PENGALAMAN JELAJAH
4 HARI 3 MALAM
TRIP #KITAKEKAMPUNG
KEUNIKAN BANGHURIS HOMESTAY
PENUH TRADISI, MENYERONOKKAN DAN PUNYA
KEASLIAN TERSENDIRI
Baru baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut
serta dalam Trip #KitaKeKampung anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar
Bandar, Desa & Kampung Tradisi Negeri Selangor bersama Majlis Kebudayaan
Negeri Selangor, dikelolakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
(UPENs), dengan kerjasama Majalah Gaya Travel untuk menjengah keunikan yang
terdapat di Homestay Banghuris.
AM dan rakan-rakan media lain berkumpul di MATIC dan
bergerak ke Homestay Banghuris menggunakan Bas Persiaran dengan diiringi dua
buah motosikal polis bagi memastikan kelancaran perjalanan ke Banghuris
Homestay.
Banghuris homestay terletak di daerah Sepang, 60km dari
Kuala Lumpur dan 35km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Untuk memudahkan perjalanan, hanya ikut papan tanda ke Kuala Langat dan terus
ke Sungai Pelek.
Banghuris Homestay ini adalah perusahaan inap desa yang
diusahakan oleh 3 perkampungan iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan
Kg. Ulu Teris. Dari situ lah wujudnya ‘Banghuris’ dan terdapat sebanyak 80 rumah yang menawarkan 100 buah bilik. Ini
merupakan program homestay pertama di daerah Sepang dan juga mendapat
pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best
Homestay in Malaysia'.
Sepanjang 4 hari 3 malam di Banghuris Homestay banyak
yang AM ketahui dan pelajari terutamanya Permainan, Makanan dan Pakaian
Tradisional yang terdapat di sini.
PERMAINAN TRADISIONAL
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar
pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan
tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas
musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau,
rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis
sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi
sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya
bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak
kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan gasing .
SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan
bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka
pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak,
menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke
tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan
jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan
dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam
permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain
sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.
SUMPIT
Sumpit atau sumpitan (bahasa Kalimantan Tengah: sipet)
adalah senjata yang digunakan untuk berburu maupun dalam pertempuran terbuka
atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam diam. Penggunaan sumpit iaitu
dengan cara ditiup.
Dari segi penggunaannya sumpit atau sipet ini memiliki
keunggulan tersendiri karena dapat digunakan sebagai senjata jarak jauh dan
tidak merusak alam karena bahan pembuatannya yang alami. Dan salah satu
kelebihan dari sumpit atau sipet ini memiliki akurasi tembak yang dapat
mencapai 200 meter.
Sumpit tradisional terdiri tabung bambu atau kayu yang panjangnya
1–3 m, Sumpit dilengkapi dengan anak sumpit dengan bentuk bulat kira-kira
diameternya kurang dari 1 cm. Anak sumpit (damek) dapat terbuat dari bambu yang
salah satu ujungnya berbentuk seperti kerucut yang terbuat dari kayu yang
massanya ringan (dari kayu pelawi). Ini berfungsi supaya anak sumpit dapat
melesat dengan lurus atau sebagai penyeimbang saat lepas dari buluh. Sedangkan
ujung yang lain runcing dan biasanya diberi racun yang sangat mematikan
binatang buruan. Racun terbuat dari getah tumbuh-tumbuhan hutan dan sampai saat
ini masih belum ada penawar racunnya. Sumpit digunakan dengan cara ditiup. Kuat
tidaknya napas penyumpit akan menentukan sejauh mana jarak anak sumpit dapat
melesat ke sasarannya
WAU KAPAL
Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang
popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara
turun-temurun di Malaysia. Wau Kapal merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri
Selangor.
Wau kapal menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki
corak yang berbentuk kapal.
MAKANAN TRADISIONAL DAN ACARA TRADISI
MAKAN MALAM BERSAMA YB RODZIAH ISMAIL
Semasa sesi pertemuan dan bersua bersama YB Rodziah
Ismail (Exco Jawatankuasa Tetap
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor) kedatangan
kami disambut dengan acara silat dan Acara Berendoi daripada asyarakat
setempat.
SILAT
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang
banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh.
Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat. Arwah ayah AM pernah berkata bunga
silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain kelihatan mengelirukan
(seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk
memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini
dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam),
menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan
(kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang
untuk memerangkap musuh). Selain untuk mempertahankan diri, silat juga
dijadikan acara persembahan keramaian.
BERENDOI
Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang
lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah
bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur
nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.
Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian
digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang
diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang
atau malam hari.
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih.
Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan
ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu
berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan
juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan
bergantung pada kehendak tuan rumah.
Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta
nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama
disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan
sejarah nabi dan kehidupan nabi.
Pada majlis makan malam bersama YB Rodziah Ismail, AM
berpeluang sekali lagi untuk merasai keenakan Nasi Ambeng di Kampung Hulu
Chuchoh. Nasi Ambeng adalah masakan jawa yang paling popular terutamanya dalam
masyarakat jawa melayu di Selangor dan Johor.
NASI AMBENG
Nasi Ambeng ini sering dihidangkan dengan gaya makan
beramai-ramai disajikan di dalam dulang untuk dikongsi dan dinikmati di antara
empat ke lima orang. Seronok bila makan beramai-ramai dan kecoh riuh boleh
dikatakan sepanjang makan Nasi Ambeng ini. Macam-macam ragam macam-macam
karenah.
REBUNG MASAK LEMAK CILI API
AM di kawasan penanaman buluh |
Kawasan sekitar Banghuris Homestay ini dikelilingi dengan tanaman buluh. Masih ingatkah bidalan melayu?? Kalau melentur buluh biar dari rebungnya. Yang pasti AM sangat suka makan rebung.
Banyak kegunaan pokok buluh bermula dari rebungnya tau terutama rebung boleh dibuat masak lemak cili padi. Selalunya AM beli rebung di pasar yang dah siap dipotong dan direndam. Jadi di sini AM berkesempatan melihat sendiri bagaimana mengupas, memotong, melihat bahan-bahan masakan untuk memasak Rebung Masak Lemak Cili Padi.
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASLI
Sepanjang di Banghuris Homestay, AM juga berkesempatan
untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat orang asli Mah Meri yang terdapat
di sini. Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah
bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai
Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai
nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke
pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.
Berminat untuk menginap di Homestay dan mengikut aktiviti yang terdapat di sini boleh datang dan hubungi :
Banghuris Homestay
Jalan Tailong,
Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor
Tel/Faks : 03-3142 1010
Telefon Bimbit: Hj Basir (012-6628548)
Emel:
banghuris_homestay@yahoo.com
Banyak aktiviti menarik dan unik yang akan AM kongsikan
di sesi blog yang berikut. Boleh jengah di link berikut :
12 Comments
Dah lama tak join trip anjuran Gaya Travel ni.... wah mereka yg sukan gaya kampung elok la cuba tinggal kat homestay ni...mesti penat kan banyk aktiviti selama 4 hari tu...
ReplyDeletebestnyaaa, aktiviti sumpit pun adam teringin nak try. seronok sesekali bercuti camni kan
ReplyDeleteSeronok nya tempat ni.. macam2 ada eso permainan dan makanan tradisi malaysia kita boleh jumpa di sini
ReplyDeleteBestnya dapat join event sebegini. Rawlins mesti nak join yang menari dan lain-lain aktiviti kebudayaan. Pastu duduk rumah desa plak. Bahagia je
ReplyDeleteBestnya.. Nanyak aktiviti ade dekat sini. Boleh tengok cara tradisional diaorng punya permainan, makanan semua.. Pengalaman yang menarik
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang pengalaman menarik bila dapat join trip bersama. Pelbagai pengalamand an kenangan tercipta, termasuklah mengenal kawan dan sebagainya. :)
ReplyDeleteLooks like you really enjoyed your stay kat Banghuris homestay terletak di daerah Sepang! Time to cuti cuti Malaysia kan
ReplyDeleteMenariknya aktiviti macam ni. Memang terasa seperti pulang ke kampung halaman walapun dekat je, Barulah boleh belajar tentang kehidupan di kampung
ReplyDeleteBest lah dapat buat aktiviti macam ni. Bagus kan dapat juga ilmu tu.
ReplyDeleteBest nyer, kalau ada peluang i pun nak masuk kampung and experience their lifestyle.
ReplyDeletei really miss the feeling of staying at kampung.. dulu selalu ke sana ke sini.. now jarang dah
ReplyDeleteSuch activity is really good as it allows one to be close to nature or perhaps closer to home. ;)
ReplyDelete