
Berdasarkan data dan analisis,
tekanan perasaan atau tekanan hidup itu wujud dan perlu diberi perhatian. Ramai
dalam kalangan individu yang bergelar pelajar yang berhadapan dengan masalah
sebegini lebih cenderung membunuh diri berbanding berusaha mengatasinya.
Keadaan ini menjelaskan mengapa bilangan kes membunuh diri adalah tinggi dalam
kalangan remaja.
Hal ini juga dianggap sebagai
jalan keluar kerana tekanan perasaan bukanlah perkara ringan yang mampu dilalui
oleh seseorang. Ia menguasai minda dan bagi sebilangan individu keadaan itu
amat sukar untuk dilalui secara bersendirian. Isu permasalahan ini turut
dipandang dan diambil berat oleh Wanita Ikon Selangor 2022 iaitu YBhg. Datin
Erni Dekritawati.
Pada 13 Oktober 2022, AlongMurni
(AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara
Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 ini yang telah
berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
UiTM Shah Alam.

Surat Hasrat ini ditandatangani
oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM
bersama dengan Wanita Ikon Selangor 2022 – YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliana
Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati. Majlis ini
turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya. Datin Dr. Norazida Mohamed, Pengarah
Kanan Jabatan Komunikasi, YBrs. Pn. Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat
Keraya & Kaunseling, BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim,
Timb. Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP
UiTM.

Majlis ini diadakan bagi
memformalkan kerjasama berbentuk penubuhan sebuah pusat yang diberi nama “Are
You Okay Centre” yang akan berfungsi sebagai “initial step” dalam menangani
isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental. Pusat ini akan
dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih,
dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.
OBJEKTIF PENUBUHAN ‘ARE YOU
OKAT CENTRE’
Objektif utama penubuhan “Are You
Okay Centre” ialah:
- Sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan staf dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.
- Pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ini kerana, ramai orang yang mempunyai masalah, tidak tahu ke manakah saluran yang betul untuk menyelesaikan belenggu mereka.
- Berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.
HARAPAN
Semoga hasrat penubuhan “Are You
Okay Centre” akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hal ini adalah kerana,
selain dari salah satu tanggungjawab social korporat (CSR) yang harus
dilaksanakan sebagai Wanita Ikon Selangor 2022, penubuhan pusat ini juga
merupakan “giving back to UiTM” oleh Datin Rita Sosilawati yang merupakan salah
seorang alumni UiTM.

KATA ALONGMURNI
AM juga berharap pusat dan
program yang dijalankan dapat membendung permasalahan dikalangan pelajar mahupun
komuniti itu sendiri. Semoga lebih banyak pihak tampil dan memngambil inisiatif
dan memberi jalan keluar terhadap isu ini.

6 Comments
Ya ya i okay heheheh.. bagusnya program macam ni, penting bertanya khabar walau hanya 'are you okay', elakkan dari pelajar atau individu membelenggu dan rasa menyendiri kann..
ReplyDeleteInisiatif yang bagus macam ni seharusnya tersedia oleh semua institusi pendidikan negara. Malah dijaga dan sentiasa aktif. Semoga terlaksana apa yang sudah mereka plan. Harap orang awam boleh masjk ke Are You Okay Centre tu.
ReplyDeleteproud to be one of the alumni. moga usaha ini memberi manfaat, usaha yang bagus sebenarnya untuk komuniti
ReplyDeleteBagus usaha sebegini sebab makin ramai yang stress dan tidak tahu tempat meluah kan. A very good collaboration and initiative.
ReplyDeleteSerious penting untuk wujudkan Are You Okay Centre ni and hopefully more like this to come in near future. Congratz too to Datin Rita for the Wanita Ikon Selangor 2022 👍🏻
ReplyDeleteThis is a good initiative and positive way to manage mental health in our society
ReplyDelete