Generasi terdahulu apabila tiba
setiap aktiviti keramaian atau kenduri dijalankan secara REWANG bermula
dari persiapan, semasa dan selepas majlis yang dilakukan secara bergotong
royong melalui sumbangan idea, tenaga serta kepakaran dalam bidang
masing-masing sehingga menyebabkan hubungan atau perpaduan penduduk amat kuat.
Bagi generasi kini yang khususnya
datang dari bandar, aktiviti merewang ini dapat memberikan pengalaman yang
mungkin tidak dapat dirasai sebelum ini. Seperti kata pepatah “berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing” menjadi panduan dan pegangan dalam hidup
bermasyarakat. Barulah saling harmoni dan hubungan antara ummah bertambah erat
dan kuat.
Sebagai contoh aktiviti REWANG
ini seperti beramai-ramai kupas bawang, kentang, potong daging, buat bunga
rampai, letakkan telur di dalam karung bunga telur, sediakan bunga manggar,
basuh pinggan, sediakan 'goodies' dan macam-macam lagi. Menarik bukan bila
dilakukan bersama-sama aktiviti ini.
AlongMurni berasa bertuah untuk
sama terlibat dan menyaksikan aktiviti ‘PENGANJURAN
PROGRAM KITA REWANG SEKAMPUNG’ yang telah diadakan di sembilan
daerah di Selangor. Ini adalah sebahagian antara usaha mengeratkan hubungan
masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu dalam melakukan
gotong-royong di samping membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan
atau kesyukuran dalam komuniti setempat.
Sebenarnya perkataan REWANG
ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting
tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis.
PROGRAM KITA REWANG SEKAMPUNG
REWANG
PENYEDIAAN MAKANAN
Rewang Kaum Bapa
- Sembelihan lembu dan kerbau aqiqah
- Melapah lembu dan kerbau
Rewang Kaum Ibu
- Penyediaan bahan-bahan masakan
- Penyediaan kuih tradisional
- Penyediaan pelamin berendoi
- Penyediaan makan malam kenduri tahlil dan doa selamat
PROGRAM
PEMBERSIHAN PANTAI BATU LAUT
![]() |
Para pelajar dari SK Batu Laut mengutip sampah dan membersihkan kawasan Pantai Batu Laut |
Program ini mendapat kerjasama
yang baik dari MPKK Daerah Kuala Langat dan Kelab Pecinta Alam Sekitar SK
Batu Laut bagi membersihkan dan mengutip sampah di kawasan sekitar Dataran
Pantai Batu Laut. Program Gotong-Royong ini turut mendapat kerjasama Pejabat
Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat. AM dapat merasakan
kemeriahan program ini bila tengok anak-anak kecil saling sibuk menjinjing plastik
sampah dan mengutip sampah sarap. Sampah sarap yang dikumpulkan akan ditimbang
dan hadiah diberikan bagi kanak-kanak yang berjaya meneka berat sampah
terberat. Aktiviti membersihkan kawasan Pantai Batu Laut daripada sampah sarap
menjadi sebahagian inisiatif bagi mengindahkan kawasan pelancongan.
MAJLIS
MARHABAN DAN BERENDOI
Majlis MARHABAN dan BERENDOI
ini diadakan di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut. AM sangat menyukai
aktivit Marhaban ini. Semestinya masyarakat kini dilihat berpegang kepada
ideologi masing-masing, tetapi apabila menyertai MARHABAN, ia dapat
menyatukan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.
![]() |
Aktiviti Marhaban |
BERENDOI merupakan ritual yang diadakan semasa bayi dimasukkan ke dalam buaian, seiring dengan upacara bayi bergunting rambut. Upacara dimulakan dengan bacaan rawi, berzanji, maulud dan lagu yang didendangkan merupakan selawat ke atas Nabi sebelum diikuti lagu-lagu lain.
Seramai 7 orang kanak-kanak kecil dipakaikan persalinan yang cantik dan diletakkan di dalam buaian yang berupa kain songket atau batik yang dihias indah dengan manik-manik dan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan wanita.
![]() |
Aktiviti Berendoi & Cukur Jambul |
Bagi AM, kedua-dua aktiviti
MARHABAN dan BERENDOI ini punyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Seharusnya aktiviti seperti ini diwarisi dan dikekalkan sehingga ke generasi
akan datang.
KENDURI
SEKAMPUNG
Pada malam hari, terdapat Majlis Perasmian Program Kita
Rewang Sekampung Negeri Selangor Tahun 2022 Peringkat Daerah Kuala Langat.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Borhan Bin Aman Shah yang merupakan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi
Negeri Selangor. Beliau dan Dif-dif Kehormat lain turut diiringi dengan adat
melayu oleh Kumpulan KDT Studio Telok Panglima Garang dan disambut dengan
Paluan Kompang dan Pencak Silat. Persembahan pembukaan diserikan dengan Tarian
Joget Selangor dari KDT Studio Telok Panglima Garang.
![]() |
Persembahan dari Artis Shafie Rio, Uji Rashid dan HermanTino |
Sambil menjamu selera hasil dari
aktiviti rewang pada siang tadi, penduduk turut dihiburkan dengan persembahan
dari artis-artis Biduan iaitu Shafie Rio, Uji Rashid dan Herman Tino.
KATA ALONGMURNI
Kelebihan aktiviti rewang ini
dilihat dapat memberi 1001 maanfaat kepada masyarakat. Terutamanya di kampung,
masih ligat aktiviti rewang ini dijalankan. Di samping bekerjasama membuat
tugas yang diberikan, ia telah mengeratkan lagi tali persaudaraan antara satu
sama lain. Ada pendapat juga mengatakan dengan budaya Rewang ini telah dapat
dijadikan satu medan dakwah peringkat keluarga, sanak-saudara dan jiran
terdekat. Dan itulah pendapat yang mengutarakan bahawa keutamaan rewang adalah
untuk memulakan misi amal, ziarah dan ukhwah di samping menerapkan nilai adat
dan budaya setempat di dalam masyarakat kita.
#KitaKeKampung #KitaRewangSekampung #KitaSelangor #Pusing
Selangor Dulu #GayaTravel #MediaSelangor #PMNS
![]() |
AM bersama dengan YB Borhan dan 'Mummy' Gaya Travel |
9 Comments
best tau aktiviti merewang macam ni. jumpa macam-macam orang..dapat berbual-bual..malah ada dapat ilmu baru juga dari orang-orang yang lebih tua kan
ReplyDeleteIndahnya budaya rewang gini sebab merapatkan semua pelusuk kampung tanpa kira umur kan
ReplyDeleteseronoknya dapat join aktiviti rewang macam ni dalam masa yang sama dapat dekatkan diri sengan masyarakat
ReplyDeletebestnyaaa dah lama tak rewang camni, lani kenduri semuanya catering je.. suasana kampung jugak the best
ReplyDeleteThis is really a good program to support local kan & you've attended it. Bestnya & share your story from it. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteNice to have event macam ni kan, bagi pengalaman for anak2 bandar merasai suasana kemeriahan merewang... Nell dulu suka join event macam ni kat uni... :) siap ada program anak angkat , one parent one student.. best ni...
ReplyDeletei have never heard of this activity but it looks so interesting and is such a good way to bond with others. i hope i have the chance to take part in this one day!
ReplyDeletevery nice event with so many activities lined up for all of us there
ReplyDeleteBest nyer program macam ni, boleh explore and experience activiti kampung.
ReplyDelete