TT5 : MUZIUM WARISAN KAPAL KOREK
NAIK, JATUH DAN BANGUNNYA TIMAH
Muzium Warisan Kapal Korek merupakan salah satu tumpuan
para pelancong dan masyarakat umumnya jika datang ke Negeri Perak. Trip #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official kali ini, Along Murni (AM)
belajar tentang sejarah bijih timah dan kepentingan mempertahankan warisan
terakhir Negara.
AM merasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki ke Muzium
Warisan Kapal Korek terletak di Batu Gajah,Perak atau lebih dikenali sebagai Tanjung
Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5). Usaha ke arah mempertahankan tinggalan dan
warisan Negara oleh Kerajaan Negeri Perak melalui MB Inc seharusnya mendapat
perhatian dan tumpuan umum. Sangat bertepatan dengan slogan pihak pengurusan
TT5 ‘Save The Last Dredge’. Jadi, AM terpanggil untuk berkongsi sedikit
sebanyak informasi yang AM dapat sepanjang berada di TT5.
Kapal korek adalah di antara beberapa cara yang boleh
digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih terutamanya bijih timah.
Penggunaannya membantu mempercepatkan meraih keuntungan dalam aktiviti
perlombongan berbanding menggunakan kaedah tradisional. Kapal Korek banyak
digunakan di seluruh dunia dalam aktiviti perlombongan bijih di kawasan-kawasan
yang bersesuaian.
Di Malaysia, kapal korek sejak mula diperkenalkan pada
tahun 1913 hanya terhad digunakan dalam industri perlombongan bijih timah
sahaja iaitu di kawasan-kawasan yang datar dan berpaya terutamanya kawasan
berpasir dipesisir sungai yang ditemui bijih timah.
Kapal korek digunakan oleh syarikat-syarikat bijih timah
di Malaysia pada satu masa dahulu.
Kapal Korek pertama diperkenalkan di Malaysia ialah pada
1913 oleh Malayan Tin Dredging Limited di Batu Gajah, Perak. Manakala kapal
korek paling moden yang terakhir sekali dibina di Malaysia ialah pada tahun
1985. Kapal korek yang paling tua pada ketika itu mencecah usia hampir 70
tahun.
Pada era 1980an. harga sebuah kapal korek yang moden
serta besar dan mempunyai berat dalam anggaran 5,100 tan metrik bernilai kira-kira
RM30 juta untuk membinanya. Bentuk kapal korek menyerupai sebuah kilang yang
terapung dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar
Pada awalnya, sistem rawatan pengasingan bijih timah
dalam era awal kapal korek menggunakan kaedah rawatan 'sluice boxes' (hampir
sama seperti kaedah palong di lombong pam kerikil - anda boleh melihat sistem
ini jika melawat ke kapal korek TT5) bagi mengasingkan bijih timah. Ruang
dalaman kapal korek yang terhad tidak memungkinkan palong dibina dengan lebih
besar dan panjang seperti di darat sekaligus menghadkan kelajuan pengorekkan
kapal korek. Semakin tinggi jumlah timah yang ditemui, maka mahu atau tidak
kelajuan pengorekkan mesti diperlahankan bagi mengelak kehilangan hasil.
Tetapi kemudian iaitu sekitar tahun 60an dan keatas
banyak kapal korek moden yang dibina di Malaysia menggunakan kaedah rawatan
'Circular Jigs' yang lebih pantas dan efektif dalam mengasingkan bijih timah. Malah
kaedah pengasingan bijih timah menggunakan 'jig' menjadi semakin maju saban
tahun ditambah pula dengan pengaliran semula 'tailings' dari peringkat kedua
dan 'over-flow' dari 'jigs' peringkat ketiga rawatan ('tertiery jigs') ke
tabung silinder yang berputar semula menjadikan sistem pengasingan bijih
bertambah efisyen.
Amat malang, walaupun sistem perlombongan menjadi semakin
maju pada sekitar 70-an dan 80-an, namun deposit timah gred tinggi (yang kurang
amang) sudah tandus selepas beberapa dekad perlombongan bijih timah dijalankan
dalam negara. Rata-rata jumlah konsentrasi yang direkodkan di kebanyakkan
lombong di Malaysia pada sekitar 90an bagi setiap deposit hanya mengandungi
hasil timah 0.1kg/m3 berbanding diposit dari negara lain seperti Brazil yang
boleh mencapai kandungan sebanyak 3kg/m3.
Berikutan lambakkan bijih timah yang menyebabkan
kejatuhan harga timah dunia pada 1982, Malaysia bersetuju untuk mengurangkan
pengeluaran bijih timah bagi mengimbangi semula harga. Pada tahun-tahun ini
menyaksikan banyak kapal korek yang telah berusia diberhentikan dari operasi.
Malang sekali, setelah runtuhnya Majlis Timah Antarabangsa pada 1985 harga
timah dunia jatuh sehingga 50%. Pada sekitar 1987 hingga 1989, harga timah
menunjukkan trend peningkatan, memberi sedikit kelegaan kepada industri bijih
timah negara, namun pada 1992 - 1993 harga timah jatuh ke tahap paling rendah
menyebabkan banyak kapal korek berhenti terus dari beroperasi.
Ketika fasa kritikal inilah banyak kapal korek di
Malaysia telah dilupus. Sebahagian kecil kapal korek berjaya dijual di
peringkat antarabangsa sebagai kapal korek terpakai manakala sebahagian besar
lagi terpaksa dilerai dan dijual sebagai besi skrap untuk mendapatkan
keuntungan setelah ia diancam oleh karat dan pemotongan besi-besi tanpa sedar
(kecurian) dari pencari besi lusuh.
Seolah-olah ada sinar baru seakan muncul semula apabila
sejumlah dua hingga tiga buah kapal korek telah diaktifkan semula terutamanya
selepas tahun 1998 iaitu ketika harga timah sedang naik.
Kapal korek TT5 dari generasi awal kapal korek hari ini
dikekalkan setelah Kerajaan Negeri Perak melalui MB Inc mengambil alih kapal
korek berkenaan dari pengurusan lama pada 2015. MB Inc meperuntukkan RM30 juta
bagi membaiki kapal korek TT5 selain mempunyai pelan jangka panjang bagi
membolehkan kapal korek terakhir ini menjadi produk pelancongan antarabangsa
terutama sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Kapal korek terbabit dihadiahkan oleh Malaysia Mining
Corporation (MMC) kepada Kerajaan Perak sekitar tahun 1990-an untuk dijadikan
monumen sejarah dan tarikan pelancongan. Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah
TT5, mengabadi kenangan bersama tinggalan terakhir dan pembaikkan yang
dilakukan pada TT5 jomm ramai-ramai singgah ke TT5 !!!
Alamat Lokasi TT5
:
Kilometer 9, Jalan
Tanjung Tualang
Kampong Batu
Gajah, 31000 Perak
No telefon -
014-904 3255
Aktiviti yang sempat AM lakukan sepanjang di TT5
1) Mendulang
- Dijalankan di sungai atau di kawasan bekas lombong
- Tanah yang mengandungi bijih timah diayak menggunakan dulang untuk mengasingkan bijih timah daripada bahan lain yang tidak diperlukan.
- Bijih timah akan tertinggal di dalam dulang.
2) Melawat Kapal TT5.
3) Menerokai dan menyelami segala yang dipamerkan di
Galeri berhadapan TT5.
KATA ALONG MURNI:
WARISAN TINGGALAN NEGARA YANG MENGAGUMKAN HARUS DIKEKALKAN
DAN DIPERTAHANKAN. SAYA SAYANG MALAYSIA!!! TERIMA KASIH PADA PENAJA ATAS DETIK
INGATAN PADA SEJARAH TINGGALAN NEGARA. MOGA KEASLIAN, KEUNIKAN DAN KEDAULATAN
NEGARA MASIH MILIK KITA!!
16 Comments
Best nye dapat pegi tempat camni. Hari tu tak sempat nak pegi.
ReplyDeleteKli terakhir blja n tahu psal korek adalh zamn skolah..
ReplyDeleteKita xpernah jejak ke Perak lagi... Sebab takde sedare mara kt sne.. Hehe.. Wah.. Kapal korek dijadikan muzium.. Best ni smbil2 tahu tntg kehadiran kapal korek ni mcm mana kan..
ReplyDeletethe place looks interesting. I wish to visit it with family one day
ReplyDeleteI went to one bijih timah but is super small one inside Tambun. I do hope one day can explore myself the real timah.
ReplyDeletemenarik yer dapat peluang tengok kapal korek timah yang memang legend ni. baru tahu boleh buat aktiviti di sini.
ReplyDeleteHaritu masa balik kampung, sempat singgah kat sini. Best kan dapat tahu tentang sejarah Perak dengan bijih timah ni.
ReplyDeleteOhhohh x penah tau pulak ade muzium mcm ni..yg tau kat kuala kangsar je..
ReplyDeleteinteresting visit you got there and it is good for us ti know about what is kapal korek and how it works. Now I wanna invite my friend to visit this place... i love to see machine..
ReplyDeleteRacheal
I always love exploring new things and I think it is great you got to see the kapal korek and know more about it. Need to grab a friend and make a visit, I honestly didn't know that they had this activity in play :)
ReplyDeleteTak pernah tahu ada muzium sebegini kat perak. Nanti bolehlah pergi sana kalau lalu perak. Boleh tunjukkan pada anK sejarah kapal korek n timah
ReplyDeleteMujur la ada lagi legasi kapal korek yang dapat diselamatkan. Bukan senang tu nak kekalkan sampai sekarang. Hopefully kapal korek TT5 ni akan terus dipelihara utk tatapan anak cucu kita pulak.
ReplyDeleteWow... experienced yg sangat2 menakjubkan..dpt merasai pengalaman mendulang bijih timah kan...seronoknya..kalau SA pun mmg nak mencuba..
ReplyDeleteWow! its a very good opportunity to visit this muzium and get to know more about mining history in our country.
ReplyDeleteBr tahu yg boleh masuk tgk situ.. rupanya muzium. Next boleh la pergi bila blk ipoh nanti
ReplyDeleteWah...ni boleh blajar pasal sejarah jugak ni...bgus la langkah kjaan perak utk preserve tmpt ni utk dijadikan muzium kan
ReplyDelete