FIESTA NASI AMBENG MAKANAN TRADISIONAL WARISAN SELANGOR

 




 

Pada 27 November 2022 bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Penganjuran Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor. Penganjuran ini adalah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembanguan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS).

 

 


Secara peribadi AM merasakan Fiesta seumpama ini merupakan suatu program kebudayaan dan kemasyarakatan dalam mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan nasi ambeng sebagai juadah tradisional daripada sudut budaya serta identiti bangsa di Selangor. Semasa fiesta ini, sebanyak 2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma, sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia. 

 

 





NASI AMBENG MAKANAN TRADISIONAL WARISAN SELANGOR

 

NASI AMBENG

Nasi Ambeng adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang kebiasaannya dihidangkan ketika kenduri seperti tahlil dan doa selamat. Isinya terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama dengan lauk seperti ayam, sambal goreng Jawa, serunding kelapa dan mi goreng. Juadah ini dihidangkan di dalam talam dan dikongsikan bersama-sama empat hingga enam orang tetamu.

 

 

NASI AMBENG DISAJIKAN DI DALAM DULUNG 

Mengikut tradisi masyarakat Jawa, ketua keluarga yang menghadiri majlis tersebut akan menjamah sedikit nasi tersebut sebelum ia dibahagikan dan dibawa pulang sebagai berkat kepada ahli keluarga di rumah. Keunikan cara nasi ambeng dihidangkan ini menjadikannya menu tradisi yang bukan hanya enak malah mempunyai nilai falsafah yang tersendiri seperti kesepakatan dan perpaduan antara ahli masyarakat.

 


NASI AMBENG YANG DIBUNGKUS DENGAN DAUN PISANG UNTUK DIBAWA PULANG


 

Ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor ditetapkan seperti berikut:

  • Nasi putih (kosong)
  • Ayam masak semur iaitu ayam masak kicap berempah;
  • Mee goreng;
  • Ikan masin bulu ayam yang digoreng tanpa tepung;
  • Serunding kelapa yang kering kuning keperangan;
  • Sambal goreng iaitu gorengan campuran bawang, cili, udang kering, hati ayam, tauhu, tempe, fucuk, suun, kentang, kacang panjang dan sedikit kicap; dan
  • Rempeyek (pilihan) 

 

Mengikut tradisi masyarakat Jawa, Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dipercayai sebagai lambang murah rezeki. Nasi ambeng dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa menggunakan tangan. Sajian nasi ambeng yang dihidangkan juga berniat agar semua pihak yang turut serta dikurniakan murah rezeki. Uniknya, sajian masyarakat Jawa ini mempunyai maksud tersirat di sebalik konsep makan sedulang. Ia dilihat sebagai gambaran kekuatan ikatan silaturrahim dalam masyarakat apabila satu dulang dikongsi makan oleh empat hingga lima orang atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

 

 

YAB DATO' SERI AMIRUDDIN TELAH MEWARTAKAN NASI AMBENG SEBAGAI MAKANAN TRADISIONAL WARISAN SELANGOR. 

Untuk pengetahuan semua pembaca Blog AlongMurni, Nasi Ambeng Tradisional Selangor ini telah pun diwartawakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Selangor, pada 26 November 2022 sebagai Makanan Tradisonal Selangor. Tujuan pewartaan tersebut adalah bagi memberi ketetapan bagi ciri-ciri dan elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor, serta memartabatkan dan memastikan kelestarian nasi ambeng sebagai salah satu makanan warisan yang terdapat di Selangor.

 

 

Proses bagi pewartaan nasi ambeng telah bermula semenjak tahun 2021 dan dimulakan dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan, kemudian disusuli dengan Bengkel Meja Bulat yang dihadiri oleh para pengusaha nasi ambeng dari lima daerah yang popular dengan hidangan ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Hasil daripada perbincangan tersebut telah memberikan satu kata putus bagi menghasilkan ciri-ciri Nasi Ambeng Selangor yang kemudian diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor.

 

 

KATA ALONGMURNI

AM sukakan konsep Nasi Ambeng yang diisi di dalam sebuah dulang dan dimakan secara beramai-ramai atau bersama ahli keluarga. Bayangkan betapa meriah bila Mak, Ayah, Adik, Kakak dan Abang duduk berhimpun bersama menjamu hidangan di dalam dulang sajian yang sama.


AM sangat berharap tradisi sebegini dapat dikekalkan kerana ia merupakan satu cara mengeratkan hubungan antara anggota keluarga, jiran tetangga dan sanak saudara serta mampu merapatkan jurang generasi tua dengan generasi muda.


Sekalung penghargaan kepada Gaya Travel kerana menjemput AM pada Fiesta Nasi Ambeng 2022 pada kali ini. Dan tahniah buat semua pihak yang telah menjayakan Fiesta ini.

#MakananWarisanSelangor #KitaSelangor #PusingSelangorDulu #MediaSelangor #GayaTravel #CutiCutiMalaysia

 

Post a Comment

11 Comments

  1. Selalulah juga ngadap nasi ambeng ni terutama bila tahlilan dan yasinan

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi ambeng... mmg fav kita.. susah nk cari nasi ambeng yg benar2 lengkap semua lauk ada

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa nasi ambeng. dulu masa study kat uthm selalu makan. nampak gambar nasi ambeng tu memang authentic. beli kat sini tak complete kadang2. seronoklah ye dapat makan nasi ambeng

    ReplyDelete
  4. Tempting ye tengok nasi ambeng ni.. teringin nak makan pulak remember dulu kat event confirm ada ni...

    ReplyDelete
  5. Kegemaran kita nasi ambeng ni..memang sedap uii ada campuran lauk semua. Serunding kuning terbaik..ala terus lapar nak makan nasi ambeng

    ReplyDelete
  6. Sedap pulak tengok nasi ambeng tu.iena jarang makan nasi ambeng walaupun orang selangor hehe. Susah nak dapat Nasi Ambeng ni tak banyak kedai jual :D

    ReplyDelete
  7. Uish hebat la nasi ambang dah diiktiraf sebagai makanan tradisi masyarakat di negeri Selangor. Satu usaha yang sangat baik dalam memperkenalkan makanan tradisi kepada orang ramai dan terutama dalam sektor pelancongan

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this great news, I'm nasi ambeng lover too, so proud to know this good news. Congrats. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Nasi Ambeng ni hehehe meriah penuh dengan lauk pauk dan isi hehehe nak juga... Bagus mengekalkan warisan tradiai ni tapi bukan ia dari Johor ker..

    ReplyDelete
  10. I never knew that nasi ambeng tu makanan warisan negeri selangor. i cannot wait to try out the malaysian version soon, thank you for introducing it! :)

    ReplyDelete
  11. Wah memang best kalau makan nasi ambeng beramai-ramai macam ni

    ReplyDelete