MAJLIS PERASMIAN MEDAN SELERA MPKL PANTAI BATU LAUT DAN DATARAN TANJONG, TANJONG SEPAT & PENUTUP PROGRAM ‘KITA REWANG SEKAMPUNG’ PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2022

 


Pada 12 November 2022, AlongMurni (AM) turut sama hadir dalam Majlis Perasmian Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut dan Dataran Tanjong, Tanjung Sepat. Majlis tersebut juga menjadi penutup program ‘Kita Rewang Sekampung’ (boleh rujuk link berkaitan Program 'Kita Rewang Sekampung').

 

Persembahan dari PADAT (Perbadananan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor) 

Ketibaan YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari yang merupakan Dato’ Menteri Besar Selangor dimulakan dengan lagu Negeri Selangor dan Negaraku seterusnya disambut dengan meriah Tarian Selamat Datang dari PADAT. 

 

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YB. Tuan Borhan Bin Aman Shah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembanguanan Luar Bandar & kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan merangkap ADUN Kawasan Tanjung sepat. Beliau turut mengumumkan bahawa Medan Selera MPKL Pantai Batu Laut menjuarai Pemenang bagi Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat bagi Kategori A (Medan Selera di bawah PBT/Agensi Kerajaan) Peringkat Kebangsaan. Meriah dan gamat dengan sorakan daripada penduduk dan masyarakat yang hadir setelah mendengar pengumuman tersebut.

 


YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut memuji kerjasama di antara penduduk bagi menjayakan program ‘REWANG SEKAMPUNG’. Beliau berasa besar hati dapat berada dan seterusnya merasmikan MEDAN SELERA DATARAN TANJUNG, MEDAN SELERA MPKL, PANTAI BATU LAUT dan juga merasmikan PENUTUP PROGRAM “KITA REWANG SEKAMPUNG’ PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

Dalam majlis tersebut juga disampaikan hadiah bagi para pemenang iaitu:

INSENTIF PENIAGA MEDAN SELERA MPKL PANTAI BATU LAUT

 

INSENTIF KECEMERLANGAN SUKMA 2022 

PERTANDINGAN JUDO


PERTANDINGAN PERAHU LAYAR


PERTANDINGAN MASAKAN TRADISI

Penyertaan terhad kepada 10 peserta dengan dua kategori dipertandingkan iaitu membuat KUIH LEMPER DAN TUNTUMAN.

 

LEMPER merupakan makanan istimewa orang Indonesia dan Jawa ini biasanya diperbuat daripada beras pulut dan intinya adalah samada ayam, daging dan ikan yang dibungkus dengan Daun Pisang. Semua ni bergantung kepada kreativiti masing-masing. LEMPER sekarang juga tidak semestinya dikukus, tapi ada juga yang dibakar seperti pulut panggang agar lebih harum.

 

Bagi masyarakat Jawa khususnya, LEMPER dianggap sebagai simbolik persaudaraan. Sifat beras pulut yang melekit mencerminkan persaudaraan antara manusia yang saling menyatu. Sifatnya yang melekit juga dianggap sebagai simbolik mendatangkan rezeki kepada orang yang memakannya.

 


AM pernah jumpa dengan kuih Tuntuman ini di kebanyakan majlis kenduri masayrakat Jawa. Setahu AM Namanya berasal dari perkataan ‘tom’ yang bermaksud ‘bungkus’ (dibungkus seperti mmbungkus tapai). Ada yang menggunakan bahan inti samada Pisang, Sagu atau Beras. Setelah Tuntuman ini masak, ianya dibalut dengan daun pisang sebelum dikukus.  

 

Sambil menyaksikan penyampaian hadiah, penduduk setempat turut disajikan dengan Nasi Ambeng sambal dihiburkan dengan Persembahan Tarian oleh PADAT dan Persembahan nyanyian oleh KOMBO MPKL.

 

SEKALUNG PERHARGAAN BUAT GAYA TRAVEL

AM ingin mengucapkan terima kasih pada pihak Gaya Travel kerana sudi mengundang untuk terlibat sama dalam Program ‘KITA REWANG SEKAMPUNG’. Terima kasih juga kerana menyediakan tempat penginapan di Suite Dreamz Hotel. Penginapan yang selesa dan terbaik telah diberikan.


Kami juga dibawa minum petang berjalan-jalan di sekitar Tanjong Sepat. Penat juga nak berjalan sehingga ke hujung Jambatan semata-mata nak dapat shot yang cantik. Ini semua angkara Blogger Kin seorang ni aka Roomate AM sepanjang program ini. Sebaik waktu malam, dia tolong urutkan kaki AM yang bengkak sebab banyak jalan. Hahahaha.. terima kasih Kin (https://www.kinseven.com)Sempat juga pekena Rojak Mee dan Rojak ala-ala Pasembor tau di Dataran Tanjong!! Memang sedap!!! Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan oleh Pihak Gaya Travel.. TERBAIK 😍😍😍


#KitaKeKampung #KitaRewangSekampung #KitaSelangor #Pusing Selangor Dulu #GayaTravel #MediaSelangor #PMNS



Post a Comment

4 Comments

  1. Wah best nyer boleh join program macam ni, boleh explore kampung

    ReplyDelete
  2. Bagusnya launch medan selera, especially kawasan kampung. Mudah untuk orang luar cari makan dan local cari rezeki.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this, congrats on the launch & good campaign at the village. The local foods all looks good tasty. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. so happy to know that there is a new dining spot in town! cannot wait to visit this place with my family

    ReplyDelete