Pada 12 November 2022, AlongMurni (AM) turut sama hadir dalam Majlis Perasmian Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut dan Dataran Tanjong, Tanjung Sepat. Majlis tersebut juga menjadi penutup program ‘Kita Rewang Sekampung’ (boleh rujuk link berkaitan Program 'Kita Rewang Sekampung').
![]() |
Persembahan dari PADAT (Perbadananan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor) |
Ketibaan YAB Dato’ Seri Amirudin Bin
Shari yang merupakan Dato’ Menteri Besar Selangor dimulakan dengan lagu Negeri
Selangor dan Negaraku seterusnya disambut dengan meriah Tarian Selamat Datang
dari PADAT.
Ucapan aluan telah disampaikan
oleh YB. Tuan Borhan Bin Aman Shah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembanguanan Luar Bandar & kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu,
Kebudayaan & Warisan merangkap ADUN Kawasan Tanjung sepat. Beliau turut
mengumumkan bahawa Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut menjuarai Pemenang bagi
Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat bagi Kategori A (Medan Selera
di bawah PBT/Agensi Kerajaan) Peringkat Kebangsaan. Meriah dan gamat dengan sorakan
daripada penduduk dan masyarakat yang hadir setelah mendengar pengumuman
tersebut.
YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut memuji kerjasama di antara penduduk bagi menjayakan program ‘REWANG SEKAMPUNG’. Beliau berasa besar hati dapat berada dan seterusnya merasmikan MEDAN SELERA DATARAN TANJUNG, MEDAN SELERA MPKL, PANTAI BATU LAUT dan juga merasmikan PENUTUP PROGRAM “KITA REWANG SEKAMPUNG’ PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
Dalam majlis tersebut juga
disampaikan hadiah bagi para pemenang iaitu:
INSENTIF PENIAGA
MEDAN SELERA MPKL PANTAI BATU LAUT
INSENTIF
KECEMERLANGAN SUKMA 2022
PERTANDINGAN JUDO
PERTANDINGAN PERAHU LAYAR
PERTANDINGAN
MASAKAN TRADISI
Penyertaan terhad kepada 10
peserta dengan dua kategori dipertandingkan iaitu membuat KUIH LEMPER DAN
TUNTUMAN.
LEMPER merupakan makanan
istimewa orang Indonesia dan Jawa ini biasanya diperbuat daripada beras
pulut dan intinya adalah samada ayam, daging dan ikan yang dibungkus
dengan Daun Pisang. Semua ni bergantung kepada kreativiti masing-masing. LEMPER
sekarang juga tidak semestinya dikukus, tapi ada juga yang dibakar seperti
pulut panggang agar lebih harum.
Bagi masyarakat Jawa khususnya, LEMPER
dianggap sebagai simbolik persaudaraan. Sifat beras pulut yang melekit
mencerminkan persaudaraan antara manusia yang saling menyatu. Sifatnya yang
melekit juga dianggap sebagai simbolik mendatangkan rezeki kepada orang yang
memakannya.
AM pernah jumpa dengan kuih
Tuntuman ini di kebanyakan majlis kenduri masayrakat Jawa. Setahu AM Namanya berasal
dari perkataan ‘tom’ yang bermaksud ‘bungkus’ (dibungkus seperti mmbungkus
tapai). Ada yang menggunakan bahan inti samada Pisang, Sagu atau Beras. Setelah
Tuntuman ini masak, ianya dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus.
Sambil menyaksikan penyampaian
hadiah, penduduk setempat turut disajikan dengan Nasi Ambeng sambal dihiburkan
dengan Persembahan Tarian oleh PADAT dan Persembahan nyanyian oleh KOMBO MPKL.
SEKALUNG PERHARGAAN BUAT GAYA
TRAVEL
AM ingin mengucapkan terima kasih pada pihak Gaya Travel kerana sudi mengundang untuk terlibat sama dalam Program ‘KITA REWANG SEKAMPUNG’. Terima kasih juga kerana menyediakan tempat penginapan di Suite Dreamz Hotel. Penginapan yang selesa dan terbaik telah diberikan.
Kami juga dibawa minum petang berjalan-jalan di sekitar Tanjong Sepat. Penat juga nak berjalan sehingga ke hujung Jambatan semata-mata nak dapat shot yang cantik. Ini semua angkara Blogger Kin seorang ni aka Roomate AM sepanjang program ini. Sebaik waktu malam, dia tolong urutkan kaki AM yang bengkak sebab banyak jalan. Hahahaha.. terima kasih Kin (https://www.kinseven.com)Sempat juga pekena Rojak Mee dan Rojak ala-ala Pasembor tau di Dataran Tanjong!! Memang sedap!!! Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan oleh Pihak Gaya Travel.. TERBAIK 😍😍😍
#KitaKeKampung #KitaRewangSekampung #KitaSelangor #Pusing Selangor Dulu #GayaTravel #MediaSelangor #PMNS
4 Comments
Wah best nyer boleh join program macam ni, boleh explore kampung
ReplyDeleteBagusnya launch medan selera, especially kawasan kampung. Mudah untuk orang luar cari makan dan local cari rezeki.
ReplyDeleteThanks for sharing this, congrats on the launch & good campaign at the village. The local foods all looks good tasty. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteso happy to know that there is a new dining spot in town! cannot wait to visit this place with my family
ReplyDelete