Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Semestinya telah mulai ada banyak pakej buffet ramadhan yang sedang dipromosikan oleh hotel dan restoran di luar sana untuk tahun 2024. Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2024, antara lokasi tempat berbuka yang sempat AlongMurni (AM) singgah dan rasai sendiri keenakan sajian masakan adalah PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC).

BUFFET RAMADHAN 2024: PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM (SACC) BERTEMAKAN “SELERA ORANG KITA”

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Pusat Konvensen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi Bufet Ramadhan yang bertemakan ‘Selera Orang Kita’ bermula dari 14 Mac sehingga 7 April ini. SACC menawarkan kepelbagaian makanan berkonsepkan muhibbah yang sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersama dengan percampuran budaya dan pelbagai kaum etnik sejak beberapa generasi yang lalu.

"Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan masyarakat majmuk di Malaysia, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadhan kali ini", ujar Azlina Amran, Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn. Bhd.

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC.

Menu utama yang menjadi perhatian kali ini untuk Buffet Ramadhan SACC adalah:

💥Kambing Kebuli

💥Mee Kari Nyonya

💥Ayam Bakar Bawang Putih

💥Kambing Masala Kentang

💥Ikan Stim Cantonese

💥Udang Goreng Telur Masin

💥Sotong Goreng Kam Heong

💥Nasi Ambeng SACC

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”
Kambing Kebuli

SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

KEUNIKAN BUFFET RAMADHAN SACC

Kelainan pada tahun ini, SACC turut menyediakan sajian mangkuk tingkat untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menikmati hidangan buffet Ramadan di SACC yang dilengkapi dengan nasi, 3 jenis lauk, kurma, air kathira power dan dua jenis kuih dengan harga RM159.

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Selain itu, anak syarikat kami iaitu SACC Food Chain Sdn. Bhd. turut menyediakan tempahan hamper raya dan aneka biskut raya yang bole dibawa pulang sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitiri atau boleh dijadikan sebagai hadiah korporat. 

PROMOSI ISTIMEWA SACC

Jangan lepaskan peluang in dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang sedang berlangsung di laman sesawang SACC (https://www.saccramadan.com) iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Bagi pelanggan Korporat SACC, Pakej Korporat yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM110+ lengkap dengan Penggunaan Rang Dewan Khas, Kemudahan Skin LED, Pentas Mudah Ali, Kemudahan PA Sistem serta pilihan variasi menu SACC untuk dinikmati.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut tentang Pakej Korporat SACC berkaitan tempahan dan pembelian awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-55118858 / 013-250 2858.

Lokasi: SACC PUSAT KONVENSYEN SHAH ALAM

No. 4. Jalan Perbadanan 14/9

40000 Shah Alam, Selangor

Laman Web: https://www.saccramadan.com

Waktu iftar: Bermula jam 6 petang sehingga 10 malam.

KATA ALONGMURNI

AM sangat sukakan ruang berbuka puasa di SACC adalah di dalam hall yang luas dan selesa. Ruangan berbuka puasa boleh dimuatkan sehingga 1300 pax dalam satu-satu masa. Malahan kaunter makanannya disusun di sekeliling hall agak kemas dan sistematik bagi mengelakkan kesesakkan ketika mengambil makanan. Di SACC ini juga terdapat banyak kaunter dan stall kecik-kecik yang menyediakan makanan secara live.

Secara peribadi, AM menu sajian di SACC yang  sememangnya sedap dan cukup rasa. Paling menarik menu signature SACC iaitu Kambing Kebuli masih dikekalkan dan menjadi trademark ‘Selera Orang Kita’ Bufet Ramadan di SACC tahun ini. Kambing Kebuli ni sebenarnya seakan-akan kambing golek tetapi menggunakan perapan rahsia dan kemudiannya digrill sebelum dihidangkan. Ianya juga didatangkan dengan Nasi Kebuli yang yang sangat enak dan wajib dicuba.

Buffet Ramadhan 2024: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Bertemakan “Selera Orang Kita”

Post a Comment

0 Comments