TIPS MENGGUNAKAN SERUM WAJAH


TIPS MENGGUNAKAN SERUM WAJAH
WELLEISURE MULTI EXPERT REGENERATE SERUM


Bila semakin meningkat usia, kedutan dan perlbagai permasalahan pada wajah mula kelihatan. Penggunaan serum memainkan peranan penting bagi menyamarkan bintik hitam, menghilangkan garis halus, kedutan, meremajakan kulit, melembapkan dan menyihatkan kulit sehingga meratakan warna kulit.

Ada yang lebih mementingkan kepada make up daripada penjagaan kulit. Kali ini, AlongMurni (AM) ingin berkongsi tips penggunaan serum wajah buat semua pembaca setia blog AlongMurni selepas mencedok ilmu dr Miss Jessie Yim (General Manager Welleisure Sdn Bhd)

AM bersama dengan Miss Jessie Yim (General Manager Welleisure)

Khusyuk masing-masing mendengar tips dari Miss Jessie


LANGKAH 1: BERSIHKAN WAJAH
Sebelum menggunakan serum, seharusnya wajah dibersihkan dan dibilas dengan air bersih dan segala jenis macam make up dibuang agar serum dapat meresap dengan sempurna ke dalam kulit wajah.

LANGKAH 2: KERINGKAN WAJAH DENGAN TUALA LEMBAP.
Pastikan wajah dilap dan dikeringkan dengan kain yang lembab dan tidak terlalu kering kerana kita harus pastikan kulit wajah dalam posisi kulit yang lebab dan tidak 100% kering. Kulit yang lembab dapat menyerap serum dengan lebih berkesan dan dalam radar yang terbaik.

LANGKAH 3: PENGGUNAAN SERUM.
Untuk serum AM telah memilih untuk menggunakan Produk Welleisure Multi Expert Regenerate Serum kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi. Sila gunakan tangan yang bersih untuk meratakan serum ke seluruh wajah. Jangan sesekali menggunakan kapas kerana penggunaan tangan dapat membuatkan serum meresap dengan lebih baik ke dalam kulit. Gosokkan serum dengan lembut menggunakan jari tengah dan jari telunjuk yea. Mohon lakukan gerakan memutar dan tolak hala kearah atas yea..

LANGKAH 4: TEPUKKAN DENGAN TELAPAK TANGAN PADA KULIT WAJAH
Tips yang terakhir paling penting. Mula-mula perlu gosokkan terlebih dahulu telapak tangan supaya lebih panas dan ini bertujuan bagi mengalirkan suhu panas pada wajah. Kemudian , tekan atau tekap wajah kita dengan telapak tangan sehingga merasa tidak panas dan langkah ini diulang beberapa kali.

SEBAB – SEBAB AM MEMILIH UNTUK MENGGUNAKAN
PRODUK WELLEISURE MULTI EXPERT REGENERATE SERUM



AM memilih menggunakan serum dari Welleisure ini kerana serum ini mengandungi 100 % bahan semulajadi. Ia berfungsi sebagai agen anti keradangan, menyegarkan, menghidrat, Anti Penuaan, menegangkan kulit, membaiki dan memelihara serta memulihkan di samping mencerahkan dan memutihkan kulit dengan sekata. Bak kata AM , 10 fungsi dalam 1 serum.

Uniknya tentang produk Welleisure ini adalah ianya dihasilkan dari gabungan 13 jenis ekstrak tumbuhan iaitu:

TRIPEPTIDE-38 DAN TREHALOSE
Kedua-dua bahan ini dapat membantu memulihkan kulit dengan menghasilkan sel kulit kulit baru.

SODIUM HYALURONATE
Mencerahkan, memutihkan, anti penuaan, melembapkan dan mengurangkan kedutan.

SACCHARIDE ISOMERATE
Melembapkan kulit, menghidratkan dan memutihkan kulit.

CAESALPINA SPINOSA GUM
Anti penuaan dan menegangkan kulit.

GRAPEFRUIT EXTRACT
Anti oksida.

EKSTRAK SOYA
Memutihkan dan melembapkan kulit.

Serum Welleisure Multi Expert Regenerate boleh didapati dalam bentuk packaging yang menarik dengan harga RM 288.00 untuk 50ml



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Welleisure Sdn. Bhd.
15, Jalan Equine 1G,
Pusat Komersil Equine, Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Telefon: 03 8958 3416

Facebook:
Instagram:


Post a Comment

19 Comments

  1. banyak sungguh jenama serum di pasaran sekarang kan. Jadi pengguna bolelah memilih mana satu sesuai dengan kulit wajah masing nasibg.

    ReplyDelete
  2. Eh. Kita guna serum yang sama.
    Lepas nie makin meletup la penampilan AM kan sebab rajin guna serum yang banyak manfaat nie.

    ReplyDelete
  3. terbaiklah ada serum mcm ni.. kau wife saya mmg dia suka benda mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Eh baru tahu tentang serum ni.. tertarik sebab ada estrak soya. Soya pun antara satu bahan best untuk skin...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Wow, banyaknya ramuan dalam serum ni.
    Part paling menarik perhatian Atul adalah Kotaknya. Atul suka tengok design kotak serum ni, kreatif sangat orang yang reka kotak ni. Nak buat serum ni as gift pun sesuai sangat, takyah susah2 pk nak balut.

    ReplyDelete
  7. thanks for the tips. baru teringat pagi ni belum pakai skincare.

    ReplyDelete
  8. aida memang pengguna tegar serum.
    dah 40s kan, wajib la jaga muka. the more u have to take care of kulit seluruh badan.
    tq for sharing.
    cara guna pun mesti betul. baru la ia bagus dan mujarab.

    ReplyDelete
  9. Berkenaan betul dengan botol serum ni. Tampak elegan dan mewah. Harga pun boleh tahan tu..nak cantik kena lah buat pelaburan kan.

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka serum. Tak kisah lah apa jenis seeum pun. Memang suka. Sebab serum ni bagus untuk kulit muka kan. Nak nak umur nak masuk 40 an memang kena jaga kulit muka.

    ReplyDelete
  11. Dalam skincare nad memng suka pakai serum.. Serum ni dia meresap terus ke dalam kulit.. Kadng mals nak tepek banyak-bank produk.. Serum je dh membantu muka kita.. Menarik juga tengok serum ni. Botol pun eksklusif

    ReplyDelete
  12. Wahh makin ramai wanita Malaysia cantik-cantik lepas ni hehehe bila banyak produk berkualiti dan juga bagus macam ni hehehe orang laki tengok jer boleh guna juga ker serum ni hurmmm.. Macam nak dapat satu jer wakakakaka..

    ReplyDelete
  13. Cantiknya botol dia. Nnti dah guna serum nk tgk before after boleh tk? Kalau berjaya dapat kulit flawless nk beli lah.

    ReplyDelete
  14. Canteknya packaging dia. Nampak sangat esklusif dan menarik. Pakai serum mmg penting terutama untuk kita wanita yg sudah menginjak usia.

    ReplyDelete
  15. patut la berseri je sekarang ni, rajin sapu serum rupanya. banyak eh benefit serum ni untuk muka.. lelaki boleh pakai tak

    ReplyDelete
  16. serum untuk lelaki dan perempuan sama sahaja. and lelaki pun perlu pakai serum untuk dapatkan kulit wajah yang okei (bebas masalah kulit wajah). lebih lebih kalau perempuan, serum is basic skin care.

    ReplyDelete
  17. Haha rutin skincare emi entah ke mana dah sejak pregnant ni murni. Serum nya ke mana, pelembapnya ke mana. Pencuci muka dan sunscreen je yang masih istiqamah guna hari2. Lately ni memang tahap malas nak jaga muka tu tak boleh bawak bincang!

    ReplyDelete
  18. ohhh macam gitu cara pakai serum. selalu main hentam je. takde gosok tangan or tepuk tepuk pun hahaha. terima kasih sharee tipss :D

    ReplyDelete
  19. nampak exclusive botol tu..cantik..^^ serum ni bagus utk kulit wajah..
    free2 singgahla blog saya,hehe
    https://haziqahadevin.blogspot.com/2019/12/kokol-haven-resort-antara-destinasi.html

    ReplyDelete