
Sejak memeriahkan radar muzik bertahun-tahun yang lalu,
penyanyi rap handalan Singapore ALYPH mempamerkan kematangan dan
perkembangan dalam perspektifnya sekali gus menjadi terbaik dalam kalangan
rakan seangkatan. Single terbarunya, ‘SWIPE’ disuntik elemen romantik
dan yakin diri kini dilancarkan pula menerusi Def Jam Malaysia dan Singapura. Sering
dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara, ALYPH membuktikan
bahawa corak pemikirannya tersendiri, tajam dan lantang memartabatkan hip hop
Singapura ke tahap tertinggi.
Baru-baru ini dia juga menang anugerah Young Songwriter
of the Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore (Compass) tahun
ini. ALYPH muncul kembali dengan ‘SWIPE’ yang menyentuh aspek
harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan
terpencil sekarang. Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa
telinga pendengar, ALYPH mengakui bukan tugas mudah melunaskannya:
“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang
mampu cetuskan rasa itu.”
Bagi memberi gambaran realistik mengenai hal itu, dia
menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik
berdekad lamanya. Yakni beliau adalah usahawan dan selebriti jutawan Datuk
Seri Vida (DSV). Ramai tahu, beliau sering mendapat liputan, dan tidak
pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya.
“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu,” jelas ALYPH. Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya. “Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?
Muzik video lagu berkenaan juga sekali gus cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH. Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya.
Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat. “SWIPE adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.
“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH.“Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi.”
KATA ALONGMURNI
Sejak pelancarannya pada 28 Oktober 2022, Lagu SWIPE mulai
popular di TikTok. Lebih dari 40 ribu video di Tiktok menggunakan lagu tersebut.
AM sendiri merasai keunikan pada lirik lagu tersebut terutamanya apabila melibatkan
kombinasi bersama DSV. Nak tengok muzik video dan lirik lagu 'SWIPE' boleh jengah ke link AM ini https://www.alongmurni.com/2022/11/lirik-lagu-swipe-oleh-alyph-ft-dsv.html
![]() |
AM bersama Dato Seri Vida (DSV) |
5 Comments
lagu dia mmg catchy.. seronok dan jemu mendengarkannya... mv pun sangat menarik... comel dsv
ReplyDeleteTak sempat lagi dengar lagu terbaharu tu mesti music video best dan menghiburkan ye jap lagi yaya tengok hee
ReplyDeleteLagu baru ni laju viral. Memang best. Tak sangka ada event macam ni. Sebab lagu tu memang meletop guna kat TikTok dan Reels. Banyak video best buat pakai lagu ni. Kreatif.
ReplyDeleteOhh wow ....I know this viral song, it's so catchy & everywhere on the social media. Lots of ppl using it for TikTok clips . Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeletewow i feel so FOMO, wouldnt have heard of this viral song if it wasn't for your sharing. i think i may even start to like it hehe
ReplyDelete