Terkini, AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media yang diadakan oleh pihak Skin Dessert
(SD) bagi menjawab isu berkaitan komen yang dibuat oleh Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang tular menerusi media sosial sebelum
ini. Sidang Media yang dihadiri oleh kebanyakan pengamal media samada media
cetak mahupun media elektronik diadakan di Ginger, KL.
Ailezee Rich Sdn Bhd selaku
pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang
dengan menghantar SURAT TUNTUTAN PADA 7 DISEMBER 2022 terhadap Institut
Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang
tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.
Isu ini bermula pada 4 Oktober
2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin
Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan
SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert
sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.
Skin Dessert menerusi agen yang
dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan
kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit
(Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran
iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’.
Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut:
“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.
Komen yang dibuat SIRIM
menyebabkan isu produk Skin Dessert semakin tular mengakibatkan Puan Zirra dan
En Aliff menerima pelbagai kecaman daripada netizen selama dua bulan sehingga
merosakkan reputasi perniagaan dan mereka mengalami tekanan emosi memandangkan
Puan Zirra dan En Aliff tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan mengenai
isu berkenaan.
Malah komen SIRIM itu jelas
bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian
produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
PENGUJIAN PRODUK OLEH SIRIM
SIRIM kemudian menerusi surat
bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian
ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran
yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada
syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM.
Susulan komen dan surat
pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk
mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.
Pertemuan telah berlangsung pada
2 November 2022 dan antara perkara yang dibincangkan adalah permintaan Skin
Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi
di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM
bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian
keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’.
SIRIM bersetuju untuk meneruskan
ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16
November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM.
Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing
Moisturizer sebagai: “Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing
Moisturizer is consider as NON-IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model
24.
Kenyataan dibuat SIRIM telah
menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi
kepada umum. Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan
reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen
serta pengguna terhadap Skin Dessert. Kenyataan agensi itu menyebabkan
masyarakat mempunyai persepsi Skin Dessert ada agenda tersembunyi dan jenama
Skin Dessert tidak boleh dipercayai.
PRODUK TELAH LAMA
DIHENTIKAN PENGELUARAN
Untuk makluman juga, produk ‘Skin
Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) pada Oktober 2022, sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk
itu adalah pada Disember 2021.
Skin Dessert sudah menarik balik
produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan dihentikan
pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi
platform sosial media rasmi Skin Dessert.
Produk ‘Skin Dessert Repairing
Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer
Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian
keselamatan.
PELAN PENSTRUKTURAN SEMULA
Menerusi hasil ujian ini, kesemua
produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas
daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal
Toksikologi Pusat Racun. Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti
Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin
Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum.
Orang ramai bagaimanapun boleh
menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan
menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.
AM bersama pengasas SD dan blogger lain |
0 Comments