Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

WENG VALLEY JADI PENEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA BERKONSEPKAN EKOTOURISM

SATU KUNJUNGAN SERIBU KENANGAN

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

KEUNIKAN FELCRA WENG

Seharian AM berada di Weng Valley, komuniti kawasan perkampungan yang dinaiktaraf oleh FELCRA dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah pastinya memberi impak besar kepada sosialekonomi penduduk Kampung Weng.

FELCRA telah dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism
Kiri: Cik Nor Nadirah Bt Mohd Musa (Penolong Eksekutif Kanan Pembangunan Peserta)
Kanan: En Mohd Amir bin Hanip (Ketua Unit Pembangunan Peserta FELCRA Berhad Wilayah Utara)

AM dimaklumkan oleh En Mohd Amir Bin Hanip yang merupakan Ketua Unit Pembangunan Peserta FELCRA Berhad Wilayah Utara, “Terdapat 44 keluarga terdapat di Kampung Weng. Weng Valley merupakan penempatan pertama di Malaysia berkonsepkan EkoTourism dalam membantu warga komuniti penduduk setempat. Objektif utama FELCRA adalah untuk mengetengahkan hasil ladang di samping menjana ekonomi warga melalui koperasi”.

Secara peribadi, AM merasakan Kampung Weng sewajarnya menjadi kampung contoh. Hal ini kerana ketika lawatan AM dan team, boleh dilihat betapa bersih, kemas dan tersusun pola penempatan penduduk. 

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Malahan ada di antara kawasan persekitaran yang dihiasi dengan bahan-bahan kitar semula menjadikan dekorasi kawasan laman rumah begitu mengagumkan.

Weng Valley telah mula beroperasi dan dibuka kepada pengunjung bermula May 2023. Antara tarikan dan aktiviti yang menarik Weng Valley adalah:  

PUSAT REKREASI WENG VALLEY

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Pusat Rekreasi ini semestinya menjadi tumpuan bagi seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama di samping melakukan aktiviti menarik yang terdapat di Weng Valley. Terdapat kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Malahan fasiliti lengkap tersedia seperti tandas, surau, gerai-gerai makanan dan cenderamata turut boleh didapati di Weng Valley.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism
Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Bayaran dikenakan mandi di Pusat Rekreasi Weng Valley

  • Kanak-kanak      : RM 3
  • Dewasa               : RM 5  

LEBAH KELULUT WENG VALLEY

AM sangat teruja apabila berpeluang melawat Ladang Lebah Kelulut Weng Valley. Uniknya Madu kelulut adalah memiliki satu-satunya bahan yang tidak terdapat pada madu lain iaitu gula 'trehalulose'. Madu kelulut asli mengandungi tiga komponen utama iaitu antioksidan, antibakteria dan trehalulose. Trehalulose adalah gula semula jadi yang mempunyai bacaan indeks glisemik (GI) rendah.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Meskipun tahap kemanisannya lebih tinggi daripada gula biasa, ia (trehalulose) boleh digunakan sebagai pemanis dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis, jika dimakan pada jumlah sepatutnya. 

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Selain itu, madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi pengamal makanan tambahan ini daripada penyakit kronik.

Keistimewaan lain madu kelulut adalah boleh mengurangkan risiko kerosakan DNA dan radikal bebas. Madu kelulut turut bersifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan kuman patogenik.

AM juga berpeluang merasai sendiri madu kelulut terus melalui sarang lebah kelulut. Rasanya memang enak dan padu.

LADANG TIMUN

Pokok timun adalah herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat dan tidak bercabang. Ia adalah jenis monoecious yang berbunga dua jantina. Timun mempunyai pelbagai fungsi dan khasiat untuk Kesihatan.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Timun dimakan sebagai ubat melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, merawat batu karang dalam hempedu dan sakit kerongkong, membaiki tekanan dan perjalanan darah. Ia boleh mengubati masalah kulit seperti terbakar atau melecur dan untuk melicinkan kulit dan awet muda.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

AM kagum dengan anak muda kelahiran Weng Valley ini dalam usaha gigih menanam timun yang juga dieksport ke kawasan sekitar dan kawasan luar Baling.

Anak muda berwawasan ini menggunakan sistem para sebagai teknik tanaman kerana tanaman ini melilit batang dan kayu pancang. Jarak tanaman timun antara 50 dan 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.

AKTIVITI MENARIK DI WENG VALLEY

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

MENUNGGANG ATV

Satu pengalaman yang indah dapat menunggang ATV di kawasan sekitar Kampung Weng. Malahan kalau nak lebih mencabar, boleh mencuba Pakej Extreme. Pengunjung berpeluang menerokai laluan trek yang mencabar di dalam kawasan ladang sawit.

Bayaran dikenakan menunggang ATV

  • Normal                 : RM 15
  • Extreme               : RM 20

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

MENAIKI KERETAPI MINI

Pertama kali menaiki keretapi mini membuatkan AM rasa teruja. AM dibawa berkeliling kampung dengan keretapi mini ini. Mana tidaknya, perasaan bila menaiki keretapi mini memang macam kanak-kanak tua yang riang ria melawat kampung.

Bayaran dikenakan menaiki keretapi mini

  • RM 5 seorang

BERKAYAK

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Sememangnya aktiviti berkayak adalah aktiviti rekreasi di air yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah memberi ketenangan apabila dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Namun sebelum berkayak, wajib memakai Life Jacket sebagai salah satu langkah keselamatan untuk melakukan aktiviti sukan air.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Bayaran dikenakan

  • Single                    : RM 5
  • Double                  : RM 10

MELAWAT RUMAH PERTAMA FELCRA WENG

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

AM dan team tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Rumah Warisan dan merupakan Rumah Pertama FELCRA Weng yang masih utuh dan terpelihara dengan dekorasi tradisional rumah lama. Cuma

AM dimaklumkan tangga kayu Rumah Pertama ini telah mereput dan telah digantikan dengan Tangga Batu bagi menjamin keselamatan pengunjung yang ingin datang melawat ke Rumah Pertama FELCRA Weng ini.

RASAI SAJIAN MAKANAN TRADISI FELCRA WENG

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Sepanjang berada di Weng Valley, AM berpeluang merasai sendiri masakan tradisional yang popular di Kampung Weng. Antaranya adalah:

SEMELIT

Semelit adalah antara makanan yang dianggap identiti penduduk di daerah Baling, Kedah. Daun semelit adalah antara bahan asas dalam pembuatan semelit di samping bahan lain iaitu beras, gula, garam, kelapa parut dan santan.

Proses pembuatan semelit ini mudah saja iaitu tulang daun semelit perlu dibuang terlebih dulu sebelum daun dikisar halus bersama beras yang telah direndam selama dua jam. 

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Bahan kisar itu kemudian digaul bersama gula, garam, kelapa parut dan santan sebelum dimasukkan ke dalam daun semelit seterusnya dikukus selama 15 hingga 30 minit dengan api sederhana.

Rasa Semelit ini memang unik dan sedap. Semelit merupakan 'signature' daerah Baling. Jadi kalau nak rasa Semelit kena datang ke Weng valley.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

CUCUR JAWA

AM sendiri pernah rasa cucur jawa ini terutama dijual di pasar pagi. Memang cukup enak dijadikan sarapan pagi mahupun minum petang. Rasanya rangup di bahagian tepi namun lembut di dalam.

PEKNGA

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Pek Nga atau Lempeng Kelapa dimakan bersama dengan kari ikan kembung atau pulut kelapa ikan kering. Bahan asas sajian ini adalah tepung gandum, kelapa parut, gula pasir, mentega, garam dan air secukupnya.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Peknga ini merupakan satu hidangan klasik yang biasanya dinikmati oleh orang-orang kampung. Kalau balik ke kampung AM, mesti mak AM akan buatkan Peknga cicah dengan kari ikan atau kari daging.

BINGKA SAWIT

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Pertama kali AM cuba merasai bingka sawit. Rasanya yang lemak manis dan baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang AM suka semestinya, kerak-kerak yang garing di sekeliling bingka sawit ini.

ROTI PURI

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

Roti Puri bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak, namun unik rasanya tak seperti roti canai atau roti lain yang dilempeng dan digorengkan. Tekstur roti ini lebih lembut, nipis dan garing.

Kemudian cicah pula bersama sambal sardin, memang layan makan waktu sarapan pagi ataupun minum petang.

LAUK PAUK MASAKAN KAMPUNG

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

AM sangat sukakan masakan kampung yang padat dengan rasa dan enak dimakan. Paling menarik bila AM berpeluang merasai gulai kawah batang pisang yang sangat dikenali di kalangan masyarakat yang menetap di Sik atau Baling, Kedah.

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

KATA ALONGMURNI

Tahniah AM ucapkan buat warga FELCRA yang berjaya memajukan dan menaiktarafkan Kampung Weng sebagai Weng Valley. Sememangnya Weng Valley akan menjadi tarikan EkoTourism untuk menarik pengunjung luar datang untuk beriadah bersama keluarga dan menjana pendapatan untuk warga penduduk kampung Weng. Pelbagai aktiviti yang menarik telah siap siaga tersedia dengan fasiliti yang cukup lengkap.

Lokasi : Felcra Weng, Baling, Kedah

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 7.00 Malam

Hubungi : 019-470 2949

Facebook : https://www.facebook.com/wengvalley 

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100088522760517

TikTok : https://www.tiktok.com/@wengvalley

Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism

NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

#WengValley #FelcraWeng #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Post a Comment

0 Comments