TIPS MENGGUNAKAN SERUM WAJAH
WELLEISURE MULTI EXPERT REGENERATE SERUM
Bila semakin meningkat usia, kedutan dan perlbagai
permasalahan pada wajah mula kelihatan. Penggunaan serum memainkan peranan
penting bagi menyamarkan bintik hitam, menghilangkan garis halus, kedutan,
meremajakan kulit, melembapkan dan menyihatkan kulit sehingga meratakan warna
kulit.
Ada yang lebih mementingkan kepada make up daripada
penjagaan kulit. Kali ini, AlongMurni (AM) ingin berkongsi tips penggunaan
serum wajah buat semua pembaca setia blog AlongMurni selepas mencedok ilmu dr Miss Jessie Yim (General Manager Welleisure Sdn Bhd)
![]() |
AM bersama dengan Miss Jessie Yim (General Manager Welleisure) |
![]() |
Khusyuk masing-masing mendengar tips dari Miss Jessie |
LANGKAH 1:
BERSIHKAN WAJAH
Sebelum menggunakan serum, seharusnya wajah dibersihkan dan
dibilas dengan air bersih dan segala jenis macam make up dibuang agar serum
dapat meresap dengan sempurna ke dalam kulit wajah.
LANGKAH 2: KERINGKAN
WAJAH DENGAN TUALA LEMBAP.
Pastikan wajah dilap dan dikeringkan dengan kain yang lembab
dan tidak terlalu kering kerana kita harus pastikan kulit wajah dalam posisi
kulit yang lebab dan tidak 100% kering. Kulit yang lembab dapat menyerap serum
dengan lebih berkesan dan dalam radar yang terbaik.
LANGKAH 3:
PENGGUNAAN SERUM.
Untuk serum AM telah memilih untuk menggunakan Produk
Welleisure Multi Expert Regenerate Serum kerana ia mengandungi bahan-bahan
semulajadi. Sila gunakan tangan yang bersih untuk meratakan serum ke seluruh
wajah. Jangan sesekali menggunakan kapas kerana penggunaan tangan dapat
membuatkan serum meresap dengan lebih baik ke dalam kulit. Gosokkan serum
dengan lembut menggunakan jari tengah dan jari telunjuk yea. Mohon lakukan
gerakan memutar dan tolak hala kearah atas yea..
LANGKAH 4:
TEPUKKAN DENGAN TELAPAK TANGAN PADA KULIT WAJAH
Tips yang terakhir paling penting. Mula-mula perlu gosokkan
terlebih dahulu telapak tangan supaya lebih panas dan ini bertujuan bagi
mengalirkan suhu panas pada wajah. Kemudian , tekan atau tekap wajah kita
dengan telapak tangan sehingga merasa tidak panas dan langkah ini diulang
beberapa kali.
SEBAB – SEBAB AM MEMILIH UNTUK MENGGUNAKAN
PRODUK WELLEISURE MULTI EXPERT REGENERATE SERUM
AM memilih menggunakan serum dari Welleisure ini kerana
serum ini mengandungi 100 % bahan semulajadi. Ia berfungsi sebagai agen anti
keradangan, menyegarkan, menghidrat, Anti Penuaan, menegangkan kulit, membaiki
dan memelihara serta memulihkan di samping mencerahkan dan memutihkan kulit
dengan sekata. Bak kata AM , 10 fungsi dalam 1 serum.
Uniknya tentang produk Welleisure ini adalah ianya dihasilkan
dari gabungan 13 jenis ekstrak tumbuhan iaitu:
TRIPEPTIDE-38 DAN
TREHALOSE
Kedua-dua bahan ini dapat membantu memulihkan kulit
dengan menghasilkan sel kulit kulit baru.
SODIUM HYALURONATE
Mencerahkan, memutihkan, anti penuaan, melembapkan dan
mengurangkan kedutan.
SACCHARIDE
ISOMERATE
Melembapkan kulit, menghidratkan dan memutihkan kulit.
CAESALPINA SPINOSA
GUM
Anti penuaan dan menegangkan kulit.
GRAPEFRUIT EXTRACT
Anti oksida.
EKSTRAK SOYA
Memutihkan dan melembapkan kulit.
Serum Welleisure Multi Expert Regenerate boleh didapati dalam
bentuk packaging yang menarik dengan harga RM 288.00 untuk 50ml
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Welleisure Sdn.
Bhd.
15, Jalan Equine 1G,
Pusat Komersil
Equine, Taman Equine,
43300 Seri
Kembangan,
Selangor.
Telefon: 03 8958
3416
Facebook:
Instagram:
19 Comments
banyak sungguh jenama serum di pasaran sekarang kan. Jadi pengguna bolelah memilih mana satu sesuai dengan kulit wajah masing nasibg.
ReplyDeleteEh. Kita guna serum yang sama.
ReplyDeleteLepas nie makin meletup la penampilan AM kan sebab rajin guna serum yang banyak manfaat nie.
terbaiklah ada serum mcm ni.. kau wife saya mmg dia suka benda mcm ni..
ReplyDeleteEh baru tahu tentang serum ni.. tertarik sebab ada estrak soya. Soya pun antara satu bahan best untuk skin...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWow, banyaknya ramuan dalam serum ni.
ReplyDeletePart paling menarik perhatian Atul adalah Kotaknya. Atul suka tengok design kotak serum ni, kreatif sangat orang yang reka kotak ni. Nak buat serum ni as gift pun sesuai sangat, takyah susah2 pk nak balut.
thanks for the tips. baru teringat pagi ni belum pakai skincare.
ReplyDeleteaida memang pengguna tegar serum.
ReplyDeletedah 40s kan, wajib la jaga muka. the more u have to take care of kulit seluruh badan.
tq for sharing.
cara guna pun mesti betul. baru la ia bagus dan mujarab.
Berkenaan betul dengan botol serum ni. Tampak elegan dan mewah. Harga pun boleh tahan tu..nak cantik kena lah buat pelaburan kan.
ReplyDeleteSaya memang suka serum. Tak kisah lah apa jenis seeum pun. Memang suka. Sebab serum ni bagus untuk kulit muka kan. Nak nak umur nak masuk 40 an memang kena jaga kulit muka.
ReplyDeleteDalam skincare nad memng suka pakai serum.. Serum ni dia meresap terus ke dalam kulit.. Kadng mals nak tepek banyak-bank produk.. Serum je dh membantu muka kita.. Menarik juga tengok serum ni. Botol pun eksklusif
ReplyDeleteWahh makin ramai wanita Malaysia cantik-cantik lepas ni hehehe bila banyak produk berkualiti dan juga bagus macam ni hehehe orang laki tengok jer boleh guna juga ker serum ni hurmmm.. Macam nak dapat satu jer wakakakaka..
ReplyDeleteCantiknya botol dia. Nnti dah guna serum nk tgk before after boleh tk? Kalau berjaya dapat kulit flawless nk beli lah.
ReplyDeleteCanteknya packaging dia. Nampak sangat esklusif dan menarik. Pakai serum mmg penting terutama untuk kita wanita yg sudah menginjak usia.
ReplyDeletepatut la berseri je sekarang ni, rajin sapu serum rupanya. banyak eh benefit serum ni untuk muka.. lelaki boleh pakai tak
ReplyDeleteserum untuk lelaki dan perempuan sama sahaja. and lelaki pun perlu pakai serum untuk dapatkan kulit wajah yang okei (bebas masalah kulit wajah). lebih lebih kalau perempuan, serum is basic skin care.
ReplyDeleteHaha rutin skincare emi entah ke mana dah sejak pregnant ni murni. Serum nya ke mana, pelembapnya ke mana. Pencuci muka dan sunscreen je yang masih istiqamah guna hari2. Lately ni memang tahap malas nak jaga muka tu tak boleh bawak bincang!
ReplyDeleteohhh macam gitu cara pakai serum. selalu main hentam je. takde gosok tangan or tepuk tepuk pun hahaha. terima kasih sharee tipss :D
ReplyDeletenampak exclusive botol tu..cantik..^^ serum ni bagus utk kulit wajah..
ReplyDeletefree2 singgahla blog saya,hehe
https://haziqahadevin.blogspot.com/2019/12/kokol-haven-resort-antara-destinasi.html