Melaka kaya dengan berbagai
adat,budaya dan kepercayaan kerana di sinilah terdapat berbagai kaum dan etnik
tempatan seperti Melayu, Cina , India serta kaum Baba Nyonya, Chitty dan
Portugis. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat
ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang
mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan
dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Ramai sangat yang sarankan
AlongMurni (AM) untuk mencuba menu menarik yang terdapat di Saras Delight
Bakery and Café. Kafe ini terletak di Parking Lot Pantai Hospital Ayer Keroh,
Melaka. Kafe yang berkonsepkan santai ini menyajikan hidangan yang sangat
lazat, padu dan pastinya menepati selera tempatan umumnya.
SARAS DELIGHT
BAKERY AND CAFÉ
Nak cari Kafe ini sangat mudah.
Ianya terletak di level G, bangunan parkir bertingkat yang bersebelahan
dengan Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka. Terdapat medan selera yang dinamakan
“Makan Makan”.
Bagi AM lokasi ini sangat
strategik. Selain terbuka kepada pengunjung dari luar, pelawat mahupun pesakit
yang datang untuk menerima rawatan juga boleh menjamu selera di sini. Sementara
menunggu angka giliran untuk menerima rawatan, boleh juga singgah menjamu
selera di Saras Delight Bakery and Café ini.
Kafe ini mempunya ruang makan
yang bersih, eksklusif dan luas dibuka setiap hari (kecuali Ahad) dari Jam 7.00
pagi hingga 7.00 malam. Manakala Hari Sabtu dibuka dari jam 7.00 pagi hingga
5.00 petang.
Walaupun baru sebulan beroperasi,
pemilik kafe yang lebih mesra dikenali Puan Sara ini mempunyai pengalaman
selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan. Suami beliau juga merupakan
salah seorang pakar bedah di hospital ini.
Puan Sara amat mementingkan
kualiti dan rasa pada setiap menu hidangan sehingga kadangkala beliau sendiri
yang turun untuk sama terlibat dalam proses memasak dan penyediaan makanan.
Uniknya di sini adalah, setiap menu hidangan di Kafe ini tidak menggunakan
perasa dan pewarna tambahan namun rasanya tetap sahaja lazat dan menyelerakan.
Ketulenan dan kesegaran bahan masakan menjadi faktor utama dalam menu sajian di
Saras Delight and Bakery Café ini.
Antara menu yang sentiasa jadi
pilihan dan menarik minat AM adalah:
HIDANGAN MENU MENARIK JADI PILIHAN.
PASTRI
Bagi AM, yang menariknya Pastri
di sini adalah rasanya yang padu dan enak serta bahan terpilih yang berkualiti
serta segar.Terasa kelembutan dan pastri meskipun ‘crunchy’ di luar.
KEK & KUIH MUIH
Aneka kek dan kuih muih di sini
memang enak malahan ianya adalah HomeMade yang tiada bahan pengawet dan pewarna
tiruan. Macam Kek Pandan yang AM rasa ini memang terasa kewangian dan rasa pati
dari pandan itu sendiri. Malahan gula yang diadun dan digunakan adalah dari
Gula Melaka. Jadi memang rasa manis dan berlemak.
PASTA & SOUP
AM paling suka Pasta Pesto.
Walaupun baru pertama kali mencuba, terus rasanya enak dan AM akan datang ke
sini lagi untuk mencuba Pasta Pesto. AM dimaklumkan menu seperti Teriyaki
Chicken with Rice, Bakso dan Nyonya Curry Laksa sering menjadi pilihan dan
pengunjung yang datang ke sini. Bila AM mencuba, memang ada rasa ‘WOW’ terutamanya
Nyonya Curry Laksa. Memang padu dan sedap tau!!
PIZZA
Pizza di sini saiznya adalah 8”
dan ianya dimasak dengan paduan bahan inti yang banyak. Kulit Pizzanya adalah
jenis ‘thin crust’. Jadi memang sangat enak bila AM mencuba Cajun Chicken Pizza
dan Hawaii Chicken Pizza.
RICE
AM merasakan Nasi Rendang dan
Nasi Sambal Ayam punyai keunikan rasa dan keistimewaan tersendiri. Ianya
dihidangkan dalam mini pek dengan lauk pauk yang diasingkan. Memang well organized
cara penyediaan menu di sini.
Tunggu apa lagi, lain orang lain
rasanya. AM sangat sarankan untuk yang berada di Melaka atau berkunjung di
Melaka untuk datang mencuba dan singgah di Saras Delight and Bakery Café ini.
Memang berbaloi dan pasti puas hati.
3 Comments
wah nampak sedap2 belaka ya makanan kat sini. sayang pulak tak dapat join hari tu. :)
ReplyDeleteMemang sedap.. Nanti kita ke Melaka, kita singgah ke sini yea.. AM nak order lagi Pasta Pesto.. Aeril boleh cuba Nyonya Curry Laksa mesti Aeril suka
ReplyDeleteWahhh... Menarik nampaknya ni... Kena pergi ni
ReplyDelete