegawai Eksekutif, SINDIYAN PLANTATION SDN BHD

Sijil pengiktirafan ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ tersebut disampaikan di LADANG SINDIYAN, dan disaksikan oleh YB Dato Dr Haji Mohamed Fadzli, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau dan kerajaan negeri berharap produk yang dieksport keluar dapat menaikkan dan mengharumkan nama Kelantan di rantau Asia. 

Turut sama hadir ke majlis tersebut adalah YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md Anizam, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia dan Keusahawanan Kerajaan Negeri Kelantan dan YB Tuan Mohd Saripuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi. 

Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

PERIHAL SINDIYAN PLANTATION

SINDIYAN PLANTATION adalah syarikat perladangan yang memberikan tumpuan khusus terhadap amalan agrikultur dan agro-pelancongan mampan. Dengan ladang durian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan, SINDIYAN PLANTATION menyasarkan untuk memodenkan perladangan durian dengan pengaplikasian sistem perladangan moden dan agritek.

Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

Pihak SINDIYAN PLANTATION sedang membangunkan sistem perladangan berintergrasi bersama dengan agrikultur dan eko-pelancongan, iaitu Musang King Durian Eco Park yang akan memberikan impak positif kepada alam sekitar dan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.

PERIHAL HERNAN CORPORATION

HERNAN CORPORATION SDN BHD adalah pengeluar, pengedar dan pengeksport terbesar durian dan produk yang berasaskan durian di Malaysia. Durian HERNAN CORPORATION dituai di ladang sendiri serta ladang lain yang hanya durian dan buah-buahan tropika gred premium diusahakan.

Diperbadankan pada tahun 1996, HERNAN CORPORATION telah melebarkan operasi ke negara Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Samada untuk edaran kepada perniagaan lain atau terus kepada penggemar durian, HERNAN CORPORATION menawarkan durian dan produk hiliran di paket paling segar. 

Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

Pihak HERNAN CORPORATION menggunakan teknik penyejukan terkini, inovasi kreatif dan pengendalian mampan di keseluruhan peringkat rantaian bekalan untuk memenuhi permintaan global produk HERNAN CORPORATION.

DURIAN MUSANG KING TERIMA PERMINTAAN TINGGI

DURIAN MUSANG KING kekal menjadi rebutan penggemar durian di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesarnya, dengan hampir 10% durian di sana adalah hasil import daripada Malaysia. Pra-pandemik Covid-19, Malaysia telah mengeksport 500-800 tan durian beku ke negara China, bersamaan USD 9.9 juta - USD 14.85 juta.

Bagi mengembangkan potensi ini, usaha sama LADANG SINDIYAN dan Syarikat HERNAN menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Usahasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia.


Ladang Sindiyan Diiktiraf Ladang Musang King Terbesar Oleh ‘Malaysia Book of Records’

“Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Bersama-sama dengan LADANG SINDIYAN, amalan integrasi kami memastikan penjagaan kualiti di setiap peringkat rantaian nilai melalui inovasi dalam sektor agrikultur,” tambah DATUK ANNA TEO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN DAN PENGASAS HERNAN CORPORATION SDN BHD, atau cukup dikenali dengan julukan nama sebagai ‘MUSANG QUEEN’.

Disokong oleh Navis Capital, peneraju firma ekuiti persendirian Asia Tenggara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, usahasama kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk memodenkan keseluruhan rantaian nilai pengeluaran durian dan meningkatkan kualiti dalam industri.

Symantha menambah, “Dengan kepakaran lebih 40 tahun dalam kultivasi dan pengurusan ladang, kami amat mengambil berat aspek kualiti. Usahasama ini akan membolehkan kami untuk mencapai visi bagi menawarkan produk ladang terus ke meja penggemar durian, dengan mengekalkan kualiti dalam setiap peringkat huluan sehinggalah kepada pelanggan kami di peringkat hiliran.”

Post a Comment

1 Comments