Pada
27 November 2022 bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor, AlongMurni
(AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penganjuran Fiesta Nasi Ambeng
Tradisional Selangor. Penganjuran ini adalah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembanguan Luar
Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor
(MKNS).
Secara
peribadi AM merasakan Fiesta seumpama ini merupakan suatu program kebudayaan
dan kemasyarakatan dalam
mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan nasi ambeng sebagai juadah
tradisional daripada sudut budaya serta identiti bangsa di Selangor. Semasa fiesta ini, sebanyak
2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma, sekali gus mencipta rekod
di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di
Malaysia.
NASI AMBENG MAKANAN TRADISIONAL WARISAN SELANGOR
NASI AMBENG |
Nasi Ambeng adalah
makanan tradisional masyarakat Jawa yang kebiasaannya dihidangkan ketika
kenduri seperti tahlil dan doa selamat. Isinya terdiri daripada nasi putih yang
dihidangkan bersama dengan lauk seperti ayam, sambal goreng Jawa, serunding
kelapa dan mi goreng. Juadah ini dihidangkan di dalam talam dan dikongsikan bersama-sama
empat hingga enam orang tetamu.
NASI AMBENG DISAJIKAN DI DALAM DULUNG |
Mengikut tradisi
masyarakat Jawa, ketua keluarga yang menghadiri majlis tersebut akan menjamah
sedikit nasi tersebut sebelum ia dibahagikan dan dibawa pulang sebagai berkat
kepada ahli keluarga di rumah. Keunikan cara nasi ambeng dihidangkan ini menjadikannya
menu tradisi yang bukan hanya enak malah mempunyai nilai falsafah yang
tersendiri seperti kesepakatan dan perpaduan antara ahli masyarakat.
NASI AMBENG YANG DIBUNGKUS DENGAN DAUN PISANG UNTUK DIBAWA PULANG |
Ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor
ditetapkan seperti berikut:
- Nasi putih (kosong)
- Ayam masak semur iaitu ayam masak kicap berempah;
- Mee goreng;
- Ikan masin bulu ayam yang digoreng tanpa tepung;
- Serunding kelapa yang kering kuning keperangan;
- Sambal goreng iaitu gorengan campuran bawang, cili, udang kering, hati ayam, tauhu, tempe, fucuk, suun, kentang, kacang panjang dan sedikit kicap; dan
- Rempeyek (pilihan)
Mengikut
tradisi masyarakat Jawa, Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dipercayai
sebagai lambang murah rezeki. Nasi ambeng dimakan beramai-ramai oleh empat
hingga lima orang dewasa menggunakan tangan. Sajian nasi ambeng yang
dihidangkan juga berniat agar semua pihak yang turut serta dikurniakan murah
rezeki. Uniknya, sajian masyarakat Jawa ini mempunyai maksud tersirat di
sebalik konsep makan sedulang. Ia dilihat sebagai gambaran kekuatan ikatan
silaturrahim dalam masyarakat apabila satu dulang dikongsi makan oleh empat
hingga lima orang atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.
YAB DATO' SERI AMIRUDDIN TELAH MEWARTAKAN NASI AMBENG SEBAGAI MAKANAN TRADISIONAL WARISAN SELANGOR. |
Untuk
pengetahuan semua pembaca Blog AlongMurni, Nasi Ambeng Tradisional Selangor ini
telah pun diwartawakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri
Besar Selangor di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Selangor, pada 26 November 2022 sebagai
Makanan Tradisonal Selangor. Tujuan pewartaan tersebut adalah bagi memberi ketetapan bagi ciri-ciri dan
elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor,
serta memartabatkan dan memastikan kelestarian nasi ambeng sebagai salah satu
makanan warisan yang terdapat di Selangor.
Proses bagi pewartaan nasi ambeng telah bermula semenjak tahun
2021 dan dimulakan dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan, kemudian
disusuli dengan Bengkel Meja Bulat yang dihadiri oleh para pengusaha nasi
ambeng dari lima daerah yang popular dengan hidangan ini iaitu Sabak Bernam,
Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Hasil daripada perbincangan
tersebut telah memberikan satu kata putus bagi menghasilkan ciri-ciri Nasi
Ambeng Selangor yang kemudian diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor.
KATA ALONGMURNI
AM sukakan konsep Nasi Ambeng yang diisi di dalam sebuah dulang
dan dimakan secara beramai-ramai atau bersama ahli keluarga. Bayangkan betapa
meriah bila Mak, Ayah, Adik, Kakak dan Abang duduk berhimpun bersama menjamu
hidangan di dalam dulang sajian yang sama.
AM sangat berharap tradisi sebegini dapat
dikekalkan kerana ia merupakan satu cara mengeratkan hubungan antara
anggota keluarga, jiran tetangga dan sanak saudara serta mampu merapatkan
jurang generasi tua dengan generasi muda.
Sekalung penghargaan kepada Gaya Travel kerana menjemput AM pada Fiesta Nasi Ambeng 2022 pada kali ini. Dan tahniah buat semua pihak yang telah menjayakan Fiesta ini.
#MakananWarisanSelangor
#KitaSelangor #PusingSelangorDulu #MediaSelangor #GayaTravel #CutiCutiMalaysia
11 Comments
Selalulah juga ngadap nasi ambeng ni terutama bila tahlilan dan yasinan
ReplyDeletesedapnya nasi ambeng... mmg fav kita.. susah nk cari nasi ambeng yg benar2 lengkap semua lauk ada
ReplyDeletesedapnyaaa nasi ambeng. dulu masa study kat uthm selalu makan. nampak gambar nasi ambeng tu memang authentic. beli kat sini tak complete kadang2. seronoklah ye dapat makan nasi ambeng
ReplyDeleteTempting ye tengok nasi ambeng ni.. teringin nak makan pulak remember dulu kat event confirm ada ni...
ReplyDeleteKegemaran kita nasi ambeng ni..memang sedap uii ada campuran lauk semua. Serunding kuning terbaik..ala terus lapar nak makan nasi ambeng
ReplyDeleteSedap pulak tengok nasi ambeng tu.iena jarang makan nasi ambeng walaupun orang selangor hehe. Susah nak dapat Nasi Ambeng ni tak banyak kedai jual :D
ReplyDeleteUish hebat la nasi ambang dah diiktiraf sebagai makanan tradisi masyarakat di negeri Selangor. Satu usaha yang sangat baik dalam memperkenalkan makanan tradisi kepada orang ramai dan terutama dalam sektor pelancongan
ReplyDeleteThanks for sharing this great news, I'm nasi ambeng lover too, so proud to know this good news. Congrats. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteSedapnya Nasi Ambeng ni hehehe meriah penuh dengan lauk pauk dan isi hehehe nak juga... Bagus mengekalkan warisan tradiai ni tapi bukan ia dari Johor ker..
ReplyDeleteI never knew that nasi ambeng tu makanan warisan negeri selangor. i cannot wait to try out the malaysian version soon, thank you for introducing it! :)
ReplyDeleteWah memang best kalau makan nasi ambeng beramai-ramai macam ni
ReplyDelete