TEROKAI ZAMAN
PRASEJARAH DI JURASSIC DINOSAUR ADVENTURE PARK
PAVILION BUKIT
JALIL
Kali ini AlongMurni (AM) berada di Jurassic Dinosaur
Adventure Park yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Taman tema ini dibuka
khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk menerokai dan merasai pengalaman
bermain di taman permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur
dari zaman prasejarah.
Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur
animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka
dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Kita juga
dibenarkan untuk mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur ini.
Objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan
platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang
makhluk prasejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang
menyeronokkan.
INFO PENTING
Jangan lupa memakai stokin dan pelitup muka sepanjang berada
di Jurassic Dinosaur Adventure Park bagi memastikan kebersihan dan kesihatan
kendiri anak-anak.
TARIKAN JURASSIC
DINOSAUR ADVENTURE PARK
HUTAN PRA-SEJARAH
AM amat kagum dengan pelbagai jenis dinosaur yang
seakan-akan hidup dan mendengar ngauman Dinosaur! Kita dibenarkan untuk
berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit!
Swafoto AlongMurni bersama Dinosaur |
BERINTERAKSI DENGAN DINOSAUR YANG SEOLAH-OLAH BERNYAWA
Ada mascot Dinosaur yang membuatkan anak-anak jadi teruja
untuk mendekati dinosaur.
TUNGGANG DINOSAUR KEGEMARAN
Kanak-kanak juga berpeluang melakukan tunggangan luar biasa
dengan menunggang dinosaur kegemaran. Dengan pelbagai pilihan, pilih dinosaur dan
mula menunggang!
KERETAPI EXPRESS DINO
Semua naik! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa - dengan
dino ekspress.
GELONGSOR GUNUNG BERAPI
Ada gelongsor sepanjang 3 meter untuk bermain juga yea.
Boleh panjat-panjat dan kemudiannya menggelongsor turun.
LAVA TRAMPOLINE
Ada trampoline yang boleh kanak-kanak melompat dengan bebas.
RUANG PERMAINAN MENGGALI TULANG DINOSAUR
Seronok tengok anak-anak main gali gali cari tulang
dinosaur.
PERMAINAN MENEMBAK DINO HUNTING
Bahagian ini AM paling suka sebab rasa real dapat main
tembak-tembak dinosaur gunakan senapang tersedia.
ISTANA BELON UDARA DINO JUNGLE
Kalau berada dalam Istana ini memang seronok main lompat sambal
gusti gusti sebab Istana diperbuat daripada Belon Udara. Jadi jangan tak akan
cedera walaupun jatuh ketika melompat.
BALL PIT INTERAKTIF
Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball
pit ini ialah ianya datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anak-anak
melontar bola ke arah gol di skrin.
GAUNG TEKA TEKI BINAAN
Ada bahagian teka teki Menyusun bentuk yang bersesuaian.
Mencabar minda anak-anak.
GELONGSOR KERIANGAN INTERAKTIF
Gelongsor yang punyai keseronokan tersendiri.
Maklumat Acara & Tiket
KKday merupakan pembekal tiket eksklusif Jurassic Dinosaur -
Adventure Park Interactive Indoor Playground. Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma.
JURASSIC
DINOSAUR – ADVENTURE PARK INTERACTIVE INDOOR PLAYGROUND |
|
Lokasi |
Pavilion Bukit Jalil, Lot 5.85.00, Level 5, Orange Zone |
Tarikh dibuka |
1 Jun sehingga 31 Ogos 2022 |
Waktu Operasi |
Hari biasa: 10.00am - 8.30pm (Tutup dari 2:00pm -
3:30pm) Pas sehari Hari minggu/Cuti Am/Malam Cuti Am/Cuti Sekolah: 10.00am
- 9.40pm, 6 sesi sehari (10am, 12pm, 2pm, 4pm, 6pm, 8pm) 100 minit / sesi Kemasukan akhir pada pukul 8pm |
Harga tiket seperti berikut:
Tiket |
Harga |
Harga Hari Biasa |
RM 55 |
Harga Hari Minggu (termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah) |
RM 60 |
Untuk sebarang info
lanjut boleh jengah ke :
Website: https://www.kkday.com/en-my
Facebook: https://www.facebook.com/KKday
Instagram: https://www.instagram.com/kkdaymy/
3 Comments
Tempat yang menarik untuk dilawati terutama kanak2
ReplyDeletebebudak suka ni mau tak mau keluar camni
ReplyDeleteMenarik nya, nanti boleh bawak anak anak buah datang sini :)
ReplyDelete