Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan bersuai kenal dalam sesi Ramah Mesra bersama Chef Faez yang
terkenal dan pernah Viral dengan Kunafa yang sehingga kini menjadi buah mulut
dan perbualan hangat di media sosial. Chef Faez atau nama penuhnya Mohammad
Faez dilahirkan pada 27 Oktober 1988 ini mula dikenali di Malaysia.
RESTORAN CHEF FAEZ
![]() |
Chef Faez |
Memiliki 2 buah restoran terletak di Jalan Imbi (Kuala Lumpur) dan Alor Setar (Kedah) pada
usia 34 tahun menjadikan Jejaka yang berasal dari Syria ini begitu tekad dan
komited dalam membangunkan perniagaan di Malaysia setelah menetap selama 10 tahun.
Chef Faez yang berwajahkan maskulin Arab dan masih ‘Single’ ini cukup terkenal dengan
aksi membuat Kunafa secara Live. Bukan sahaja rasa Kunafa yang enak malah
kebanyakan menu sajian beliau diolah sehingga menepati citarasa masyarakat di
Malaysia.
Semasa sesi temuramah, Chef Faez sempat berkongsi pengalaman
sepanjang beliau berada di Malaysia dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat
Malaysia. Permintaan dan sokongan padu telah membuatkan beliau semakin bersemangat
untuk menghasilkan inovasi kreativiti dalam bidang masakan terutamanya.
Malahan kini, beliau turut memperkenalkan Nasi Maqluba Mix
Chicken & Lamb dan juga Kunafa. Bagi AM, Nasi Magluba ini agak unik
kerana Chef Faez akan ‘membalikkan periuk’ secara Live sebelum dihidangkan
untuk santapan. AM sangat sukakan rasa gabungan ayam dan kambing di dalam Nasi
Maqluba ini. Nasi yang begitu padat dengan rempah dan daging dimasak sehingga
empuk. Memang Terbaik!! Buat pertama kali AM cuba Kunafa yang begitu sedap, manis
dan padat dengan keju. Memang tak mustahil, kenapa Kunafa Chef Faez sering
mendapat pujian dan perhatian ramai.
PERSONALITI CHEF FAEZ
![]() |
Chef Faez |
Kini, Chef Faez berhasrat ingin terus kembangkan bakat dan namanya samada dalam bidang masakan, produk mahupun hiburan. Hal ini kerana Chef Faez yang sentiasa tersenyum manis dan mempunyai personaliti
menarik ini turut menyatakan keinginaan beliau untuk menghasilkan minyak wangi
dan serum untuk kegunaan wajah yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Chef Faez telah menjadikan Dato’ Aliff Syukri sebagai idola
dalam bidang hiburan di Malaysia. Beliau sangat berhajat untuk turut sama
berkolaborasi bersama idolanya dalam menghasilkan lagu dan menyanyi secara Duet
bersama-sama.
Boleh jengah dan follow di Laman Sosial Chef Faez untuk
mengikuti perkembangan terkini
https://instagram.com/cheffaez
https://www.tiktok.com/@cheffaez
https://www.facebook.com/cheffaez
https://www.facebook.com/chefmohammadfaez
1 Comments
nice blog, i like it
ReplyDelete