CHEF FAEZ INGIN KEMBANGKAN BAKAT DAN NAMA

 

AM bersama Chef Faez

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan bersuai kenal dalam sesi Ramah Mesra bersama Chef Faez yang terkenal dan pernah Viral dengan Kunafa yang sehingga kini menjadi buah mulut dan perbualan hangat di media sosial. Chef Faez atau nama penuhnya Mohammad Faez dilahirkan pada 27 Oktober 1988 ini mula dikenali di Malaysia.

 

RESTORAN CHEF FAEZ


Chef Faez


Memiliki 2 buah restoran terletak di Jalan Imbi (Kuala Lumpur) dan Alor Setar (Kedah) pada usia 34 tahun menjadikan Jejaka yang berasal dari Syria ini begitu tekad dan komited dalam membangunkan perniagaan di Malaysia setelah menetap selama 10 tahun. Chef Faez yang berwajahkan maskulin Arab dan masih ‘Single’ ini cukup terkenal dengan aksi membuat Kunafa secara Live. Bukan sahaja rasa Kunafa yang enak malah kebanyakan menu sajian beliau diolah sehingga menepati citarasa masyarakat di Malaysia.

 

Nasi Maqluba Chef Faez

Semasa sesi temuramah, Chef Faez sempat berkongsi pengalaman sepanjang beliau berada di Malaysia dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat Malaysia. Permintaan dan sokongan padu telah membuatkan beliau semakin bersemangat untuk menghasilkan inovasi kreativiti dalam bidang masakan terutamanya.

 

Kunafa Chef Faez

Malahan kini, beliau turut memperkenalkan Nasi Maqluba Mix Chicken & Lamb dan juga Kunafa. Bagi AM, Nasi Magluba ini agak unik kerana Chef Faez akan ‘membalikkan periuk’ secara Live sebelum dihidangkan untuk santapan. AM sangat sukakan rasa gabungan ayam dan kambing di dalam Nasi Maqluba ini. Nasi yang begitu padat dengan rempah dan daging dimasak sehingga empuk. Memang Terbaik!! Buat pertama kali AM cuba Kunafa yang begitu sedap, manis dan padat dengan keju. Memang tak mustahil, kenapa Kunafa Chef Faez sering mendapat pujian dan perhatian ramai.

 

PERSONALITI CHEF FAEZ


Chef Faez


Kini, Chef Faez berhasrat ingin terus kembangkan bakat dan namanya samada dalam bidang masakan, produk mahupun hiburan. Hal ini kerana Chef Faez yang sentiasa tersenyum manis dan mempunyai personaliti menarik ini turut menyatakan keinginaan beliau untuk menghasilkan minyak wangi dan serum untuk kegunaan wajah yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

 

Chef Faez telah menjadikan Dato’ Aliff Syukri sebagai idola dalam bidang hiburan di Malaysia. Beliau sangat berhajat untuk turut sama berkolaborasi bersama idolanya dalam menghasilkan lagu dan menyanyi secara Duet bersama-sama.

 

Boleh jengah dan follow di Laman Sosial Chef Faez untuk mengikuti perkembangan terkini


https://instagram.com/cheffaez
https://www.tiktok.com/@cheffaez
https://www.facebook.com/cheffaez
https://www.facebook.com/chefmohammadfaez

 

Post a Comment

1 Comments